Bab 46

394 28 4
                                    

Tangan terikat kemas di belakang. Ketatnya tali ikatan membataskan pergerakkan jari jemari May mahu mencapai hujung tali yang panjang dan berjuntai. Puas dicuba, akhirnya perbuatan itu memenatkan diri sendiri. May lepaskan keluhan putus asa. Dia dongak kepala lalu mata diliarkan memandang sekitar bilik.

Keadaan malap menyukarkan May untuk kenalpasti di mana keberadaannya kini. Sakit dikepala yang kembali menyengat, mengingatkan May akan apa yang sudah terjadi kepadanya.

Papa.

Orang terakhir yang dia lihat sebelum tidak sedarkan diri adalah Bos Ben. Di muka pintu rumah ayah berdirinya lelaki tua itu yang tersenyum puas melihat dia meronta dalam desakan orang suruhannya.

"Dia dah bangun bos." sayup kedengaran suara seorang lelaki yang tiada bersamanya dalam ruangan ini. Kemungkinan suara itu datang dari luar. Tapi bagaimana pula boleh tahu dia sudah sedar?

Pintu yang dikuak dari luar menyebabkan mata May menjadi pedih kerana cahaya terang secara tiba-tiba menyerang kornea matanya. May mengecilkan mata.

Ketika itu juga May tersedar ada telefon yang dihadapkan ke arahnya. Mungkin mereka tahu dari panggilan telefon yang dibuat menggunakan telefon tersebut. Gila! Nak buat jahat pun di rakam. Macam nak buat video pornografi pun ada.

Lelaki berhelmet mendekati May sekali lagi. Seketika kemudian, barulah dia membuka helmetnya.

"Kau!" jerit May sedikit kuat. Lelaki dalam dashcam hari itu. Dia juga masih ingat dengan jelas rupa lelaki yang bergaduh dengannya di luar hotel dulu. Orang yang sama.

"Apa khabar perempuan celupar?" sinis nadanya.

"Kenapalah aku langsung tak nampak kau hari itu, kalau tak kerja aku dah lama habis! Sekarang ni jadi satu kerja pula kena culik kau." kata-katanya merujuk kepada hari kemalangan kereta Tuan Omar.

"Cis! Aku ingatkan kau dah mati hari itu, Rin!" Bos Ben muncul dari luar. Wajahnya tegang.

"Aku ingatkan yang pakai abaya tu kau, anak Omar. Rupanya itu menantu Omar! Gambar raya keluarga Omar pulak tak ada kau, yang ada cuma si mati. Padan lah, nasib tak menyebelahi dia. Tapi bagus betul nasib kau ya, sampai ke hari ni kau masih hidup. Tapi hari ni aku tak jamin tau, liat mana pun nyawa kau... Kalau aku cucuk guna ni, tak bernyawa juga kau nanti." dia tunjukkan sebilah pisau dalam tangannya dengan wajah bangga.

May binggung sendiri. Macam mana Bos Ben boleh terlepas dari dalam penjara? Apa lagi bukti yang tak cukup untuk dia kekal duduk dalam penjara itu?

"Orang gila!" suara mama. May tercari dari mana arah suara itu. Akhirnya hujung mata May dapat tangkap mamanya yang duduk di bahagian tepinya tapi sedikit kebelakang. May tidak dapat lihat keadaan mamanya dengan jelas.

"Aku memang gila. Kau pun tahu Amelia." sinis Bos Ben.

Bos Ben kecilkan mata lalu pandang May dan Puan Amelia bersilih ganti. "Bila kau orang dua duduk dekat macam ni barulah aku boleh nampak dengan jelas, muka kau orang anak beranak hampir sama! Makin cantik ya kau sekarang Lia, pandai Omar jaga kau. Dulu dengan aku selekeh tak ubah macam bibik!" dia ketawa.

"Papa buat apa ni?" soal Deon yang baru tiba dari luar.

Bos Ben tersentak oleh kehadiran anaknya. "Bila kau balik? Macam mana kau tahu aku ada di sini?" tanyanya dalam riak berkerut pelik.

"Tak cukup dah bunuh Omar dengan Gia. Sekarang kau nak bunuh aku dengan May pulak?" soal Puan Amelia lantang.

"May..." Bos Ben pandang May dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Aku pelik kenapa dia Maysarin, Amelia? Itu bukan nama dia!" mata Puan Amelia ditentang tajam.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora