Bab 34

355 32 5
                                    

"Nampak bahagia saja kan pengantin baru tu?" bisik Bos Ben ke telinga anak lelakinya. Mereka berdua sedang berdiri di kaunter receptionist saat Esra dan May baru tiba dari luar.

Leon hanya pandang bersahaja ke arah dua gerangan yang dimaksudkan oleh papanya. Tangan Esra yang menggenggam kemas tangan May juga dia pandang dengan wajah kosong.

"Tengok perempuan tu buat papa rasa macam nak buat uji kaji sikit..."

"Papa nak buat apa dengan May? Papa jangan plan yang bukan-bukan. Nanti Esra marah pada kita." hubungan antara mereka dengan Esra tidak pernah ada masalah. Jangan disebabkan papa sentuh isteri Esra, lelaki itu akan berubah hati nanti.

"Es tu siapa kau nak bela? Dia bukan adik beradik kau, dia tu cuma kawan kau dari kecil. Lagipun dia tak pernah anggap kita ni sebagai keluarga dia atau orang terdekat dia. Leon lupa dia kerja sini hanya sebab dia nak kerja? Kalau dulu papa tak tawarkan dia kerja kat sini, Leon rasa dia masih ingat kita ni yang pernah tolong dia masa umur dia 8 tahun dulu?"

Betul. Esra tak pernah layan dia lebih dari kawan, jauh sekali dianggap sebagai keluarga. Tapi ketika dia berjumpa semula dengan Esra pada usia kawannya itu 15 tahun dulu, Esra seakan menjadi pengganti terbaik tempat mendiang kembarnya, Deon. Leon terlalu selesa dengan kehadiran Esra, dalam masa yang sama dia enggan melihat lelaki itu rapat dengan orang lain selain dia. Hatinya diragut rasa takut kehilangan lantaran dia pernah hilang dua insan yang paling disayanginya, umi dan Deon.

...

"Ini rumah Bos Ben." getus bibir Esra sambil menutup pintu keretanya.

May beritahu bahawa nenek yang menegurnya tempoh hari mengajak mereka makan tengah hari di rumah dia hari ini. Esra tidak pernah bertanya nama nenek tersebut, hanya sekadar mendengar cerita dari mulut May. Tak sangka nenek yang isterinya maksudkan adalah Hajah Maryam yang dia kenal.

"Es?" Hajah Maryam yang datang mendekati mereka mengerutkan dahinya.

"Dia ni lah suami May, nenek." jelas May dalam nada ramah. Bibir May terus melakar senyuman saat dia memeluk erat tubuh tua itu.

"Alahai, kecilnya dunia! Bila Es kahwin? Esra dah lama tak datang jenguk nenek, sampai nenek tak tahu Esra ni dah jadi suami May."

"Kami baru kahwin nenek..." sahut May di pihak suaminya.

"Jom lah masuk, nenek dah hidangkan makan tengah hari kita." Hajah Maryam mencapai tangan May mengajaknya masuk. Esra dibiarkan mengekori dari belakang.

"Abang Es!" jerit Ling teruja. Sebelum sempat dia memeluk lengan Esra seperti hari itu, May terlebih dahulu memeluk lengan suaminya. Dia tolak tubuh Ling agar menjauhi mereka.

"Kenapa Ling tak boleh, dia ni boleh pulak?" remaja itu jeling tidak puas hati kepada May.

"Sebab abang suami dia, jadi dia sorang saja boleh peluk abang."

Abang?

Esra bahasakan dirinya abang? May mendengus kuat. Geram!

Esra yang mendengar dengusan marah dari orang sebelahnya terus menguntum senyuman. Hari itu suruh panggil abang tak nak, sekarang bila orang lain panggil abang tak suka pulak.

"Kahwin?" nyaring suara Ling bertanya tidak percaya. Gamaknya mahu bergegar satu rumah.

"Sampai hati abang kahwin dengan dia ni!" bentak Ling lantang. Wajahnya kecewa.

"Biarlah aku kahwin dengan dia. Kau ada masalah apa? Masalah hati? Ke cemburu?" provok May. Dari kelakuan gedik gadis itu, dia boleh nampak Ling memang sukakan Esra. Melepaslah kau dik, akak ni yang sambar dulu. Haha.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now