Bab 40

348 36 3
                                    

Puan Amelia meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan Qadr. Di situ ada seorang lelaki yang duduk di kerusi bersebelahan katil Qadr yang terbaring menutup mata.

"Qadr kenapa?" soalnya panik seraya melurut rambut anaknya. Riaknya jelas dalam kerisauan. Qadr tidak pernah masuk hospital, anak kuatnya itu sentiasa sihat orangnya. Melihat tubuh terbaring lemah itu, jiwanya jadi meruntun sedih.

"Doktor kata dia ada kanser..." jawab lelaki itu dalam nada ketakutan.

"Kanser? Anak aku tidak pernah sakit.  Anak aku sihat!" sangkalnya dengan muka berkerut marah. Suka hati menyumpah anaknya sakit.

"Doktor kata Qadr dapat kanser disebabkan asap rokok. Dia... Perokok pasif." ulas lelaki itu masih seperti tadi. Dengan suara takut. Dia juga prihatin akan keadaan kawannya namun tidak sangka pula kena hadap amarah ibu kawannya itu.

"Awak pekerja hari itu, kan?" May masuk bersama Esra lalu menyapa lelaki itu. Dia baru saja sedarkan diri dan terus membawa langkah ke sini. Dia risaukan adiknya.

"Memandangkan ahli keluarganya ada di sini, saya ingin tunjuk rekod kesihatan pesakit." suara seorang doktor lelaki yang baru tiba dari luar menyapa gegendang telinga mereka. May membuka ruang agar doktor itu boleh berjalan lebih ke dalam.

"Pesakit ini adalah perokok pasif yang terlalu terdedah kepada asap rokok dan telah menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom kerana ia berlaku di pinggir iaitu periferi paru-paru, bukan di tengah seperti dialami oleh pesakit kanser yang merokok. Dia pernah tunjuk simptom apa-apa tak sebelum ini?" doktor itu memandang tepat ke wajah Puan Amelia yang tersentak.

"Dia kerap batuk." jawab May di pihak mamanya.

"Asap rokok tu dia dapat dari tempat kerja dia, kawan-kawan dia yang merokok." kata May sambil menatap ke arah lelaki yang berdiri menunduk di tepi dinding. Lagaknya seperti pesalah.

"Tempat kerja?" sayup kedengaran suara Puan Amelia bertanya. Terpamer riak kecewa pada wajahnya. Kecewa kerana dia jarang ambil peduli tentang Qadr.

"Ya. Qadr tak pergi ke sekolah sebab dia kerja di bengkel."

"Kenapa kau tak bagitahu aku, May? Kenapa kau rahsiakan dari aku?" soalnya seraya mencengkam kuat bahu May sehingga wanita itu mengerang sakit.

Esra yang perasan pantas menarik isterinya jauh dari Puan Amelia. Kalau lihat dari tajamnya mata Puan Amelia sekarang, dia boleh menyerang May bila-bila masa saja.

"Kalau kau bagitahu aku awal-awal Qadr tak akan terbaring sakit di sini!" hamburnya dalam tangisan.

Makinlah May rasa dia bersalah dalam hal ini. Dia leka. Dia alpa. Dia juga beranggapan tiada apa akan terjadi seandainya dia berpegang pada janji. Sebaliknya janji itu telah memudaratkan Qadr, seperti sekarang.

"May minta maaf..." lirih nada May memohon maaf. Dia kematian kata hendak membidas apa, kedua-dua belah tangannya menggeletar hebat ketika cuba menyentuh kaki Qadr yang ditutupi selimut.

"Pesakit ini menghidapi kanser tahap empat. Terlalu lewat untuk diubati. Saya sarankan agar semua bersedia dari sekarang untuk hadapi sebarang kemungkinan." ujar doktor itu sebelum berlalu pergi diiringi oleh lelaki muda yang berdiri di tepi dinding tadi.

"Kau dengar? Maaf kau tu dah terlambat! Qadr akan mati!" mata berkaca Puan Amelia mencerlung tajam ke arah May.

"Keluarga kita dah hancur May. Seorang demi sorang mati disebabkan kau! Kau tu memang bawa sial!" muka tegang mamanya menyebabkan May menunduk dan kelu lidah.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now