Bab 45

364 27 5
                                    

"Air aje? Es tak nak order makan ke?" May berkerut dahi apabila melihat hanya minuman yang dihantar oleh pelayan kepada Esra.

"Ya, Es order air pun dah cukup..." lelaki itu menyisip minumannya seteguk dua. Mata memandang tepat ke wajah si isteri. Dia baru perasan pipi isterinya yang nampak semakin gebu semenjak berbadan dua ini.

"Tak lapar ke? Makanlah..." pujuk May. Dia sudah boleh agak betapa janggalnya nanti bila hanya dia yang akan makan. Tambahan pula dia kurang senang ditenung lama-lama oleh Esra biarpun itu suaminya sendiri. Dia rasa segan.

"Tadi sayang pesan apa?"

"May pesan nasi ayam berempah, mee sizzling, maggi goreng, udang buttermilk dan keropok lekor buat kudapan." laju saja dia list satu persatu.

"Di situ ada berapa item sayang order?" Esra jongket sebelah keningnya.

May angkat sebelah tangan lalu menayangkan kesemua jari jemarinya.

"Lima."

"Itu pun dah terlalu banyak sayang. Es tak perlu order pun tak apa..."

"Tak kan Es nak makan selepas May makan, tak elok lah..." wanita itu muncung sedepa.

"Siapa cakap? Makan bekas sayang tak jadi masalah pun malah Es suka. Boleh tambah pahala sebab harini kita tak membazir makanan. Es tahu paling-paling sayang rasa aje nanti, lepas tu tolak semua kat Es. Baik Es tak payah order langsung yg Es punya sebab nanti Es tetap makan apa yang sayang bagi kt Es. Tapi udang tu sayang makan kasi habis, Es hanya boleh makan selain itu."

"Banyak juga... Es boleh ke habiskan?" soalan itu buat Es menggeleng-geleng kepala. Patutnya May risaukan dirinya sendiri.

"Haaa tahu pun banyak, dah tu kenapa order banyak-banyak..." sindirnya dengan nada datar.

"Baby yang nak makan..." alasan standard setiap ibu mengandung,
mesti lah kena tuduh anak dalam kandungan yang paksa nak makan.
Esra terus tersenyum bila terdengar May sebut perkataan 'baby'.

"Kalau sayang yang nak makan, sayang makan saja. Es tak marah. Tapi jangan lah sampai fitnah baby..." Esra gelak mengusik.

Merajuk ke? Esra lihat bibir May sedikit memuncung.

"Sayang makan aje, jangan risau. Nanti kalau dah tak nak, bagitahu Es." sekali lagi Esra panggung kepala memandang tepat ke wajah si isteri. Tak jemu langsung malah buat makin jatuh cinta lagi ada!

"Es janganlah pandang May macam tu, segan lah..." naik memerah pipi May apabila diperhati lama oleh suaminya.

"Biarlah Es pandang isteri Es, Es tak puji lagi hari ni bahawa isteri Es ni cantikkkkk sangat."

"Sebelum ni tak puji pun..." May menggumam perlahan. Cukup pada pendengarannya sendiri.

"Malu lah tu..." Esra gelak mengusik.
May dah mula jadi malu kucing, "Es makanlah yang ni, May belum usik..." dia cuba alih perhatian suaminya agar memandang ke arah makanan pula.

"Kalau sayang belum makan Es tak nak makan lah."

"Kenapa pulak?" May berkerut dahi.

"Sebab sayang belum rasa. May order sebab May yang nak makan. Es kan selalu utamakan isteri Es ni dulu." Esra kenyit mata bersama senyuman nakal.

Semakin memerah pipi May, kenapalah Esra ni mulut manis sangat? "Mee ni May dah tak nak." dia tolak pinggan mee sizzling yang baru tiga kali dia suap.

Kan dah kata, kalau Esra order tadi mesti berlaku pembaziran punya. Betul tindakan dia dah buat, hari ini Esra boleh jimat duit dan juga tidak membazir makanan.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now