Bab 24

339 29 2
                                    

Selesai saja ujian praktikal JPJ, maka berakhirlah segala jenis ujian yang wajib dilakukan untuk mendapatkan lesen kereta.

Oleh kerana terlalu lama menunggu, Esra rasa perutnya mula melancarkan protes lapar!

Masuk saja May ke dalam keretanya, Esra pantas membawa wanita itu ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan barat. May membuat pesanan sebanyak tiga pinggan yang membuatkan Esra hampir melopong. Dia ke May yang lapar sekarang ni?

Bukan kedekut hendak membayar namun dia ragu-ragu boleh ke May habiskan kesemua makanan itu nanti?

"Buat rasa-rasa... Dah lama tak makan." May tersengih selamba. Esra tak tanya pun lagi, dia baca dari ekspresi wajah lelaki itu.

"Kita bincang pasal majlis. Lagi dua minggu aje, kan?"

"Ya. Tak sabar nak kahwin dengan awak." jawab May kononnya teruja namun pada akhirnya May buat muka loya seperti mahu muntah.

Esra malas melayan sebaliknya tunjuk sesuatu dalam telefonnya kepada May.

"Saya nak pelamin macam ni. Cantik dan elegant!" teruja saja nada Esra. Senyuman tidak lekang terukir di bibir merahnya.

"Okay." May tidak banyak songeh. Dia sudah minta agar Esra buat majlis ala kadar. Yang Esra tunjukkan itu tidak lah semewah mana, sesuai juga dengan citarasanya.

"Hantaran awak nak berapa?"

"Hantaran dengan mas kahwin ada beza ke?" kerut dahi May. Maklumlah kali pertama kahwin...

"Berbeza May. Yang wajibnya mas kahwin." datar saja nada Esra menjawab.

"Habis tu kenapa tanya hantaran?"

"Hantaran tu memang lah tak wajib tapi saya tetap nak bagi juga sebagai penghargaan awak dan keluarga awak terima saya. Tapi... mas kahwin saya dah tetapkan sendiri tau."

"Awak bagi ajelah berapa... Saya tak kesah."

Esra hanya angguk kepala. Dia masih fokus dengan telefon ditangannya manakala May tertinjau kepala mencari pelayan yang akan menghantar makanan yang dipesannya.

"Saya baru buat tempahan dewan dan katering." rupanya itu yang Esra buat dengan telefonnya.

May sekadar angguk.

"Photographer... Dokumen... Ujian HIV..." Esra gumam sendiri. Dia baca semula check-list dalam telefonnya.

"Oh ya! Lepas makan ni kita pergi fitting baju. Hari itu saya dah book tarikh dengan satu butik ni..." peka benar Esra dengan majlisnya.

May angguk lagi. Berbeza sungguh. Ini baru betul tak banyak songeh. Semuanya dia serahkan kepada Esra.

"Boleh habis ke?" sangsi Esra tatkala pelayan yang menghidangkan makanan di atas meja mereka sudah berlalu pergi.

"Spaghetti aglio-olio, pie cheese, steak..." Esra sebut satu persatu nama makanan dalam tiga pinggan di hadapan May sedangkan dia sendiri hanya pesan... Macaroni cheese.

"Kalau tak habis, awak la yang habiskan..."

Esra menggeleng-geleng. Boleh pulak macam tu.

Seperti yang diduga, tidak lama selepas itu dia disuakan lebihan makanan yang May tidak boleh habiskan. Terpaksa dia tadahkan juga perut demi bakal isterinya itu untuk elakkan pembaziran. Memang betul May buat rasa-rasa saja.

"Es." Leon tegur Esra lalu ambil tempat duduk disebelahnya. Esra dan May seakan tergamam dengan kehadiran tetamu tak diundang itu.

Esra lap bibir menggunakan napkin. Kemudian dia pandang Leon. Lama tak nampak, ingatkan dah bermastautin di Bali.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now