BAB 1

2.3K 64 4
                                    

PELUH yang menitik di dahi diseka perlahan. Baju uniform ni pun satu. Kenapalah keluarkan warna cerah. Tak pasal-pasal nampak ketiak dia yang tengah berpeluh. Dengan bau busuknya lagi.

"Sabar Marina. Sabar. Kau baru aja pindah ke KL. Takkanlah kau nak berhenti kerja pula, kan? Badan saiz badak sumbu macam kau ni bukan senang nak cari kerja." Monolognya seorang diri.

Dialah Nur Marina. Seorang gadis berusia 25 tahun yang berbadan gemuk. Orang kampung selalu memanggilnya Si Marina Nangka. Tak pun tembikai. Yalah. Badan dia, kan bulat.

Disebabkan saiz badannya jugalah dia payah nak dapat kerja di Kelantan sana. Kalau ada pun setakat kerja kampung. Manalah cukup nak tampung keluarga. Walaupun ayahnya pencen tentera darat tapi dia sebagai anak sulung kenalah membantu keluarga. Lagi-lagi dua orang adiknya masih bersekolah. Banyak nak pakai duit. Ibunya pula setakat menjual karipap di warung Pak Andak.

Mujurlah semenjak dia berpindah ke bandar metropolitan ini dia diberikan rezeki. Walaupun dia tak dapat nak jadi seorang kerani. Sekurang-kurangnya dia bersyukur menjadi seorang tukang cuci. Yang dia tak bersyukur cumalah satu. Company bukan main mewah. Tapi satu lif pun tak ada, gumam hati kecilnya.

"Saja nak seksa orang lebih muatan macam aku." Gerutunya. Dengan bersusah payah Marina menaiki anak tangga. Chaiyok! Kau kena bersihkan tingkat lima pula Marina, oi!

TERPEJAM rapat matanya ketika menghirup air kopi yang masih panas. Bulu matanya melentik elok. Kumisnya nipis. Badannya tegap. Gayanya cukup berkarisma. Tidak mustahil dia dapat memiliki syarikat makanan segera yang berkembang pesat. FF YeeMiee. Siapa sahaja yang tak kenal. Produknya paling famous di Thailand sana.

"Boleh I masuk?"

Dia mencelikkan mata. Cawan ditolak ke tepi. Kepalanya mengangguk. Mempersilakan pembantu peribadinya merangkap kekasih hatinya masuk. Direnung redup wajah jelita Mia Sara.

"Esok you kena pergi Hat Yai. Ada meeting penting dengan Sir Pentakai. Untuk perkembangan produk you dalam market dia. I dah belikan tiket. Awal pagi you boleh gerah, Far." Beritahu Mia Sara. Kejap tangannya memegang buku panel yang mencatatkan jadual harian majikannya itu.

"Itu sahaja? Berapa lama I kena stay sana?"

"Dalam dua tiga hari. You jangan risau. I boleh uruskan kerja di sini. You fokus dengan meeting you dekat sana. Okey, Far?"

Farhan Ruzaini mengangguk. Dialah Farhan Ruzaini. Pemilik empayar makanan segera FF YeeMie. Dalam usianya yang baru berganjak 30 tahun. Dia sudah menempah nama di pentas dunia. Semuanya berkat hasil usaha dia selama ini. Dia menamatkan pembelajaran dalam bidang managing and marketing. Kemudian dia memilih untuk membuka perniagaan makanan segera.

"You tolong panggilkan cleaner. Toilet bilik I dah melekit. Macam tak cuci dua hari. Suruh cleaner cucikan."

"Okey, Far." Mia Sara melangkah keluar dari bilik majikannya. Walaupun mereka pasangan kekasih. Demi kerja kenalah profesional.

BAU masam semerbak semakin kuat dek kedinginan pendingin hawa di bilik besar kepunyaan Razhan Ruzaini. Matanya menyoroti tubuh gemuk pekerja bawahannya itu. Sebab itulah dia tak nak bercinta dengan perempuan gemuk. Kalau dapat yang pandai jaga diri tak apa. Dapat dengan yang ni boleh mati katak dibuatnya. Kalah dengan bau masam ketiak.

"Memang tak pakai deodorant ke macam mana, Mar?" Tanya Farhan Ruzaini bersahaja. Ini bukan kali pertama Marina membersihkan biliknya. Bau Marina masih sama. Entahlah dia pun tak faham. Bukan main banyak tukang cuci di syarikat ni. Marina juga yang Mia Sara tugaskan untuk membersihkan ruang kerjanya.

"Deodorant tu apa, Tuan Farhan?" Tanya Marina sambil menolak troli mop menuju ke tandas pejabat majikan besarnya itu.

Tercengang Farhan Ruzaini dibuatnya. Come on, 2023 dah! Masih wujud ke perempuan yang tak tahu ubat ketiak, skincare, alat solekan semua tu? Mustahil la... tapi tengok daripada gaya muka Marina. Dia dapat agak. Marina bukan kaki make up. Tapi... kaki makan!

"Dah la. Lupakan. Pergi bersihkan tandas bilik I ni. Dah melekit." Suara Farhan Ruzaini naik seoktaf. Dia memicit hidung dengan jari telunjuk dan ibu jari untuk menghilangkan bau badan perempuan itu.

Kalau macam ni la bau kau... siapa aja yang nak tahan dengan kau ni. Silap hari bulan suami kau mati malam pertama sebab bau badan kau, kutuk Farhan Ruzaini dalam hati.

"Okey, bos." Marina segera masuk ke tandas. Sambil membersihkan tandas, dia menyanyi riang. Macam-macam lagu dia nyanyikan sampai Farhan Ruzaini rasa pening kepala. Macam nak tembak aja perempuan itu guna senapang gajah. Alang-alang badan kau dengan gajah pun tak ada beza.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now