Bab 8

396 27 7
                                    

"Esra!"

"May!"

Serentak panggilan itu bergema di udara.

May paling kepala kebelakang, dia lihat Esra berhenti tidak jauh darinya manakala lelaki itu sudah memalingkan wajah memandang seorang lagi lelaki di belakang Esra yang sedang menuju ke arah mereka.

Leon senyum khas tuju kepada Esra. "Dinner dengan aku malam ini?" pelawanya.

Esra teragak-agak hendak setuju. Dia pandang mata May sehingga gadis itu terpinga-pinga kurang faham. Soalan itu dituju kepada dia bukannya May, saja nak buat May binggung la tu.

"May balik naik apa?" Leon tukar target apabila Esra tidak menjawab soalannya.

"Aku hantar." tak sempat May balas, Esra terlebih dahulu menawarkan khidmatnya yang May yakin ianya sekadar alasan untuk mengelak daripada makan malam bersama Leon.

May bukannya harap sangat dia balik dihantar oleh Esra. Pagi tadi pun dia tidak diberi tumpangan oleh lelaki itu, apa sebab dia nak ikut Esra waktu balik pulak? Baik May tunggu Gia habis waktu kerja walau terpaksa tunggu lagi satu jam.

"Kau betul tak nak makan malam dengan aku ke?" suara mendesak tapi ekspresinya lebih kepada kecewa.

"Tak sempat kot Leon, lagipun rumah May ni jauh." tak pasal-pasal nama May terpalit sama. Gadis itu sendiri pun tidak tahu kenapa dia terlibat dalam perbualan antara dua lelaki itu.

"Korang ni kawan ke? Kenapa aku tak pernah tahu?" Leon sembunyikan rasa terkilannya melalui pertukaran soalan. Silih ganti dia memandang dua gerangan dihadapannya.

"Hmmm haah, kami dah lama kawan." memang Esra tak beri peluang langsung May buka mulut.

"Lama? Sejak bila? Kenapa aku tak tahu, Es?"

"Tak ada kaitan dengan kau pun siapa aku nak berkawan. Hidup aku biar aku tentukan sendiri."

Melalui perbualan keduanya May jadi hairan. Lebih-lebih tutur bicara Leon seakan orang possessive. Kalau sebagai pekerja sekalipun sebagai kawan, rasanya Leon tak berhak nak persoalkan dengan siapa Esra berkawan. Lainlah kalau... Dua orang ni pasangan gay?

Hishhh, gila lah! Mustahil betul.

"Awak dengan bos ada apa-apa ke?" soal May saat berjalan seiring dengan Esra menuju ke moto honda ex5 nya.

"Tak ada apa, Leon cuma bos saya. Errr... Mungkin juga kawan saya. Kami kenal dah lama tapi tak bermakna dia kena tahu dengan siapa saya berkawan. Saya tak suka hidup saya kena atur." jawab Esra lalu menghidupkan enjin motornya. Dia memakai helmet ke kepala lalu meletakkan beg slingnya ke dalam bakul motor.

May setuju untuk terima pelawaan Esra setelah mendapat panggilan daripada Gia bahawa dia sudah balik pada jam 3 petang tadi. Nak tak nak, May tiada pilihan selain ikut Esra.

"Bos Leon tu sebenarnya anggap awak lebih dari kawan."

Lelaki itu tidak menjawab malah menyuakan helmet ke arah May.

May sambut lalu memakainya di kepala. Mula saja tayar motor berpusing, pantas saja satu soalan terjah ke minda May.

"Es... Kita pernah kenal ke? Saya rasa familiar sangat dengan awak."

"Betul lah kot kalau awak rasa macam tu."

"Iya? Kita memang kenal ke?"

May lihat Esra jongket bahu bersahaja. Main-mainlah dia ni! May tepuk belakang Esra kuat sehingga mengaduh lelaki yang sedang membonceng itu.

Trafik malam ini agak sesak. Seperti tak bergerak langsung kereta yang sedang berbaris. Mujur lah Malaysia ni masih aman damai tanpa perlu membunyikan hon untuk percepatkan keadaan trafik, penyabar sungguh ya rakyat Malaysia ni semua.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now