Bab 30

373 35 2
                                    

Masuk saja ke dalam bilik hotel, May terus bawa langkah menuju ke arah katil. Dia rebahkan tubuh yang tidaklah sepenat mana. Dia cuma rasa malas dan mengantuk walaupun sekarang baru pukul 10 malam.

Esra tidak merungut kemaskan beg-beg yang isterinya tinggalkan separuh jalan. Dari jauh, dia perhati saja kelopak mata isterinya yang sudah tertutup rapat.

"Kalau ya pun pergi lah mandi dulu." tegur Esra sambil bercekak pinggang. Ala seorang bapa sedang marah anak.

Walaupun mereka bergerak terus dari lapangan terbang ke hotel tanpa singgah ke mana-mana, Esra tetap rasa tak elok sekiranya mereka tidur dalam keadaan tubuh yang tidak dibersihkan.

"Sakit di perut dah okey ke?" Esra duduk dihadapan isterinya yang meniarap dengan mata tertutup.

May diam. Sungguhpun begitu, Esra tahu isterinya itu sekadar rehatkan mata bukannya tidur.

"Kenapa diam? Perut masih sakit ke?" dia ulang soalan.

"Hmmm..." hanya itu balasan dari May. Bukan setakat mata, bibirnya juga terkatup rapat.

"May mandi lah dulu, nanti Es urutkan."

May akur lalu bangkit dari meniarap dan bergerak malas menuju ke cermin untuk membuka tudungnya.

Tak sempat dia capai pin atas kepala, terasa ada tangan kasar yang membukakan pin tudungnya satu persatu. May turunkan semula tangannya dan hanya pandang kelakuan si suami melalui biasan cermin.

"Dah." beritahu Esra. Dia pusingkan tubuh May menghadapnya.

Pengikat rambut Esra buka lalu menyelak rambut lurus May ke belakang bahu. Kemudian pipi mulus isterinya dia usap lembut. Bila terlalu dekat begini dengan May, hatinya seakan mengelonjak suka. Desahan nafas isterinya itu rasa sungguh menenangkan.

"Tadi dia suruh kita mandi." omel May dalam nada perlahan. Buat apa nak cakap kuat-kuat sekiranya Esra sudah terlalu dekat dengannya.

Esra tersenyum menampakkan lesung pipit di bawah bibirnya. Ini kali kedua May dapat lihat. Tunak mata May berubah menjadi teruja. Dia ingin melihat dan mengagumi keindahan ciptaan Allah itu banyak kali, namun jarang sekali Esra menampakkan senyuman lesung pipitnya. Memang ikut mood ke apa?

Bila Esra bergerak sedikit, May boleh cium bau maskulin datang dari tubuh lelaki itu. Wajah tenang May tidak dapat menutup degupan jantungnya yang seakan sedang dikejar oleh anjing. Halwa telinga Esra dapat tangkap bunyi itu, perlahan dia tergelak halus.

"Kita? May nak ajak Es mandi sama ke?" usiknya nakal. Semakin memerah wajah May, semakinlah dia rasa nak mengusik.

"Saya nak mandi. Sorang."

"Eh? Saya tu siapa?" Esra jongketkan sebelah keningnya. Daripada berniat hendak lepaskan May, dia halang semula dengan meletakkan kedua belah tangan ke atas meja dibelakang May. Dia perangkap May di tengah lalu mendekatkan lagi tubuh mereka.

"May mandi dulu." geram betul lah. 'Saya' tu kata ganti nama, tak kan itu pun tak boleh nak guna.

"Baik." Esra lepaskan juga May pada akhirnya.

Tatkala May capai tuala, dia sempat beri jelingan tajam buat Esra yang sudah gelak mengusik. Ketawa yang kedengaran agak sensual di telinga May.

Lebih kurang 30 minit kemudian, May keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Itu pun sekadar menutup apa yang penting.

Paha putih itu menyebabkan Esra yang duduk mengunjurkan kaki atas katil terus jadi bersila bersama mulut yang melopong luas dan mata yang terbuntang besar. Esra telan air liur kesat. Dia masih tidak alihkan pandangan. Ah, apa nak hairan? Benda dah halal untuk tengok!

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now