Bab 23

364 30 0
                                    

Sepatutnya hari ini May ditemani oleh ayahnya namun Esra yang kebetulan datang ke rumah minta izin daripada Tuan Omar untuk gantikan tempatnya bagi menemani May.

"Ini kereta awak ke?" soal May sambil matanya melilau memerhati sekitar dalaman kereta Honda HR-V yang dipandu oleh Esra.

"Haah."

"Kereta ni bukannya murah..." gumam May perlahan lalu menyelesakan kedudukannya di sebelah Esra. Semasa buat carian di google dulu, dia ada terlihat kereta jenama ini dan harganya memang agak tinggi.

"Saya kan..." belum sempat Esra habiskan ayat, May memintas terlebih dahulu.

"Banyak duit! Itu kan yang awak nak cakap?" May serkap jarang seraya buat muka menyampah.

Sisi wajah Esra menampakkan dia sedang tersenyum mendengar kata-kata May walaupun dia fokus memandang ke hadapan.

"Saya tahu awak banyak duit. Hmmm, saya teringin sangat nak tengok rumah awak."

"Simpan aje teringin awak tu buat masa sekarang. Nanti lepas kita dah kahwin, awak akan tinggal sana jugak."

"Siapa cakap saya nak ikut awak? Kalau saya tinggalkan rumah, nanti dah tak boleh gaduh dengan mama." ke situ pula pergi jawapannya.

"Ini lagi satu. Nanti lepas kita kahwin, saya dah tak nak dengar awak gaduh dengan mama. Saya nak awak hormat mama sebagai ibu awak." tegur Esra.

"Kenapa pulak?" suara May jelas tidak berpuas hati. Dia peluk tubuh.

"Sebab awak isteri saya, dosa awak saya yang tanggung."

"Awak tak boleh nak halang. Yang gaduh dengan mama tu mulut saya, bukan mulut awak." May masih tidak ingin mengalah.

"Mulut tu boleh kawal, kan? Jangan disebabkan mulut lancang awak tu, rosak imej wanita bertudung yang lembut dan sopan."

"Saya cakap elok-elok aje kan dengan semua orang? Hanya pada mama sorang saya cakap kasar. Itupun kami memang tak ngam dari saya kecil."

"Dari kecil?"

"Ya."

"Bukan ke dulu mama sayang awak?"

Oh! Lupa pula Esra kenal dia dah lama. Selama mana itu May tidak tahu.

"Awak ingat kebakaran yang berlaku dulu?"

Esra angguk. Tipu kalau tidak ingat.

"Saya pernah dengar." jawab Esra mendatar.

"Sebulan lepas kejadian tu, saya dengan mama datang ke bandar. Masa tu lah mama jumpa dengan ayah dan mereka berkahwin. Saya rasa hidup harmoni saja sehinggalah berita kebakaran itu masuk dalam berita TV, ada seorang pakcik tu yang..."

May jeda manakala Esra telan air liur kesatnya. May maksudkan arwah ayahnya.

"Saya tak kenal... ke saya kenal pakcik tu?" May ragu-ragu dengan ingatannya sendiri.

"Lepas tu?" desak Esra. Dia tahu May kenal, May cuma tidak ingat. Seperti dirinya juga yang seakan tidak pernah wujud dalam memori May.

"Pakcik tu mengaku dia yang sengaja bakar bermotifkan dendam. Masa tu mama marah sangat, saya pun tak tahu kenapa. Dia kata saya dah buat orang tak bersalah masuk penjara. Padahal mama yang buat! Saya ingat lagi, mama bakar sendiri rumah tu."

Esra tidak pelik. Sewajarnya itulah reaksi yang patut dia jangkakan. Nasib baik dia sudah 'belajar' tentang tanda trauma daripada Jai dulu. Dia tahu 'otak' May yang sekarang sudah buang sepenuhnya ingatan dia tentang kebenaran malam itu. Kalau tidak, May pasti akan dihantui rasa bersalah sehingga dewasa.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now