BAB 9

390 25 1
                                    

FARHAN RUZAINI berjabat tangan dengan sahabat baiknya, iaitu Malyk. Mereka dah berkawan semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Dalam ramai-ramai kawan yang dia ada. Cuma Malyk yang akan ada di waktu senang dan susahnya.

Kerusi ditarik. Punggung dihempas di hadapan lelaki berbadan sado itu. Malyk menjalankan perniagaan gym sendiri. Lelaki itu memang suka bina badan. Tengok la badan dia bukan main berketul-ketul lagi. Farhan Ruzaini pun kalah.

"Tahniah, Han. Akhirnya bertunang juga kau dengan Mia. Lama kau orang bercinta. Sorry la aku ganggu hari bahagia kau. Sepatutnya hari ni kau ada di sisi Mia. Yalah, kau orang bertunang hari ni. Tapi aku pula telefon kau last minutes." Keluh Malyk. Kalau dia tak ada urusan penting nak diketengahkan. Dia tak nak ganggu pun hari bahagia sahabatnya itu.

"Nama pun sahabat. Aku dah datang rumah family Mia tadi. Alang-alang kau telefon tu aku gerak datang Hard Rock Cafe ni," ujar Farhan Ruzaini.

"Oh."

Iphone 14 Pro Max dikeluarkan dari saku seluarnya. Dia mengimbas kod QR yang ditampal di atas meja untuk memesan makanan. Dia memesan braised lamb spaghetti bersama air mineral. Usai memesan makanan, Farhan Ruzaini meletakkan telefonnya ke tepi. Dia bersedia nak mendengar luahan hati sahabat karibnya itu.

"Kau nak bercakap pasal apa ni? Kalau ada masalah beritahu la aku. Insya-Allah aku boleh tolong." Farhan Ruzaini memandang tepat ke dalam mata Malyk.

Malyk mengurut pelipisnya. Bukan niatnya ingin menyusahkan Farhan Ruzaini. Tetapi dia betul-betul tak tahu nak minta tolong dengan siapa selain lelaki itu. Dia betul-betul ditimpa musibah.

"Macam ni, Han... Gym aku tu dah dua bulan sewa tertunggak. Biasalah nama pun business. Ada up and down. Dah dua bulan gym aku ada masalah. Pelanggan kurang. Barang pun banyak rosak. Aku dah cuba nak running tapi kos tak lepaslah, Han." Beritahu Malyk. Sumpah. muka dia dah malu teruk. Dia malu nak minta tolong dengan lelaki itu.

Farhan Ruzaini membuang pandang ke tepi. Dia tak nak bertanya lebih sebab dia faham apa yang dimaksudkan oleh Malyk. Malyk sedang ditimpa kesusahan. Malyk perlukan bantuan wang daripada dia.

"Aku sebenarnya malu nak minta tolong kau, Han. Kau dah banyak tolong aku. Tapi kali ni aku terpaksa. Kalau tak... aku kena tutup gym aku tu."

"Berapa kau perlukan?" Tanpa basa-basi Farhan Ruzaini mengajukan soalan.

"Dalam RM25,000 macam tu. Untuk aku bayar sewa gym dengan betulkan barang-barang yang rosak. RM16,000 sewa kedai. Selebihnya untuk aku topup barang yang dah tak boleh pakai," jawab Malyk.

"Banyak juga tu."

"Itulah Han... aku..."

"Tak apalah. Kau bagi nombor akaun kau. Nanti aku masukkan duit. Tak pun aku bagi cheque dekat kau." Farhan Ruzaini terlebih dahulu mencelah bicara Malyk. Dia tak nak Malyk rasa serba salah dengan dirinya.

"Terima kasih Han. Aku banyak menyusahkan kau. Hari ni hari bahagia kau tapi aku beratkan kepala kau dengan masalah aku." Keluh Malyk.

"No hal la." Balas Farhan Ruzaini. Sebaik sahaja pesanannya sampai. Dia menyantapnya dengan penuh berselera. Sesekali dia menyelitkan perbualan tentang masa hadapan syarikatnya. Malyk sekadar mendengar.

MARINA duduk melanguk sambil menunggu Halimah mencari pakaian di Butik Az-Zahra. Bukan main lama lagi perempuan itu mencari baju. Macam nak cari baju kahwin pula. Sedar tak sedar. Mereka berdua dah habiskan masa dekat satu jam dalam butik yang baru dibuka.

"Lambat lagi ke Halimah? Baju aku dah siap dah. Baju kau bukan main lama lagi." Keluh Marina. Perutnya dah lapar. Kalau dia lapar. Moodnya memang rasa nak marah. Nak swing.

"Kejap la. Aku tengah cari lagi ni. Baju-baju dia semua cantik. Rambang mata aku. Kau duduk la dulu. Kau lain la. Pakai baju opah dengan kain batik pun kau okey. Aku tak boleh. Aku ni kenalah nampak cantik di malam keramaian tu. Manalah tahu ada anak Tan Sri sangkut dengan kecantikan aku." Juih Halimah.

Marina memutarkan biji matanya. Si Halimah ni memang suka berangan memanjang. Mentang-mentang la berangan tu percuma.

"Aku penat dah ni." Keluhnya.

"Duduk aja apa yang penat?"

"Mengantuk la, wei!"

"Yalah, yalah. Last. Kejap aku cuba." Laju tangan Halimah menyambar dress satin merah yang dipenuhi dengan renda. Harganya boleh tahan cantik.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now