Bab 20

408 31 1
                                    

Esra menyisip perlahan jusnya yang kini tinggal separuh sementara menunggu kedatangan empat orang sahabatnya yang masih juga belum berkunjung tiba. Mereka sudah terlambat 20 minit dari masa yang dijanjikan semalam.

Esra tutup skrin telefonnya setelah membacakan pesanan dari Maya yang memaklumkan bahawa mereka sudah hampir tiba. Esra perhatikan sekeliling kedai makan tersebut. Agak lenggang dengan pelanggan berbanding hari kebiasaan dia dan kawan-kawannya selalu datang.

"Es." ketika tiba, Im terus angkat tangan kanannya kepada Esra. Dibelakangnya ada Maya, Jai dan Yusuf yang mengiringi.

Justeru itu, masing-masing pantas ambil tempat duduk lalu memesan makanan.

"Pasal yang kau bagitahu dalam whatsapp semalam. Betul ke ayah tiri May paksa kau kahwin dengan May?" sembur Yusuf terlebih dahulu. Ekspresi dia seperti teruja ingin tahu. Mungkin saja dia memang tertanya semenjak membaca luahan Esra melalui perbualan whatsapp group antara mereka berlima semalam. Bila masing-masing soal kenapa, Esra tinggalkan pertanyaan itu tidak berjawab malah berjanji untuk bersemuka pada hari ini.

"Paksa? Heh, macam bukan dipaksa aje..." cantas Maya. Dia buat muka yakin memperbetulkan soalan Yusuf.

"Bukan ke ini umpama kau menang? Kalau judge dari semua cerita kau tentang May dari dia kecil sampai sekarang, kau macam dah lama sukakan dia." Im sepemikiran dengan mereka yang lain.

Esra tidak menafikan. Dia hanya diam sambil bermain jari jemari di atas meja. Dia seperti sedang dilanda kebinggungan.

"Esra... Mungkin ini lah jalan yang Allah bukakan untuk kau dekatkan diri kau dengan kebenaran. Kau dekati parents May saja tidak cukup sebab mereka juga mangsa malam kebakaran itu. Aku yakin kau tak akan jumpa apa-apa jawapan dari mereka. Hanya May seorang yang boleh menjawab tanda tanya kau selama ini. Trust you gut, Es. Allah sedang bantu kau untuk buktikan arwah ayah kau tak bersalah." Jai juga memberikan pernyataannya.

"Aku sebenarnya takut..." ucap Esra dalam suara perlahan.

"Kau takut apa?" Maya kerut dahi.

"Takut sekiranya apa yang aku nampak malam tu adalah kebenaran yang aku cari selama ini. Andai kata aku betul jadi suami May nanti, mampu ke aku nak paksa diri aku untuk maafkan dia?"

"Kau kata kau nampak dengan mata kau sendiri, kenapa kau tetap tak percaya?" bidas Maya. Pemahaman dia mengenai cerita ini adalah May memang suspek yang sengaja mulakan kebakaran malam itu.

"Apa yang kau perlu buat sekarang adalah terima May apa adanya walau kau tahu dia salah. Sampai bila kau nak tertanya sama ada May salah atau tidak? Persoalan kau dah lama terjawab Es, cuma kau yang bodoh buat tak faham." sambung Maya lagi.

"Aku buat tak faham sebab aku nak pastikan apa yang aku nampak malam tu adalah salah mata aku sendiri. Aku tak nak terbit rasa kecewa pada May nanti." Esra menekan suaranya sedikit geram.

"Sebelum kau kecewa apa kata kau ajar hati kau maafkan dia dari sekarang." sahut Maya. Hanya dia dan Esra saja yang berbual tika ini sementara tiga yang lain tiada peluang langsung untuk menyampuk sama.

"Aku tak yakin macam mana penerimaan aku nanti kalau dia mengaku salah dia..." gumam Esra.

"Penerimaan apanya? Dari sekarang lah kau buka hati kau tu untuk maafkan dia sebelum terbukti May memang salah selepas kau kahwin dengan dia nanti. Lagipun benda dah lama. Kalau kau buka balik kes ini, apa saja yang kau dapat? Keadilan? Keadilan yang macam mana? Arwah ayah kau sendiri yang buat pengakuan. Lagipun arwah ayah kau dah lama meninggal, Es. May salah atau tidak tak akan ubah apa-apa." berjela Maya marahkan Esra.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Kde žijí příběhy. Začni objevovat