Bab 4

475 30 6
                                    

Pagi isnin yang huru-hara!

Tuan Omar bersama Puan Amelia sudah keluar menuju ke restoran seawal 6 pagi lagi. May baru tahu ayahnya sendiri yang menjadi chef di sana, patut saja kedua-duanya pantas bersiap seperti kena kejar hantu.

Selang 15 minit selepas itu, semua mereka di dalam rumah itu dikejutkan dengan nada nyaring Mak Ina yang membangunkan Qadr untuk bersiap ke sekolah. Remaja 16 tahun itu memang degil.

Pada jam 6.40 pagi pula, tangisan Anas merancakkan lagi suasana. Dia menangis kerana enggan dihantar ke taska, di minta duduk dengan pembantu rumah juga tak mahu. Si kecil 5 tahun itu merengek hendak ikut orang tuanya pergi kerja. Tangisan itu berlarutan sepanjang mereka menikmati sarapan pagi, diselangi juga dengan bunyi bebelan Mak Ina kepada Qadr.

Riuhnya meja makan pagi itu mengalahkan majlis kenduri kahwin!

...

"Eskandar!"

Lelaki itu menghentikan ayunan langkah. Dia pantas menoleh ke belakang. Wajahnya jelas kebinggunggan. Dia pandang ke depan semula lalu menyambung langkah menuju ke motor.

"Hei Eskandar! Tunggu!"

May berlari lebih pantas daripada awal tadi. Dia berhenti tepat di hadapan motor lelaki itu. Seketika dia ambil nafas, rasa semput.

"Apa awak ni! Saya panggil awak kan!" dengus May geram.

"Panggil saya? Bila?" soalnya sambil pasang helmet ke kepala.

May cuma diam. Rasa jengkel pula dia dengan lelaki itu.

"Awak panggil saya Eskandar tadi, kan? Manalah saya nak jawab..."

"Kenapa pulak?"

"Dah itu bukan nama saya. Dibuatnya sini memang ada yang nama Eskandar tapi bukan dituju buat saya. Bikin malu saja nanti tiba-tiba mengaku diri Eskandar." balasnya selamba.

"Sini maksud awak tu kawasan rumah saya ni aje. Awak sorang je nama Es..."

"Oh... Asal panggilan Es saja awak assume terus nama saya Eskandar?" dia sindir.

"Oh bukan eh? Sorry..." May sengih. Dia tak nak gaduh pasal topik kebudakkan seperti ini sebab tujuannya cuma satu, dia nak pujuk si Es ni untuk hantar dia ke hotel.

"Jadi apa nama sebenar awak? Esi? Esa? Esu?"

Lelaki itu mengeleng sambil buat muka bosan. Dia sudah melabuhkan punggung di atas seat moto.

"Kalau macam tu... Mesti Eshan, kan?"

Diam tak berkutik. Maknanya nama itu juga bukan.

"Es apa lagi ya saya belum sebut, Es... riq?"

"Sekarang ni kenapa saya dengar macam awak tengah pilih nama untuk anak-anak kita nanti?" dia senyum mengusik sambil menjongketkan sebelah kening.

May putarkan bola mata. Lelaki didepannya itu sejibik perangai Noah. Agaknya ini lah pengaruh rakan sebaya!

"Tu semua bukan nama saya!" sebal pula dia dengan gadis itu.

"Habis tu?" May masih tak berpuas hati.

"Nama saya Es... ra."

"Esra?"

Sesaat. Dua saat. Saat ketiga baru May pecah gelak. Nama itu terlalu jauh dari sangkaannya.

"Kenapa awak gelak?"

"Saya cuma tak sangka. Langsung tak syak nama awak macam nama perempuan." dia sambung gelak lagi.

"Eleh. Nama awak sendiri pun bunyi macam nama orang Thailand." eloklah, sama-sama menghina nama!

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now