Bab 41

342 25 0
                                    

Seminggu selepas pemergian Qadr, May langsung tidak diizinkan untuk jejak kaki ke rumah ayah. May akur terima halangan tersebut jika itu yang terbaik buat mamanya. Sepanjang seminggu itu juga, Esra lah yang kerap melawat Puan Amelia atas permintaan May. Mamanya sudah tidak punya sesiapa sekarang, May risau akan keadaan mamanya. Dia juga bimbang sekiranya kesihatan mama juga merosot sama.

"Mama dah terlalu banyak menghadapi orang yang disayanginya pergi, May tak duduk tempat mama tapi May boleh rasa peritnya hidup sebagai mana." ujar May ketika mereka berdua sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Betul. Kita tak akan boleh faham sakit yang mama lalui." sokong Esra lalu menyandarkan sisi kepalanya ke bahu si isteri sambil menonton rancangan drama melayu pada kaca televisyen.

Setelah lama berdiam diri, May bersuara semula, "Es... Demam May dah kebah sikit, esok May akan pergi ke hotel."

"Semalam pun May hampir pitam tau. Kenapa kerap sangat demam ni? Es bawa May ke hospital nak tak?" sarannya. Acap kali dia mengajak May ke hospital tapi wanita itu enggan mendengar.

"May dah sembuh la Es, cuba rasa ni..." dia tekap telapak tangan Esra ke dahi licinnya. "PA along dah call May banyak kali. Itu petanda nak tak nak May kena pergi jugak." tambah May lagi.

Degil. Isterinya ini memang degil.

"Novan masih belum okay ke, sayang? Dah lama Es tak nampak dia dengan Anas." ucap Esra seraya mengunjurkan kakinya ke meja di depan. Kakinya terasa lenguh. Tangan isterinya dia capai lalu mengelusnya dengan mata yang tidak lepas dari memandang ke arah televisyen.

"Es... May nak sangat tahu kalau May mati masa mengandung, nanti Es akan jadi macam along tak?"

"May jangan lah cakap macam tu. May buat Es rasa insecure tau!" bentaknya bernada merajuk. Suka sangat cakap yang bukan-bukan.

"May simpati tengok keadaan along sekarang, dia hilang dua orang sekaligus termasuk anak dalam kandungan Kak Gia. Semua salah May..." seminggu ini saja, Esra hanya pekakkan telinga dari mendengar isterinya menyalahkan diri sendiri. Dia bukan muak cuma dia dah tak lalu mendengar May berkata hal yang sama.

"Lama-lama nanti Novan akan redha juga. Nak sembuhkan hati ni perlukan masa yang lama. Dia bukannya tak redha, sayang. Insya-Allah Novan kita yang lama akan kembali nanti. Buat masa ni kita biarkan dia sembuh dulu dari luka dia."

"Jadi Es pun akan redha bila May pergi juga?" riaknya bersungguh ingin tahu.

"Es tak tahu sebab benda tak jadi lagi. Kadang predict kita ni tak sama bila benda tu betul-betul terjadi kepada kita. Tapi kalau Es boleh redha tak bermakna Es tidak sayangkan May. Es akan belajar terima keadaan. Cuma prosesnya tidak semudah kata. Kita ni kena..."

"May lapar lah..." potong May penuh tiba-tiba. Bibir memuncung panjang. Terbantut hujah Esra ditengah jalan, malah Esra sendiri pun dah lupa apa dia nak sampaikan tadi.

"Kita baru makan tadi, kan?" mereka sudah sarapan pukul 8 tadi dan sekarang baru naik angka pukul 9. Cepat betul bininya ini lapar.

"May nak makan nasi lemak. Dulu Es dah janji nak bawa May pergi beli, kenapa mungkir janji?" May berubah riak seperti ingin menangis, menjadikan Esra terpinga-pinga tidak faham.

"Es tak mungkir janji lah. Dah May sendiri tak sebut nak makan. Es assume May dah tak ada rasa nak makan."

"Siapa cakap?" mata yang sedia ada berkaca kini mengalirkan air mata dengan lebat. Rupanya juga kelihatan seperti sarat dengan emosi. Sedih sangat gamaknya.

Apa kena pula ni? Esra jadi buntu sendiri. Ini reaksi hendak memaksa dia ke apa?

Esra termanggu seketika sebelum bangkit dari duduk, dia hulur tangan kepada May lalu menarik tubuh itu berdiri didepannya. Tangan Esra melingkar nakal di pinggang May lalu lelaki itu mendekatkan bibir ke telinga isterinya.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now