Bab 31

340 28 0
                                    

Honeymoon serupa tak honeymoon langsung. May betul manfaatkan cuti mereka dengan menjelajahi seluruh bandaraya Kuching, tak berhenti siang dan malam. Hairan sungguh Esra melihat tenaga isterinya yang tidak kenal erti penat berjalan ke sana-sini. Nasib baik sebelum dompetnya kering, hari ini mereka sudah kena balik semula ke KL. Kalau setakat bercuti ke Sarawak saja pun May sakan berbelanja, jangankan pula nak bawa pergi jauh-jauh.

Cenderahati May sekalikan dalam satu beg yang baru dia beli semalam. Datang dengan tiga beg, balik pula bertambah dua beg.

Esra mengeluh berat, sudah membayangkan dia yang akan jadi mangsa bawa kesemua beg itu nanti.

"Kita direct balik ke rumah Es." ujar Es ketika mereka sedang berada di ruangan menuntut bagasi.

May yang berdiri sambil berpeluk tubuh terus berubah riak kepada teruja. Dia mendekati suaminya lalu berpaut pada lengan kiri lelaki itu.

"Tak sabarnya nak tengok rumah Es." pada bayangannya pasti rumah itu lebih kurang semewah rumah ayah.

May sudah percaya bahawa Esra memang punya banyak duit oleh kerana hantaran yang dia bagi ketika majlis nikah mereka hari itu adalah cek bernilai RM15 ribu. Terkejut semua yang berada dalam majlis.

Duit itu May tidak gunakan langsung memandangkan majlis kahwin mereka dulu pun semuanya dibawah tanggungan Esra. Jadi May simpan wang tersebut sebagai duit kecemasan. Dia sendiri pun bukannya asal dari keluarga miskin. Dia dan Esra sama-sama bekerja, maka duit gaji bulanan mereka pun sudah memadai untuk tampung hidup berdua.

"Sekarang dah jadi rumah kita." Esra tersenyum kepada isterinya yang sudah melentokkan kepala ke lengannya. Tangan kanan Esra naik mengusap lembut kepala yang berlapik tudung itu.

Di luar sudah ada Im yang berdiri menunggu mereka berdua. Esra yang hubungi kawannya itu untuk menjadi pemandu dia dan May pulang ke rumah memandangkan hari itu mereka dihantar oleh Tuan Omar.

"May, how was your honeymoon?" tanya si pemandu seraya menjeling pasangan pengantin baru yang sedang duduk di kerusi belakang. Amboi, dah ada bini terus lupa tempat duduk asal. Tak pasal-pasal disebelah Im diduduki oleh bagasi besar yang tidak muat masuk bonet.

"Kenapa kau tak tanya aku?" soal Esra bernada datar.

"Aku nak bercakap dengan May." balas Im bosan.

"Seronok." hanya sepatah May balas.

Hendak saja Esra meledakkan ketawanya tatkala terpandang riak jengkel Im melalui cermin pandang belakang. Esra tahu isterinya ini sedikit pelik, dia sendiri pun tak habis belajar lagi personaliti May seperti apa sebenarnya.

May sedikit terlopong saat kereta Im membelok masuk ke dalam perumahan elit. Rumah yang May nampak di situ bukan calang-calang rumah.

Mereka tiba sekitar jam 7 petang. Kereta yang dipandu oleh Im berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah dua tingkat.

Mungkin itu lah rumah Esra. Besar dan tampak mewah.

"Bro, kau tolong aku angkat beg ni semua. May buka kan pintu boleh? Ni kunci." nada Esra serta-merta berubah ketika bercakap kepada May. Mengundang cebikan di bibir Im.

"Bro... Alang-alang kau dah ada. Tolong bungkuskan kami makanan dari kedai makan Pak Ali, boleh?" Esra tersengih kepada kawan baiknya. Dah macam hamba abdi dia layan Im hari ini. Alah bukannya selalu dia minta tolong dengan Im. Selalunya dia buli Yusuf tapi lelaki itu sibuk, itulah punca kenapa Im yang jadi mangsa hari ini.

Im menjulingkan mata namun tetap ikut juga kehendak Esra. Dia berlalu ke kedai makan yang dimaksudkan, kedai yang menjadi tempat dia dan kawan-kawannya selalu lepak hingga pagi.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now