Bab 10

401 26 0
                                    

Puan Amelia pagi ini tidak bercakap lansung dengan Tuan Omar. Dia sibukkan diri membuat nasi goreng sebagai santapan pagi mereka.

Marah sungguh gayanya sehingga bunyi senduk dengan kuali berlaga kuat tanda protes. Tiada orang gaji yang berani menghampiri Puan Amelia kecuali suaminya yang langsung tidak tunjuk rasa gentar.

Tuan Omar arahkan yang lain disitu agar beredar dari ruangan dapur memandangkan Puan Amelia sudah pelawa diri untuk sediakan sarapan.

Faham perubahan mood isterinya itu berpunca daripada dia, Tuan Omar tidak putus asa memohon maaf atas ketelanjurannya semalam semasa majlis hari jadi cucu sulung mereka.

"Saya ni dah tua Lia. Normal lah kalau saya lupa." dia ulang lagi ayat itu. Dia tiada alasan lain kerana itulah fakta sebenar kenapa dia berbuat begitu semalam.

Dia betul-betul lupa, nak buat macam mana lagi? Benda pun sudah berlalu dengan selamat. Tipu lah kalau dia tidak menyalahkan diri sendiri kalau tahu silapnya itu hampir menjerat si isteri.

"Ke awak memang sengaja ajak dia?" pada akhirnya Puan Amelia bersuara juga. Di tekan-tekan nasi dalam kuali. Geram punya pasal.

"Jemputan itu pergi random, Amelia. Bila saya jemput yang ini, yang ini lah ajak yang itu. Jujur saya mula-mula tak ingat, sebab itulah saya jemput dia masuk ke dalam rumah. Lagipun saya tak boleh kawal siapa yang nak datang. Tak kan lah orang tu dah sampai, kita nak halau pulak. Tak elok."

Ingat lagi malam tadi dalam pada dia sibuk mencari May, dia baru sedar akan ketiadaan isterinya di majlis. Apabila dia melihat gerangan yang 'dielak' oleh isterinya, baru lah dia sedar akan sesuatu. Lama juga dia amati dengan baik muka itu takut dia silap orang. Rupanya sangkaan dia memang betul.

Tuan Omar tidak menjemput lelaki itu sebaliknya dia datang sendiri bersama Dato' Alaudin, kawan baik kepada Tuan Omar. Sesungguhnya Tuan Omar hanya kenal Bos Ben begitu sahaja, tidak terlalu rapat sehingga menganggapnya sebagai kawan. Tetapi dengan anak Bos Ben yang bernama Leon dia lebih senang berborak. Anak itu punya aura yang mesra didekati berbanding ayahnya yang kelihatan sedikit angkuh.

"Nasib baik May tu tak ada semalam." dengus Puan Amelia. Dia asingkan nasi ke dalam bekas buat bekal Qadr ke sekolah.

"Awak risaukan dia?" usik Tuan Omar. Dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan sendiri. Dia sudah tua, semestinya dia ingin kurangkan makan makanan yang berasaskan minyak seperti nasi goreng tapi memandangkan isterinya itu beria sungguh buat sarapan pagi ini dia tidak mahu hampakan hati isteri.

"Bukan risau dia tapi saya sendiri. Bayangkan dia nampak May mesti dia tahu saya ada dalam rumah ni jugak." Puan Amelia bijak pusing ayat.

Tuan Omar antara lega dan tidak lega.  Kalau elak di sini, bagaimana pula di sana?

"Lia... May tu pernah tak bagitahu awak mana dia jumpa papa dengan abang dia?"

"Awak ada nampak ke saya bercakap dengan May?" kasar balasannya.

Tuan Omar angguk. Betul juga. "Jadi awak tak tahu lah ni mana May kerja?"

"Yang saya tahu dia satu tempat kerja dengan Es dan Gia."

"Itu betul. Soalan saya adalah nama tempat kerja tu."

"Saya tak tahu."

"Dao Palace. Bos Ben bekas kekasih lama awak tu adalah owner hotel itu. Leon, anak dia bos May yang sekarang."

"Budak tu dah gila agaknya." marah Puan Amelia. Naik turun dadanya meneutralkan nafas yang terasa sesak.

"Saya pelik dah tiga hari May kerja sana, tak kan dua beranak tu tak kenal dia..." gumam Tuan Omar.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now