BAB 6

422 27 1
                                    

TERHINCUT bahu Marina ketika dicuit oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Halimah. Kawannya di pejabat. Mereka sama-sama bekerja sebagai tukang cuci. Sepanjang dia bekerja di syarikat milik Farhan Ruzaini. Cuma Halimah yang beria-ia nak kawan dengan dia sementelah tukang cuci lain sibuk buat hal masing-masing.

"Eh, kau ni. Terkejut aku. Cubalah bagi salam ke apa. Ini tidak... main cuit-cuit. Kalau aku ni ada sakit jantung lepas tu mati mengejut. Kau nak tanggung?" Omel Marina. Penyapu disandarkan ke dinding pantri.

Halimah tersengih-sengih persis kerang busuk. "Maaf la. Aku ada benda nak cerita dekat kau. Penting ni. Kena ready daripada sekarang."

"Ceritalah." Marina mencekak pinggang. Penatnya bukan main lagi. Dekat dua jam jugalah dia bersihkan tingkat dua. Banyak betul sampah. Syarikat ni proses mi ke proses sampah, dia sendiri tidak pasti.

"Aku dengar Si Wati cakap. Dia cakap dua minggu lagi akan ada annual dinner. Encik Farhan ada berbual dengan bahagian marketing. Dia terdengar. Tema kita merah hitam. Lepas tu yang lebih syok lagi... malam annual dinner tu nanti katanya Encik Farhan nak buat announcement tentang hubungan dia dengan Cik Mia." Beritahu Halimah bersungguh-sungguh.

Dahi Marina berkerut. Fikirnya harga beras turun. Rupa-rupanya tentang majikannya yang kerek mengalahkan babi hutan. Buang masa dia dengar.

"Itu aja ke?"

"Haah."

"Okey."

"Kau tak excited ke Marina? Sepanjang empat tahun aku kerja sebagai tukang cuci. Ini kali pertama bos nak buat annual dinner. Sebelum ni tak ada. Kau untung la. Kau masuk kerja sini. Kau langkah kanan. Masuk-masuk dah ada annual dinner." Juih Halimah.

Marina menjungkitkan bahu. Dia tak berminat langsung nak ambil tahu. Apa yang dia pentingkan adalah kerjanya. Kalau tak siap nanti mesti kena marah. Setakat annual dinner, apalah sangat.

"Sudahlah. Aku nak punch card rehat. Lepas tu sambung kerja lagi." Marina bergegas ingin keluar dari pantri tetapi Halimah pantas memegang kemas lengannya. Langkah Marina terhenti. Dahinya berkerut.

"Kau datang tak nanti?" Tanya Halimah. Dia sebenarnya perlukan Marina untuk temankan dia di malam annual dinner itu nanti. Kekoklah nak datang sendirian. Kalau ada kawan dia okey la.

"Tengok la dulu kalau aku rasa nak datang aku datang," jawab Marina.

"Datang la, ek. Kesian bos dah tempah macam-macam dah untung raikan kita sebagai pekerja dia. Jangan hampakan Encik Farhan."

Marina menepis lembut tangan Halimah di lengannya. Dia mempamerkan mimik muka pelik. Amboi, bukan main lagi ayat dia.

"Tengok la nanti macam mana. Aku nak punch out rehat." Marina bergegas punch card ke mesin untuk keluar rehat. Layan Halimah lama-lama boleh mati kelaparan dibuatnya.

KAKI diayun ke kafe yang berada bersebelahan dengan tempat kerjanya. Marina mengeluarkan dompet daripada beg selimpangnya. Dia berkira-kira untuk makan atau tidak. Sumpah, harga makanan di Kuala Lumpur memang boleh menjerut lehernya. Dia kena pandai berjimat cermat. Gaji pun cuma RM1800.00. Nak fikir bil api air. Sewa rumah lagi. Banyak komitmen dia kena langsaikan.

"Boleh la ni order nasi lemak ayam dengan sky juice. Cukuplah sepuluh ringgit." Monolognya. Marina berura-ura masuk ke dalam Kafe Donnis.

Matanya bergelintar memerhatikan kiri kanan. Usai dia berjaya menemui tempat untuk dia duduk. Cepat-cepat dia mencedok nasi lemak ke dalam pinggan. Kafe Donnis memang amalkan layan diri. Pekerja di kafe itu pun bukannya ramai mana. Setahunya kafe itu pun baru dibuka beberapa bulan yang lalu.

"Opocot!" Terlepas senduk yang dipegang oleh Marina ketika ada satu tangan kekar memegang tangannya. Dia mendongak memandang figura itu. Membuntang matanya.

"You!"

"Encik Farhan?"

Farhan Ruzaini cepat-cepat mengelap tangannya ke vest kelabu yang dipakainya seolah-olah dia tersentuh sesuatu yang menjijikkan. Telapak tangannya dihidu. Mimik mukanya sungguh menjengkelkan.

"You ni memang terhegeh-hegeh ke kalau ambil makanan? You ingat you seorang aja ke lapar? Orang lain pun lapar juga!" Herdik Farhan Ruzaini. Sebenarnya dia sengaja nak malukan perempuan itu. Entah kenapalah dia anti sangat bila tengok perempuan gemuk.

"Lah... Encik Farhan yang tak pandai nak beratur. Lepas tu potong que nak salahkan saya pula?" Marina mempersoalkan tindakan lelaki itu.

"You siapa nak sound I? Itulah lain kali jaga badan tu. Dah gemuk sangat sampai nak ambil makanan pun lembab. Menyusahkan orang aja." Selar Farhan Ruzaini.

Marina menoleh ke kiri ke kanan. Ada beberapa orang pelanggan menggelakkannya. Mungkin kata-kata Farhan Ruzaini kedengaran kelakar di halwa telinga mereka.

"Encik Farhan janganlah melampau sangat nak hina saya. Saya manusia. Encik pun manusia." Mimik muka Marina berubah berang.

"I tak hina. I bercakap berdasarkan fakta. Lagi satu I nak tegur you. Bawa-bawa la sedar diri badan you tu berbau. Beli ubat ketiak. Pakai. Baru la orang selesa nak dekat-dekat dengan you. You tahu tak bau ketiak you ni sampai satu kedai ni boleh bau."

Marina berkerut dahi. Dia mengangkat tangan kanan dan kirinya. Dia mencium-cium aroma ketiaknya sendiri. Tak bau pun. Pandai betul jantan ni buat cerita, gerutu hati kecilnya.

"Tak bau pun." Katanya.

"Sebab badan you. You takkan bau tapi orang lain yang akan bau. Dapat? Kalau dah kena tiaw dengan I pun tak berubah juga tak tahulah. Bye!"

Marina tercengang. Dia menghantar langkah Farhan Ruzaini dengan ekor mata. Sumpah... kalau la lelaki itu bukan majikannya. Dah lama rasanya dia memukul Farhan Ruzaini. Kurang ajar sungguh!

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now