Bab 44

368 26 3
                                    

May tidak putus asa langsung mengajak Esra balik ke kampung yang terletak di Daerah Raub. Dua hari berlarutan sesi merajuk dan memujuk, akhirnya Esra setuju juga. Perjalanan selama satu jam itu hanya ditemani oleh bunyi radio dan dengkuran penumpang sebelah.

Bagaikan tahu, berhenti saja tayar kereta terus mata si penumpang terbuka luas. Siap mengeliat dan berkata...

"Alaaaa, kejapnya dah sampai."

Hotak dia!

Esra putarkan bola matanya. Dia sedaya upaya melawan micro-sleep, boleh pula isterinya itu kata perjalanan cuma kejap?

"Ni lah tapak rumahnya dulu." May bawa langkah menuju ke tempat yang menarik perhatiannya. Ada banyak kesan dari tinggalan kebakaran seperti kayu berlian yang separuh rentung. Sekali imbas, memang orang akan tahu di tanah lapang ini pernah terjadi kebakaran.

"Itu rumah nenek. Tempat Es dengan arwah ayah tinggal lepas dia bercerai dengan arwah ibu." Esra tunding jari ke arah rumah kosong yang hampir ditutupi oleh tumbuhan liar. Kelihatan suram saja keadaan rumah itu.

"May ingat lagi kita selalu bermain dekat belakang tu bila Es dah balik sekolah." lumrah hidup berjiran, hari-hari May tunggu Esra balik dari sekolah untuk mengajak dia bermain bersama. Nasib baik ketika itu papa tidak menghalangnya berkawan baik dengan Esra lantaran ayah Esra agak rapat hubungannya dengan papa.

"Oh, ya. Es tak pernah lagi cerita kenapa Es trauma dengan sekolah." riak May bersungguh ingin tahu.

"Es kembali ke sekolah setelah lebih kurang sebulan ayah masuk penjara. Sampai saja di foyer, Es nampak semua pelajar pandang Es tajam. Rupanya mereka tak suka Es datang ke sekolah. Mereka benci Es kerana ayah Es seorang pembunuh sampailah suatu hari tu semua pelajar dalam sekolah pakat buat satu petition untuk halau Es dari sekolah dan juga dari kampung. Ya lah kan, Es pun bukan asal orang kampung. Es fight tau masa tu, Es tegakkan bahawa ayah tak salah. Ayah kena fitnah." Esra tarik nafas seketika. Kemuncaknya sangat sakit untuk diceritakan namun kini dia punya pendengar. Esra mahu lepaskan semuanya hari ini.

"Hari-hari Es tahan telinga daripada diherdik dan dimaki. Es juga tahan sakit badan selepas dipukul beramai-ramai. Es kena buli teruk sampai lah Es putus asa dan setuju untuk keluar dari sekolah. Pada hari terakhir Es sekolah, datang Bos Ben dengan Leon selamatkan Es dan bawa Es pulang ke KL. Es kembali tinggal dengan ibu dan Es pilih untuk belajar di rumah. Es dah takut nak pergi sekolah."

May hanya diam dan pasang telinga.

"Es tetap dengan pendirian Es dan minta ibu fight kes ayah di mahkamah. Masa Es jumpa May malam kebakaran tu, Es datang bersama ayah. Sebab itulah Es tak terima ayah tiba-tiba didakwa menjadi punca. Es langsung tak percaya masa tu. Sebelum Es jumpa May semula, Es dekati mama dan papa terlebih dahulu. Tapi Es tak jumpa sebarang jawapan. Sampailah minggu lalu, Es jumpa satu surat ni, agaknya surat inilah yang menyebabkan ibu bunuh diri. Ibu kecewa dia tak dapat nak bantu ayah."

Surat apa? May mahu bertanya tapi dia tidak mahu menyampuk cerita Esra. Akhirnya dia biarkan saja Esra menyambung ceritanya.

"Lepas ibu meninggal, ayah pula yang meninggal setelah setahun dalam penjara. Dari usia 9 tahun sehingga 14 tahun Esra cuma duduk sorang diri dalam rumah dan tak bergaul dengan sesiapa kecuali Makcik Ani, jiran sebelah rumah dan cikgu yang mengajar Es homeschooling. Makan minum Es dijaga oleh mereka berdua. Masa Es umur 15 tahun, Bos Ben datang jumpa Es semula dan ajak Es datang ke rumahnya. Sejak itulah Bos Ben benarkan Es kerja di hotel Dao Palace. Es dah tak homeschooling selepas itu, Es fokus cari duit walaupun Es tahu harta peninggalan ibu dan ayah cukup untuk tampung Es. Es cuma bosan berkurung dalam rumah dan cuba berinteraksi semula dengan dunia luar."

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now