Bab 2

583 36 17
                                    

Pagi itu dia dimaklumkan oleh ayah tentang ketiadaan mama di rumah. Sia-sia dia dok terhendap lagak pencuri masuk ke dalam rumah semalam. Kalau tahu mama tak ada memang dia dah jerit kuat-kuat "Hallo! Maysarin is home!!!" Tak sabar nak lihat reaksi abang-abangnya termasuk si adik yang tak dikenali rupa.

Kata ayah sudah lebih seminggu mama pergi bercuti ke Sabah bersama kawan-kawan. Amboi sakan sungguh orang tua tu!

Apapun May tetap lega. Dia belum sedia nak menghadap singa betina itu. Ada baiknya dia ice breaking dengan yang lain terlebih dahulu.

May capai selendang hitam lalu melilitnya santai. Dia kemudian menapak menuju ke dapur. Lapar!

Sambil melangkah sempat dia pandang atas bawah kiri kanan dengan penuh rasa kagum. Matanya ligat menilik perubahan kediaman keluarganya yang terasa janggal padanya. Dulu biasa-biasa saja namun sekarang setiap pelusuk sudah diubah kepada perhiasan moden mengikut peredaran zaman. Lebih estetik berbanding dulu. Warna putih diselangi warna emas menampakkan suasana elegant! Tipikal rumah orang kaya. Padanlah dengan status orang tuanya kini. Ayah tetap mesra dipanggil Tuan Omar walaupun telah dianugerahi gelaran Dato' beberapa tahun yang lalu. Entah apa pencapaiannya, tidak pula May sibuk bertanya.

Sepanjang 30 minit perjalanan menuju ke rumah semalam, ayah banyak membuka cerita. Katanya, sebagai pengenalan. Menurut ayah, keluarga mereka memiliki dua bisnes peribadi. Bisnes yang cukup gah dan membawa kepada keuntungan yang tinggi. Sangka May sepanjang 17 tahun ini ayahnya masih memajukan sebuah bengkel kereta namun realitinya si ayah dah ubah kepada pekerjaan yang lain.

Patut saja wang belanja bulanan dia dapat tak pernah kurang dari rm2000.

Salah satu bisnes tersebut adalah sebuah hotel yang diberi nama Omar Royal. Ditubuhkan hasil gabungan modal Tuan Omar dan semangat anak sulung bernama Novan Gumze. Ini lah yang orang panggil 'the perks of being eldest!'. Untung lahir lebih awal berbanding adik-adik. Kata ayah hotel milik keluarga mereka ini sudah setanding hotel lima bintang yang lain, hotel yang dulu kurang daripada 20 bilik kini mencapai standard hotel mewah beratus-ratus bilik. Pendek kata, semangat Novan itu berbaloi. Buktinya, sepanjang dia menjawat pangkat CEO dalam hotel, hasilnya tidak mengecewakan malah memberansangkan!

Selain itu bisnes kedua diterajui oleh Tuan Omar sendiri, ianya sebuah restoran yang menghidang makanan sesuai selera orang lama. May sempat buat carian di google semalam, 'Restoran Tradisi Omar' juga mencapai standard restoran mewah dan cukup terkenal. Memandangkan kawasannya yang strategik di bandar pesat, automatik target market restoran itu lebih tertumpu kepada orang-orang tua yang tinggal berdekatan. Semalam selepas solat maghrib, ralit juga May baring selesa di atas katil sambil membaca feedback positif yang diterima, ramai yang menekan votes lima bintang pada page restoran itu di laman google.

May tidak pelik wujudnya bisnes ini kerana air tangan ayahnya memang tiada tandingan. Dia antara penggemar tegar kuih-kuih tradisional yang pernah ayah buat dahulu.

"Hai, selamat pagi cik. Mak Ina dah siapkan sarapan atas meja sana."

Hampir melompat dia disergah secara tiba-tiba oleh seorang gadis muda.

"Oh, okay..."

Dia mengiringi langkah May menuju ke meja panjang yang menempatkan tiada orang. Tempat makan pun hanya tersedia satu. Mana semua orang? Baru jam tujuh pagi, tak kan semua dah masuk kerja?

"Nama saya Aida." Tiba-tiba dia perkenalkan diri. "Saya pembantu paling muda disini, baru habis spm tahun lepas. Mak Ina tu ibu saya. Dia pembantu paling senior disini." Sambungnya lalu May hanya membalas dengan anggukkan. Aida nampak seperti ramah.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now