Bab 36

322 29 5
                                    

"Jadi anak Omar pun mati?"  soal Bos Ben. Ada senyuman puas hati terukir di wajahnya.

Lelaki berbadan besar yang berdiri dihadapan Bos Ben tidak membalas apa sebaliknya dia mengherotkan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Memang kau lagi cekap dan berguna daripada budak bertiga yang aku dah upah dulu." Bos Ben berkata dalam amarah.

"Ini kan gambar perempuan yang mati tu?" seorang lelaki muda yang wajahnya dipenuhi parut datang untuk menunjukkan gambar keluarga Tuan Omar kepada lelaki berbadan besar tersebut.

Gambar raya yang hanya ada dua orang wanita, selebihnya adalah para lelaki. Lelaki berbadan besar itu mengangguk dengan muka penuh bangga. Dia cam lagi, itu lah muka perempuan yang berada dalam kereta bersama Tuan Omar semalam.

"Amelia?" secara tidak langsung mata Bos Ben terpandang gambar di dalam skrin telefon tersebut. Pandangannya serta-merta berubah tajam menatap bekas kekasihnya yang berdiri di samping Tuan Omar. Wajah Puan Amelia tampak lain, dia sedang tersenyum bahagia. Wajah yang tidak pernah Bos Ben lihat sepanjang dia simpan dan kurung perempuan itu dulu.

Cis! Rupanya isteri kedua Tuan Omar adalah bekas kekasih dia.

Bos Ben kepalkan penumbuk. Kecil saja rupanya dunia ini!

Jika Puan Amelia ada di dalam keluarga Tuan Omar bermakna Rin juga ada di sana. Anak perempuan Tuan Omar yang dirahsiakan identitinya itu rupanya adalah Rin memandangkan lelaki itu tidak punya anak perempuan.

Bagus sungguh takdir kau kan, Rin? Liat sungguh nak mati!

"Betul lah! Aku sendiri yang pergi ke hospital. Omar mati dengan seorang perempuan. Anak dia lah tu." bidas lelaki berbadan besar apabila dicabar oleh lelaki berparut tersebut.

Bos Ben tersenyum sinis. Aku baru nak jumpa kau semula, Rin. Tapi...

Tapi, sayang kau dah mati.

...

"Dia ni siapa?" Esra menegur Noah dari arah belakang. Dia pandang hairan ke arah dua orang asing di hadapan Noah sekarang.

"Nama dia Hien, dia adik kepada Ibu Hannah yang jaga May dulu. Dia datang nak bawa May balik." cerita Noah.

"Balik? Maksud kau balik ke Vietnam?"

"Ya." sahut Ghibran yang baru tiba.

"May isteri aku. Aku tak benarkan!" bantah Esra keras. Siang dan malam dia tunggu isterinya sedarkan diri, semudah itu orang mahu bawa May pergi darinya? Tak akan sesekali dia benarkan!

"Kalian tidak menjaga May dengan baik. May kata mama masih melayannya jahat. Kami datang sebagai orang yang selalu baik pada May. Kami mahu bawa dia pulang." tiada pelat dalam tutur bicara wanita muda itu. Dia petah berbahasa melayu.

"Saya suami dia. Dia hak saya. Saya yang akan jaga dia." tegas Esra.

"Kamu yakin kamu jaga dia dengan baik? Kenapa sampai boleh accident? May anak saudara saya, biar saya jaga dia sampai sembuh."

"No! Saya ulang sekali lagi saya adalah suami dia. Tiada sesiapa boleh ambil dia dari saya. Keluar!" bentak Esra lantang. Menikus yang lain keluar kecuali Ghibran yang berwajah tenang.

"Kau ni bodoh lah. Kau tunggu bila May sedar nanti. Kau akan menyesal dengan apa kau dah buat hari ni. Kau sendiri tahu mama tak akan sesekali lepaskan May."

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now