Bab 29

319 26 3
                                    

Keduanya melepaskan penat di sofa dalam bilik May. Selepas seharian mereka jadi patung bergerak, nak bercakap pun rasa terlalu penat. 

Ingatkan jadi raja sehari ni tidak penat. Rupanya yang diraikan itulah yang lebih penat.

Lebih-lebih lagi bila kena tangkap ratusan gambar indoor dan outdoor selama tiga jam berturut. Naik kejung pipi nak senyum. Belum cerita lagi kaki yang sakit gara-gara pakai heels tinggi. Nak mengamuk juga rasa.

Ting!

Esra capai telefon dari atas meja lalu buka pesanan whatsapp dari nombor yang dia tidak kenal. Gambar profile pun tak ada, buatkan Esra jadi ragu-ragu nak buka.

Bila buka, yang pertama Esra nampak adalah gambar outdoor dia dengan May. Ketika itu, baru lah Esra tahu nombor yang tidak dikenali itu milik jurugambar tadi.

"May tengok ni."

May yang baru saja memejamkan mata ketika menyandar di sofa kembali membuka kelopak mata. Dia tegakkan semula tubuhnya.

"Lelaki tadi hantar gambar ni. Dia tanya nak buat frame besar ke tak. Pakej yg Es ambik adalah yang paling tinggi harganya. Itu yang dia tanya. Dia dah siap edit beberapa gambar, cekap betul buat kerja." puji Esra. Baru saja beberapa jam majlis berlalu, sekarang dah dapat gambar.

"Mana awak dapat photographer ni?" May kerut dahi.

"Dari Im. Termasuk wedding planner kita."

"Saya seram betul setiap kali dia tangkap gambar kita tadi. Sudah lah tidak bercakap langsung, muka pun tak senyum. Nasib baik hensem." May imbas semula wajah jurugambar yang menjadi perbualan para tetamu tadi.

"Hai... Baru kahwin dah puji lelaki lain." cebik Esra.

"Nama dia apa?" May tidak melayan nada Esra yang seakan cemburu.

"Aylo Adriel. Dengar kata dia CEO terkini TMPG. Dia jadi jurugambar pun kerana hobi."

"TMPG? Dia ahli keluarga Martin ke?" mencerlung luas mata May. Dia selalu mendengar desas-desus mengenai keluarga Martin yang katanya merupakan salah satu keluarga terhormat di negara ini.

"Agaknya. Biasanya yang muka ketat ni kan anak orang kaya." sahut Esra bersahaja.

"May. Es nak tegur ni." tiba-tiba Esra ubah topik. Dia ubah kedudukan kepada bersila sambil menghadap May yang juga sudah tukar posisi duduk menghadapnya.

"Kita sebaya jadi May tak boleh panggil Es abang." Esra memuncung itik. Hodoh betul rupanya. Haha.

"Saya dah ada banyak abang, saya tak perlukan lagi sorang." selamba jawapan dari mulut May.

"Kita nak guna panggilan apa ni?" lagaknya bertanya seperti topik itu topik berat.

"Guna aje lah panggilan macam biasa. Saya dan awak." mudah May menjawab.

Esra menggeleng laju. "Tak special langsung." bantahnya.

"Errr..." otak May ligat berfikir.

"Bro? Babe?" cadang May. Punyalah lama berfikir, rupanya setakat itu saja yang dia mampu fikir.

"Apasal bunyi macam kawan pulak ni" Esra garu kepala. Tak setuju. "Ah, tak kira! Fikirlah lagi. Es nak lain daripada yang lain."

"Tapi kita kan sebaya. Tak kan nak panggil awak, abang? Eeee geli..." kalau abang dia sendiri pun dia panggil guna nama, mustahil dia nak panggil suaminya sendiri abang.

"Apa salahnya kalau panggil Es abang? Es suami awak. Lagipun panggil bro mana sweet sayang... Nanti org ingat Es ni member May." keluh Esra.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now