Bab 43

351 26 10
                                    

Deon menyeru semua pekerja berkumpul di Conference Hall, Dao Palace. Mereka yang tidak pasti seruan itu mengenai apa hanya akur menurut perintah bos besar mereka. Bos Ben juga tertanya sama namun dia hanya melihat ragam para pekerja yang bergerak pantas menuju ke tempat yang diarahkan. Bersama persoalan yang berlegar dalam kepala, perlahan langkahnya mengiringi juga.

Tepat pada jam 10 pagi, May ditemani oleh Esra melangkah dengan penuh yakin bersama mikrofon yang teguh dalam genggaman. Mata May meliar sekilas pada setiap muka yang menyapa pandangannya, ada diantara mereka yang May kenal terutamanya yang bertugas dibawah department sama sepertinya. Disitu juga ada tiga sahabatnya iaitu Arissa, Illiyin dan Kamal yang tersenyum kepadanya, May juga membalas dengan senyuman. May gerakkan lagi bola matanya, namun pada akhirnya dia rasa hampa apabila tidak melihat langsung kelibat Deon.

Perasaan hampa berubah sebaliknya apabila dia tangkap mata Bos Ben yang memandang tepat ke arahnya. Sekurangnya target ada hadir. Lelaki tua itu berdiri sedikit jauh dari kerumunan orang ramai.

"Itu Maysarin..." getus bibir Bos Ben. "Dia buat apa di sini? Aku ingatkan dia dah berhenti." sambungnya lagi. Nadanya lebih kepada bercakap untuk pendengarannya sendiri.

Deheman May bergema apabila dia dekatkan mikrofon ke mulut. Para pekerja yang sibuk dalam dunia mereka sendiri tadi terus fokus memandang ke arah depan. Suasana yang riuh-rendah tadi tiba-tiba menjadi hening. Semua tertunggu.

"Di sini berdirinya saya dengan nama Maysarin, satu-satunya anak perempuan kepada Omar Rashid... Yang akan mengambil alih tempat Leon Maalik sebagai CEO Dao Palace. Di sini juga tertera surat perjanjian antara dua parti dan saya juga sertakan satu video sebagai bukti..." video yang diambil semasa sesi tandatangan ditayangkan pada skrin besar di dinding. Maka, seluruh isi dewan pun menyaksikan perjanjian yang telah termeterai itu.

Mata Bos Ben mencerlung tajam. Tangan yang mengenggam telefon dieratkan. Dia keliru tapi dia masih boleh faham sepenuhnya.

Perempuan yang mati bersama Omar bukan anak perempuan Omar!

Telefon dibawa naik ke paras dada. Nombor yang tertera nama Leon dia tekan bersama perasaan marah lalu ditekap telefon itu ke telinga. Mata tidak lepas dari memandang mata May yang turut memandang tepat ke arahnya dengan pandangan sukar ditafsirkan. Lebih kepada pandangan sinis.

Jadi betul lah tekaan dia. Pekerja Leon itu adalah Rin! Bodoh betul dia tidak percaya pada naluri sendiri selama ini!

"Leon, kau di mana?" tanyanya tegas.

"Leon? Errr, aku ada di Bali ni." hakikatnya Deon sangat sedia maklum tentang apa yang sedang terjadi sekarang, dia sendiri yang minta Emma kumpulkan semua pekerja bagi pihak May menggunakan nama Leon.

"Kau tahu apa jadi sekarang ni? Anak Omar masih hi..."

"Tahu." potong Deon. Penuh selamba suaranya di hujung talian.

"Macam mana boleh ada surat perjanjian antara kau dengan Omar? Kau tipu aku Leon!" nada Bos Ben bergetar marah. Dia ingatkan ianya hanya perjanjian melalui dua mulut. Gagal rancangannya hanya kerana satu kertas perjanjian hitam putih!

"Shame on you, papa. Tuan Omar memang berhak dapatkan hotel kita tu untuk bagi kepada waris dia. Atas apa yang papa dah buat pada Tuan Omar, ingat aku masih akan berpihak pada papa? You should know me better, papa. I'm the devil son that you raised to be as evil as you." itu perkara betul. Bandingkan dia dengan Leon yang sebenar, personaliti mereka berdua jelas bertentangan. Dia khianati papanya dengan memberikan hotel yang papanya bangunkan sendiri ke tangan Tuan Omar dengan mudah.

Bos Ben yang tidak dapat tangkap hint terus mendengus kasar. "Perangai kau tak ubah macam Deon!"

Deon cuma diam. "Can you see Rin up there? The daughter you failed to raise, well raised by Tuan Omar." Deon mengapikan lagi si papa. Dia lepaskan gelak halus yang kedengaran jahat.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now