BAB 12

401 28 3
                                    

BAGAIKAN hilang kewarasan akal. Mia Sara mengamuk semahu-mahunya setelah menerima khabar berita yang menyakitkan. Ikutkan hati yang merana dia nak bersua muka dengan Farhan Ruzaini sekarang juga.

Macam-macam dia buat untuk lelaki itu. Dia yang menjadi penyokong tegar ketika lelaki itu jatuh. Dia yang mencurahkan rasa kasih sayang kepada Farhan Ruzaini ketika lelaki itu lemah. Tapi apa yang dia dapat? Lelaki yang dia sayang separuh mati akhirnya mencurangi dirinya. Lelaki yang kononnya akan mempertahankan hubungan mereka telah mencalit najis di hubungan mereka.

"Sabar Mia. Ayah tahu Mia sakit. Mia menderita. Mia kecewa tapi ini namanya suratan takdir. Nasib baik kita nampak buruknya dia tu sebelum kahwin. Kalau dah kahwin tak guna." Pujuk Encik Manaff. Kekura tangan kanannya tidak berhenti daripada mengetuk pintu bilik tidur anak daranya.

"Mia tak boleh terima ayah. Mia cintakan dia sangat tapi tergamak dia main-mainkan hati Mia. Selama ni macam-macam Mia buat untuk dia. Kenapa Farhan buat Mia macam ni." Sayu suara rintihan Mia Sara. Tubuhnya terjelepok jatuh ke lantai. Tangisannya berlagu hiba.

"Kalau ayah ada di tempat Mia pun ayah tak boleh terima. Ayah tak boleh terima orang sakitkan anak ayah. Ayah tak sanggup tengok Mia menderita. Ayah dan ibu dah jaga Mia elok-elok. Sedikit pun kami tak pernah naik tangan dekat kamu tapi hadirnya seorang lelaki yang telah berjaya menghancurkan hati Mia. Ayah tak boleh nak maafkan dia," ujar Encik Manaff. Jujur dia kecewa dengan apa yang berlaku. Farhan Ruzaini memang tidak guna!

"Betul tu Mia. Tolong la, nak... sabar. Kesihatan Mia lagi penting buat masa ni." Puan Robetah turut memujuk. Kalau dia diberikan peluang untuk mendakap Mia Sara. Dah lama dia melakukannya. Malangnya mereka terpaksa berpisah jarak untuk seketika disebabkan virus yang menjangkiti Mia Sara.

"Sakit ibu. Sakit sangat." Adu Mia Sara. Dunianya gelap tanpa pelita. Kecurangan itu tidak mampu dia terima dengan hati yang terbuka.

"Ibu dan ayah tahu Mia sakit. Tapi tolong fikir tentang kesihatan diri Mia. Lupakan pasal ni sekejap sampai Mia betul-betul sembuh." Puan Robetah memujuk anaknya lagi. Silapnya juga terus memberitahu kepada Mia Sara tentang apa yang berlaku sebaik sahaja dia sampai ke rumah dua jam yang lalu.

Mia Sara mencengkam kuat telefon pintarnya. Awalnya dia anggap Puan Robetah bergurau. Dia pun telefon tunangnya untuk mendapatkan kepastian. Tapi kepastian itu menghancurkan dirinya. Farhan Ruzaini tidak menafikan perkara itu. Sebab itulah dia sakit. Bukan fizikalnya yang sakit tetapi hatinya. Jiwanya.

"Mia..." Panggil Encik Manaff. Kebisuan Mia Sara menembak rasa gusar dalam jiwa lelakinya.

"I need time. Tolong biarkan Mia sendiri." Sahut Mia Sara dari dalam bilik tidurnya.

"Baik. Bila Mia dah reda nanti Mia telefon ayah atau ibu. Sabar sayang. Allah SWT tengah uji kamu," ujar Encik Manaff lalu memaut bahu isterinya. Dia mengajak Puan Robetah ke ruang tamu.

"Tergamak dia buat anak kita macam ni, bang. Patutnya dari awal lagi tak payah bertunang kalau diri tu belum puas enjoy." Puan Robetah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Farhan Ruzaini kepada Encik Manaff.

"Apa-apa barang hantaran, cincin semua tu esok saya pulangkan dekat Hakim. Anak kita layak dapat lelaki yang lebih baik berbanding Farhan tu." Selar Encik Manaff. Biarlah hubungan persahabatan dia dengan Tuan Hakim hancur sekalipun. Sekurang-kurangnya kehancuran itu tidak setanding hancurnya hati anak perempuannya.

PERTAMA kali kakinya menjejak masuk ke dalam rumah agam itu. Marina terkedu. Seperti di dalam cerita fairy tale dia dengar dulu-dulu. Beruntungnya manusia yang mempersuamikan Farhan Ruzaini. Cuci kaki masuk rumah. Semuanya dah lengkap.

"Duduk." Tegas suara Tuan Hakim mengarahkan Marina duduk. Tanpa basa-basi Marina duduk di sofa one seater berdepan dengannya.

"Apa yang berlaku memang dah jatuhkan maruah saya sebagai ayah Farhan. Sekali gus jatuhkan imej syarikat. Benda-benda macam ni cepat aja sampai di halwa telinga orang. Benda tu akan menyebabkan perniagaan saya rosak," ujar Tuan Hakim. Tangan disilangkan ke dada.

Marina menunduk menekur lantai. Itulah orang cakap. Tajamnya kata-kata tidak mampu ditarik balik. Disebabkan kebodohan dia akhirnya dia tergam di rumah Tuan Hakim.

"Ja... jadi tuan nak saya buat apa? Perkara malam tadi pun bukan atas kehendak saya. Small accident. Boleh tak kalau kita lupakan pasal ini?" Nada suara Marina bergetar.

"Macam awak kata la tadi. Anak saya dah rogol awak malam tadi, kan? Jadi saya sebagai seorang ayah berhak untuk selesaikan kes ni. Macam ni la. Saya pun tak nak kecoh-kecoh. Imej syarikat saya tu penting untuk saya jaga. Imej maruah saya pun penting saya tak nak orang bercakap-cakap yang anak saya ni tak bertanggungjawab."

"Tuan Hakim, sebenarnya apa yang saya cakap tadi tu tak betul. Saya cakap macam tu sebab anak tu..."

"I don't need your explanation. Jenis saya. Saya percaya apa yang saya nampak. Persiapkan diri awak. Hujung minggu ni saya bawa Farhan jumpa ibu bapa awak. Saya sendiri yang akan jadi saksi untuk pernikahan kamu berdua." Selar Tuan Hakim.

Membuntang mata Marina. Pernikahan? Apa? Dia akan bernikah dengan Farhan Ruzaini? Oh, tidak! Tidak! Dia tidak mahu lelaki itu. Dia amat benci akan Farhan Ruzaini.

"Tak, tuan. Macam mana dengan Encik Farhan? Keputusan macam ni kena ada dia. Saya tak setuju dan saya yakin anak tuan pun takkan setuju untuk bernikah." Katanya. Dia sendiri tidak tahu Farhan Ruzaini pergi ke mana selepas check-out dari hotel dua jam yang lalu.

"Farhan akan setuju. Anak saya memang tegas tapi dia bukan seorang lelaki yang akan membantah cakap orang tua," ujar Tuan Hakim.

Dang!

Marina kehilangan kosa kata. Apa yang penting berita dukacita ini akan meragut hebat hati abang dan ibunya. Mesti Puan Raudhah kecewa kalau tahu penyebab sebenar dia dan Farhan Ruzaini terpaksa bernikah.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now