BAB 11

355 29 4
                                    

HATI seolah-olah menderhaka. Mia Sara merengus kasar kerana tidak dapat menghadiri majlis keramaian itu. Entah kenapa jiwanya memberontak seolah-olah sesuatu berlaku.

Kaki diayun ke katil. Memandangkan dia dijangkiti virus COVID-19. Dia terpaksa mengasingkan diri. Dia terkurung di dalam bilik tidurnya sendiri.

Kalau la dia berhati-hati dan menjaga kebersihan. Mesti dia tidak dijangkiti oleh virus durjana itu. Disebabkan virus itu la berjuta-juta orang mati. Dia tidak bersedia lagi untuk menjadi salah seorang mangsa. Perjalanan hidupnya masih terlalu jauh.

Telefon pintarnya dipegang kemas. Nombor tunang kesayangannya cuba didail. Malangnya panggilan itu tidak berangkat. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Patut la tak angkat. Malam kemuncak. Nak dekat pukul satu pagi dah pun." Monolognya.

Bukannya dia tidak pernah menyertai majlis keramaian. Kebiasaannya selepas jam dua belas malam merupakan malam kemuncak. Di mana ramai tetamu akan mabuk. Lagi-lagi tetamu-tetamu yang hadir diiringi Sir Pentakai.

Mia Sara tidak mahu memberatkan fikirannya. Dia percaya akan lelakinya. Farhan Ruzaini tidak akan buat perkara yang bukan-bukan. Dia yakin akan itu. Tubuh dilayangkan ke atas tilam. Kelopak mata ditutup rapat.

PAGI yang hening. Terasa seolah-olah ada tangan yang memeluk pinggangnya. Telapak tangannya naik mengelus-elus tangan itu. Farhan Ruzaini mengukirkan senyuman di dalam tidurnya. Dia membayangkan perempuan yang memeluknya itu ialah Mia Sara.

Rengekan halus menyedarkan Farhan Ruzaini ke dunia nyata. Walaupun dalam tidur. Dia boleh kenal alunan suara tunangnya. Tapi yang sedang memeluknya bukanlah Mia Sara. Tetapi siapa?

"What the hell!" Jerit Farhan Ruzaini sebaik sahaja membuka matanya. Dia terkejut bukan kepalang lagi ketika melihat perempuan itu. Bukan Mia Sara tetapi Marina. Pekerjanya sendiri.

Jeritan maut itu turut membangunkan Marina daripada lena yang cukup panjang. Membuntang matanya. Cepat-cepat dia selak selimut. Satu nafas lega ditarik. Mujurlah dia masih berbaju seperti semalam tapi...

"Apa yang Encik Farhan buat dalam bilik saya? Apa yang dah jadi malam tadi?" soal Marina bertubi-tubi. Birai matanya bergenang. Dia tidak mampu menyingkirkan fikiran kotornya di mana lelaki itu telah mencabulnya.

"Eh, kau cakap baik sikit. Ini bilik aku bukan bilik kau. Kau yang buat apa masuk dalam bilik aku?" Selar Farhan Ruzaini.

Dahi Marina berkerut. Bila masa pula dia masuk ke dalam bilik tidur lelaki itu? Dia bukannya bodoh sangat.

"Encik Farhan tak payah nak salahkan saya. Mustahil saya bodoh sangat masuk bilik tidur orang lain. Ini bilik saya. Bilik encik tu yang mana satu!" Herdik Marina. Hilang terus rasa hormatnya kepada lelaki itu.

"Kau sewel ke apa? Bilik tidur untuk staff semua di tingkat tiga. Tingkat dua ni aku booked untuk aku, Sir Pentakai, papa aku dan orang atasan sahaja." Jelas Farhan Ruzaini.

Kalau ikutkan memang semua para pekerja YeeMiee tidur di tingkat tiga. Bukannya ramai sangat pun pekerja-pekerjanya yang hadir. Cukuplah 20 bilik dia tempah di tingkat tiga. Kalau full, segelintir ditolak ke tingkat empat.

Marina terdiam seribu bahasa. Dia cuba memproses apa yang berlaku semalam. Jalan... nampak pintu bilik terbuka... masuk... ba... dang!

Membuntang mata Marina. "Kenapa bilik ni terbuka semalam?"

"Aku suruh housekeeping ozon bilik ni sebab aku kalah habuk. Aku kalah bau busuk semua. Eh, kejap. Macam mana kau tahu pintu bilik ni terbuka?"

Marina tidak menjawab soalan cepumas itu. Sebaliknya dia bergegas bangun dari katil lelaki itu. Belum sempat dia melangkah tangannya terlebih dahulu dilelar kuat oleh Farhan Ruzaini.

ISTERI PAKAI BUANGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon