Bab 26

331 29 0
                                    

Hari esoknya ketika May sedang berjalan santai menuju ke arah lif, terasa lengannya ditarik secara mengejut oleh Leon. Tubuh tidak bersedia May hanya terikut tanpa sempat beri reaksi. Leon bawa dia ke satu tempat yang agak tersembunyi dari orang ramai.

"Kenapa?" soal May lalu menarik balik lengannya. Dia tahu dihadapannya kini adalah Leon, abang tiri yang pernah disayanginya suatu ketika dulu. Namun sekarang, May tiada hati hendak bercakap dengan Leon. Naluri May kuat menyangkal bahawa Leon yang sekarang sama seperti dulu.

Lihat saja dari mata tajamnya. Dia menyerap perangai Deon ke apa?

"Betul ke awak akan kahwin dengan Esra?" May tidak tahu Leon bertanya dalam emosi apa. Marah atau kecewa? Sebab kedengaran sama.

May angguk. "Lagi dua minggu majlis akad nikah kami, awak jemput lah datang." Dah dia sendiri pun Leon tak kenal, jangan kan pula abangnya itu akan kenal mama. May rasa tak ada masalah sekiranya Leon hadir.

Leon diam agak lama sebelum kembali berkata, "Kalau macam tu, tahniah sekali lagi. Jaga Esra elok-elok."

Sepatutnya Leon datang pada Esra dan cakap 'Jaga May elok-elok". Ini macam terbalik saja. Memangnya ada bahaya apa terjadi pada Esra kalau mereka jadi suami isteri?

May tetap angguk bersama wajah binggung. Laju saja dia lepaskan diri setelah itu dan bergerak menuju ke lif.

"Ada apa ni?" Bos Ben menyapa anaknya dari arah belakang.

"Saja nak kenal-kenal dengan bakal isteri Es." jawab Leon ringkas.

"Es akan kahwin dengan budak tu? Nama dia Maysarin tak silap." ingat lagi hari tu dia ada menyoal kenapa nama Maysarin tiada berbintikan ayahnya.

Leon angguk.

"Tapi budak tu nampak familiar aje, kan?"

"Maksud papa?" Leon kerut dahi.

"Muka dia macam seseorang yang kita kenal."

"Siapa yang kita kenal?" Leon menyoal dalam binggung.

Bos Ben cuma tersenyum nipis kepada anaknya lalu buang pandang ke arah May yang masih menunggu lif.

Hilang saja kelibat May ke dalam lif, dua anak beranak itu turut bersurai.

...

"May, jom lunch!"

Asal nampak dia saja mesti Esra akan ajak lunch.

"Jom lah, makan kat tempat sama?" dengan senang hati May bertanya. Perut memang tengah lapar, di ajak pula pergi makan... Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal.

Esra menggeleng kepala. "Hari ni saya buatkan dua bekal." dia jawab dalam senyuman. Beg plastik bayang yang ditayangkan oleh Esra jelas menampakkan ada dua bekas di dalamnya.

"Awak masak?" tanya May kurang percaya.

"Ya, saya masak. Tak kan lah beli pulak. Daripada beli, baik saya ajak makan kat kedai terus." omel Esra. Dia ajak May mengambil tempat duduk di sofa lobi hotel yang tidak dihuni orang.

"Semalam saya whatsapp ajak lunch kenapa tak balas? Awak lunch dengan siapa? " bebel Esra sambil membuka penutup bento. Satu bekal yang sudah dibuka dia letakkan di depan May manakala satu lagi di depannya sendiri.

May buat muka. Eleh, berlagak control orang macam dia tu suami pula. Padahal kahwin pun belum.

"Dengan Qadr."

Terliur May melihat bekal yang dibuat oleh Esra. Bau nasinya ada aroma nasi ayam memandangkan di atasnya ada beberapa keping ayam bakar. Di tepinya pula ada dua bekas comel dimana Esra letak kicap dan sos cili. Tapi apa yang menarik perhatian May ialah telur yang elok sungguh golongannya. Nampak kemas. Kalau dia sendiri yang buat mesti akan gagal, tak pun dia hancurkan terus jadi scrambled eggs.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now