BAB 20

485 35 4
                                    

GAMBAR pertunangannya itu direnung lama. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipi. Sebak. Sakit hati. Kecewa. Semua perasaan itu bersatu. Rasa sayang masih ada tapi ego menguasai diri. Dia terlampau menjaga diri sehingga lelaki yang dicintai sepenuh mati sanggup menikam dirinya.

"Dah-dah la tu tengok gambar tu. Belajar move on. Ayah tengok Si Farhan tu pun dah kahwin semalam. Ayah dia sendiri update dalam Facebook," ujar Encik Manaff. Pintu bilik anak gadisnya dikuak luas.

Mia Sara mendongak merenung muka bapanya. Encik Manaff seolah-olah tidak menyimpan rasa simpati kepadanya. Telefon ditolak masuk ke bawah bantal.

"Kahwin dengan siapa? Perempuan tu?" Tanya Mia Sara. Inginkan kepastian.

"Habis tu takkan kahwin dengan Mia pulak. Keluarga dia orang tu pentingkan maruah keluarga. Ayah yakin perkahwinan tu berlaku pun sebab Uncle Hakim nak tutup malu tapi ayah dengan ibu bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya Allah SWT lindungi Mia daripada lelaki durjana macam tu," ujar Encik Manaff.

Mia Sara memalingkan muka menghadap ke dinding. Tukang cuci seperti itukah menjadi pilihan hati Tuan Hakim? Sudahlah buruk. Hodoh pula tu. Tapi malangnya. Gadis seburuk Marina itu licik orangnya. Buktinya Marina berjaya memerangkap Farhan Ruzaini menggunakan tubuhnya.

"Sudah la tu Mia. Lebih baik Mia siap sedia pergi ke luar negara. Bina hidup baharu. Bina empayar. Bila Mia dah betul-betul ready baru balik ke sini semula. Ayah dengan ibu restu kepergian Mia," ujar Encik Manaff. Sebagai seorang ayah, dia turut merasakan kesakitan yang sama seperti yang dirasakan oleh Mia Sara.

"I need time, ayah. Tolong keluar dari bilik Mia." Lembut suara Mia Sara menghalau ayahnya keluar. Dia tak nak nampak lemah di hadapan Encik Manaff. Dia nak menangis puas-puas. Sendirian. Ya, hanya dia seorang diri.

"Mia..."

"Please ayah." Mia Sara menekan suaranya. Memberikan amaran kepada lelaki tua itu untuk keluar dari kamar tidurnya.

Encik Manaff melepaskan keluhan. "Yalah. Ayah keluar dulu tapi kalau Mia nak apa-apa. Cepat-cepat panggil ayah atau ibu. Kami risau akan keadaan Mia. Faham?"

"Faham." Sahut Mia Sara. Sebaik sahaja jasad Encik Manaff hilang ditelan bumi. Mia Sara menghamburkan air matanya. Dia menangis teresak-esak. Wanita mana yang kuat ketika lelaki yang dicintai menikahi wanita lain. Dia tidak kuat. Dia tidak mampu nak menerima takdir perit itu.

RUMAH banglo setingkat itu dibuka. Kalau ikutkan rumah itu dia sediakan untuknya bersama Mia Sara selepas mereka berkahwin. Rumah banglo setingkat yang letak duduknya di tengah-tengah bandar metropolitan itu mempunyai reka bentuk yang elegan. Ditambah lagi dengan warna cat ungu pekat dilawankan dengan warna coklat cair. Sedap mata memandang.

Bagasi ditolak masuk ke dalam rumah. Hampir dua belas jam dia memandu kereta. Akhirnya dia tiba di rumah. Bolehlah dia berehat sambil-sambil ambil nafas.

"Ini ke rumah awak?" Tanya Marina. Cuak. Macam tak ada orang. Takkan la aku duduk berdua dengan dia dekat sini? Uish... bahaya, getus hati kecilnya.

"Ya, rumah aku. Rumah ni aku beli untuk Mia tapi perempuan kotor macam kau pulak yang rasmikan rumah ni. Kalau tak disebabkan papa aku beria-ia suruh aku duduk rumah ni dengan kau. Memang dah lama aku campak kau ke kaki lima la pompuan," ujar Farhan Ruzaini dengan mimik muka angkuhnya itu.

"Kalau macam tu saya lagi rela duduk kaki lima daripada kena duduk serumah dengan suami biadab macam awak ni." Selar Marina bersahaja.

"Kau cakap apa, hah?!" Baran dengan jawapan isterinya. Farhan Ruzaini bertindak mencekik leher Marina. Ditolak tubuh gemuk itu ke dinding rumahnya.

Marina tercungap-cungap mencari nafas. Dia menarik-narik tangan Farhan Ruzaini supaya berhenti mencekiknya tetapi lelaki itu enggan melepaskannya.

"Kau jangan kurang ajar perempuan! Kira cukup baik aku tak tinggal kau dekat kaki lima. Kau jaga bahasa kau. Kau bukan mem besar dalam rumah ni. Dan kau langkahkan aja kaki kau dekat dalam rumah ni. Kau kena ingat. Kau bukan isteri aku tapi kau cumalah seorang pembantu rumah. Remember that!" Usai berkata sedemikian, Farhan Ruzaini menolak tubuh Marina ke tepi seraya menurunkan kedua-dua belah tangannya yang mencekik Marina.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Bagaikan nak terputus nyawa dibuatnya. Bergegas Marina berlari ke dapur dek takut akan perangai baran lelaki itu. Sebelah tangan naik memegang leher yang dicekik tadi. Sakit. Tapi rasa sakit itu tidak setanding dengan rasa sakitnya dalam hati. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipi.

Baru hari pertama dia jejakkan kaki ke dalam rumah suaminya. Farhan Ruzaini sudah berani hendak berkasar dengannya. Di manakah hilangnya hati nurani lelaki itu?

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now