Bab 18

347 31 2
                                    

Floral Gallery. Rupanya tempat yang Esra hendak singgah sebelum balik adalah kedai bunga. Saat mereka bertiga jejak kaki masuk ke dalam kedai tersebut, datang seorang pekerja yang sambut mereka dengan selembar senyuman manis.

"Cantik, kan?" Esra tunjuk jari ke arah tempat terletaknya bunga mawar pelbagai warna.

May pandang Esra terlebih dahulu sebelum kalih matanya memandang bunga yang ditunjuk. Tak pernah terlintas dalam fikirannya lelaki tulen seperti Esra punya minat terhadap bunga.

Hanya mereka berdua saja yang berdiri menghadap bunga-bunga itu sementara Anas pula memilih untuk duduk di bangku yang disediakan, tidak jauh dari kedudukan mereka berdua. Anas leka bermain dengan iPadnya.

"Awak suka warna yang mana?"

Dalam banyak jenis bunga yang ada di situ, Esra fokus menanyakannya bunga mawar seolah Esra tahu dia sukakan bunga mawar.

"Saya suka warna putih." tidak pula May menyoal. Dia hanya menjawab soalan Esra. Fikirnya nanti dia akan dapat tahu juga.

"Sebab?" Esra letak kedua tangannya kebelakang, gaya guru mengajar dalam kelas.

"Orang kata mawar putih ni lambang kesucian."

"Ada juga yang kata mawar putih ni adalah tanda perpisahan." bidas Esra, berbeza pandangan dengan May.

"Well. Lain orang, lain pendapat." May angkat bahu bersahaja.

"Mawar merah ini awak tahu maksud dia apa?"

Berkerut dahi May mendengar soalan itu. Tahu lah sekarang ada dalam kedai bunga, kenapa pula dia diuji sama ada tahu atau tidak maksud disebalik warna bunga? Ini bukan lawatan sambil belajar budak sekolah.

"Errr... Memangnya setiap warna ada maksud ke? Saya tak sempat nak buat kajian ke atas bunga, Es. Yang saya tahu, tiga kuntum bunga maksudnya I Love You." rasanya umum mengetahui tentang perkara itu.

"Tiga kuntum bunga boleh jadi I Hate You juga... Kan ada tiga perkataan?"

"Kan dah kata lain orang, lain pendapat." May tetap dengan pendiriannya.

"Simbolik warna merah... maksudnya berani." May cuba juga menjawab setakat yang dia mampu fikir.

"Kalau dalam bahasa bunga?"

Errr... Bunga pun ada bahasa sendiri ke?

May kelu lidah. Tapi hatinya tetap tertarik ingin tahu.

"Okay, apa kata awak terangkan saja. Saya akan dengar. So, mawar merah maksud dia apa?"

"Yang awak teka tu betul dah. Merah maksud berani. Sebab itulah ramai yang suka beri mawar merah ketika melamar pasangan mereka. Mawar merah ini bawa ungkapan I Love You selain bagi feel romantik."

"Kalau... Warna pink ni pulak?" May capai satu kuntum lalu di bawa ke hidung. Warnanya sungguh cantik dan lembut.

"Mawar warna pink ini punya maksud yang istimewa. Warnanya beri perasaan seolah kita dihargai dan kita juga boleh rasa kelembutan ketika menatapnya. Lebih kurang seperti yang warna merah, ada juga yang melamar menggunakan mawar warna pink ini. Jika kita terima bunga mawar pink dari seseorang, boleh jadi si pemberi masih ragu dan kurang berani hendak zahirkan rasa cintanya kepada kita walaupun sebenarnya dia sangat mengagumi kita sebagai seseorang yang sangat istimewa baginya."

"Okay. Kalau warna kuning?"

"May dengar ke tak sebenarnya ni?" Esra jongket kening kepada gadis itu. Bukan dia tak perasan nada bosan dalam soalan May itu.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now