Bab 6

423 32 14
                                    

"Awak masuk dulu, saya nak call orang."

Tanpa menunggu lama, turun saja dari motor honda ex5 May pantas menggerakkan langkah kaki. Helmet yang di buka ketika melangkah di baling dari jarak jauh namun sempat disambut oleh Esra. Nasib baik dia peka, kalau tidak mahu tumbuh benjol seketul kat dahi.

Pelik juga Esra apabila May tidak bercakap langsung sepanjang perjalanan mereka tadi. Tahu saja ada yang tak kena saat melihat muka cemberut May.

May sudah menghilang di sebalik pintu rumah. Pantas juga ya langkah kaki pendek itu.

Mak Ina mendekati Esra yang sedang berdiri menghadap taman bunga mini milik Tuan Omar. Tangannya ligat menekan sesuatu pada skrin telefon sebelum menekapkan telefon itu ke telinga. Usai Esra bercakap untuk beberapa saat barulah Mak Ina berani menegur.

"Es... Boleh tolong Mak Ina tak?"

"Boleh Mak Ina. Es kena tolong apa?" manis senyuman dilontarkan kepada susuk tua yang mempunyai aura seorang ibu itu. Baik Mak Ina baik Puan Amelia, Esra bersungguh sayang dan hormat kepada keduanya kerana telah memberi hangat kasih seorang ibu yang sudah lama dia tidak rasa.

"Motor lama Pak Ayub tu Mak Ina nak guna, tapi tak boleh hidup." adunya.

"Mak Ina nak pergi mana?" telefon kembali dimasukkan ke dalam poket belakang seluar jeans.

Mereka sama-sama berjalan mendekati motor yang dimaksudkan. Dua kali cubaan tetap degil tak hidup. Mana lah tahu mungkin hanya Pak Ayub yang boleh lembutkan 'hati' motor ini untuk berfungsi. Kata Mak Ina orang tua itu sudah keluar dari pagi tak tahu ke mana.

"Mak Ina nak pergi mana?" Esra mengulang soalan yang sama.

"Ke kedai runcit hujung sana tu. Memang lah tak jauh sampai nak kena naik motor tapi nanti Mak Ina nak bawak barang banyak. Mana larat Mak Ina angkut semua sambil jalan kaki." rungutnya. Mencebik-cebik bibir tuanya, entah-entah dalam hati dia sedang marah kepada Pak Ayub gara-gara motor lelaki tua itu gagal dihidupkan.

"Biar Es bawak Mak Ina naik motor Es aje lah, lagipun memang takdir kita kan? Macam tau-tahu aje Mak Ina perlukan khidmat Es." usik Esra. Suka bila melihat wajah malu-malu Mak Ina. Tak padan punya suami dan anak. Haha.

...

"Mama!"

Puas pusing dari tingkat bawah sehingga tingkat tiga, akhirnya dia jumpa juga si ibu yang rupanya berada di dapur. Seperti sedang bersedia hendak memasak.

"Apa hal nya kau memekak siang-siang macam ni?" sama kuat nada mereka berdua. Tak nak kalah.

"Berani mama tipu May, kan?"

"Tipu apa? Kau nak cari pasal dengan aku ke apa ni?" nasib baik tinggal berdua di situ, boleh juga kalau May nak ajak dia bergaduh. Kali ini dia akan balas habis-habisan. Memandangkan masing-masing tak punya backup sekarang. Tengok saja nanti siapa yang akan menang.

"Mama bagitahu May kenapa dia orang masih hidup?"

"Dia orang tu siapa?"

"Papa dengan abang!"

Puan Amelia agak terkejut dengan kenyataan dari mulut anaknya namun dia neutral kan wajah agar nampak seperti biasa.

'Ben masih hidup? Budak ni tengah merapu apa?' Desis hati Puan Amelia.

"Kenapa diam? Oh jadi betul lah mama tahu selama ni kan? Mama sengaja tipu May!" membuntang mata berani May. Nadanya juga kedengaran biadab kepada si ibu.

"Eh budak! Kalau iya pun bapak kau tu masih hidup. Apa masalahnya? Tuhan pun tak nak jumpa dengan manusia berhati binatang tu! Kau jangan nak naikkan angin aku eh! Kena kau nanti dengan aku!" marah Puan Amelia. Makin mendekat dia dengan May. Geram saja dia ingin tunjal dahi licin depan dia itu. Namun, melihat May yang sudah berani melawannya sekarang dia matikan saja niat. Silap-silap dia pula yang kena tunjal nanti!

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now