Bab 5

462 30 3
                                    

Langkah lemah dibawa menuju ke pejabatnya, sambil itu tangan kanan sedang ligat melonggarkan tali leher agar memberi ruang kepada lehernya untuk lebih bernafas. Kemudian dia melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk, sandarkan belakang lantas melepaskan keluhan lega.

Gambar raya berdua bersama papa tahun lepas dicapai dan dielus lembut.
'Kalau abang dengan umi masih hidup mesti keluarga kita lengkap sekarang.' getus bibirnya. Teringat akan kedua orang kesayangannya yang telah lama tiada.

Dia ingin sangat rehatkan fizikal dan mentalnya sekarang, namun minda pula tidak mahu beri kerjasama. Pergaduhan mulut bersama kawan baiknya tadi kembali ulang tayang. Tapi betul ke kawan baik?

"Kau kerap mengelak dari jumpa aku sekarang, kenapa?"

Pandangan kosongnya dibalas dengan pandangan pelik. Pelik dengan soalan yang tiba-tiba.

"Mana ada aku mengelak, aku cuma sibuk sikit."

"Sibuk apanya? Kau jangan nak bagi alasan, kau kerja dengan aku jadi aku tahu kerja kau ni tak sesibuk mana..."

"Sibuk tu tak bermakna sibuk dengan kerja. Aku ada life aku sendiri." sedikit tinggi nadanya.

"Kau ingat aku tak tahu maksud sebenar kau? Kau sibuk dengan girlfriend kan?"

Lelaki dihadapannya itu sekadar mengangkat bahu, tidak pula menidakkan.

"Jadi... Betul lah kau dah ada girlfriend?" ujinya. Suara sedikit bergetar menahan debar dihati menunggu jawapan.

"Ini hidup aku Leon. Apa aku buat tidak mengganggu hidup kau pun kan? Jadi aku juga harap benda yang sama dari kau, aku dah muak dengan semua gangguan dari kau. Stop acting like you own me!"

Leon tergelak sinis. "Selama ini kau cuma anggap aku ni gangguan ke? Aku buat semua tu sebab aku tak nak hilang kau, kau sorang aje kawan yang aku ada."

"Kawan? Huh, macam ni ke hubungan kawan pada kau? Kau buat aku ni macam aku kekasih kau!"

Leon menatap lama mata kawannya itu. Acap kali dia menyoal diri sendiri apa yang tidak kena pada hati. Dia dapat rasakan satu perasaan yang aneh seperti obses terhadap si kawan, tapi jauh sekali hendak dilabel sebagai perasaan seorang kekasih kepada pasangannya. Ianya cuma secebis perasan takut kehilangan.

"Leon, walaupun mulut kau tak pernah jujur tapi mata kau tu tak pandai nak bohong. Hanya kau sendiri yang boleh halang perasaan kau tu. Lumrah seorang manusia akan wujud perasaan yang dipanggil cinta tapi bagaimana ia terluah bergantung kepada individu itu sendiri. Lagi pula perasaan kita ini bertentangan, aku tetap cintakan seorang perempuan. Dan... aku tak akan sesekali buat perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan."

Kalau itu yang lelaki itu nampak, Leon enggan menafikan. Dia sendiri pun masih keliru dengan rasa hati, jangan kan pula hendak perbetulkan salah faham itu.

"Perempuan semalam tu ke gf kau?" Leon ubah topik.

"Yang mana?" sepertinya si kawan juga cuba lari dari topik 'geli' tadi.

"Semalam aku ternampak kau dengan seorang perempuan atas moto."

"Oh ya?" lelaki itu beriak sedikit tersentak.

Leon gelak kecil. "Apa jadi dengan skandal tua kau dulu?"

"Kali ini aku rasa nak tukar taste pulak hahaha..."

"Boleh pula macam tu... okay lah, aku masuk dulu. Esra nanti kau join aku lunch boleh? Aku tak nak balik rumah hari ni."

Esra angguk.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें