BAB 23

437 39 4
                                    

TALI leher dicampak ke atas meja solek. Rahangnya bergerak menahan rasa marah. Dia tidak dapat terima hakikat pipinya ditampar oleh Marina. Perempuan murahan itu berani betul naik tangan.

"Kau memang kurang ajar. Aku terlampau bagi muka sampai kau boleh naik tangan dekat aku. Kau lupa ke bodoh aku suami kau!" Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya di hadapan cermin.

Telapak tangan naik mengusap pipi. Fikirannya bercelaru. Maruah kelakiannya benar-benar tercalar di hadapan gadis murahan itu. Dia sumpah. Dia akan membuat Marina merana hidup dengannya.

Hati yang panas berusaha diredakan. Kaki diayun mendekati katil peraduannya. Punggung dihempas ke birai katil. Telefon canggihnya ditarik keluar daripada saku seluar. Instagram dibuka.

@miasaramnf: I hope keputusan yang I ambil untuk survive di negara orang satu keputusan yang betul. Guys! Doakan I.

Membuntang mata Farhan Ruzaini melihat posting bekas tunangnya. Perempuan itu menangkap gambar sambil memegang surat menutupi mukanya. Dahi Farhan Ruzaini berkerut. Tidak dapat tidak hatinya tertanya-tanya.

"You nak pergi jauh ke Mia?" Gumamnya.

Nombor telefon Mia Sara didail. Panggilan pertama terbiar sepi. Tetapi dia tidak sangka perempuan itu menjawab panggilan keduanya.

"Hello... siapa ni?" Tanya Mia Sara melalui corong telefon. Suara lembut itulah yang Farhan Ruzaini rindukan saban malam.

Hancur. Itulah yang dia rasakan setelah menerima soalan itu. Siapa ni? Maksudnya Mia tak ingat nombor aku. Maksudnya Mia dah buang semua tentang aku. Kalau dia masih sayangkan aku. Mustahil dia tak ingat nombor aku. Bisik hati Farhan Ruzaini yang dirundung kekecewaan.

"Far..." Balasnya perlahan.

"You nak apa lagi Far? Berhenti ganggu hidup I. You pergi jaga isteri kesayangan you tu! Dah, I nak end call." Suara Mia Sara berubah tegang setelah mendapat tahu bahawa pemanggil itu ialah bekas tunangnya sendiri.

"Kejap, Mia. Sabar. Tolong... jangan berkasar dengan I. Walaupun hubungan kita jadi macam ni. I tetap tunggu you. I tetap sayangkan you dunia dan akhirat."

Mia Sara tergelak sinis. "Ayat buaya macam you ni I dah biasa la Far. Berhenti berangan. Wake up! I bukan milik you lagi lepas you pilih untuk dustakan cinta I."

"I nampak you post something dekat IG. You nak pergi mana? Boleh you beritahu I?"

"I nak ke mana pun tu hak I. You bukan siapa-siapa untuk tahu. Uruskan bini you tu. You dengan perempuan tu memang sesuai. Masing-masing tak ada empati. Langsung tak pandai nak minta maaf lepas dah hancurkan hati I!"

"You tahu, kan hidup tanpa you umpama sebuah rumah tak bercahaya. I ada dalam rumah tu tapi gelap. I tak nampak arah. Mia... You rumah untuk I pulang. Please... jangan pergi jauh. I takut I tak boleh nak survive bila you tak ada." Lirih suara Farhan Ruzaini. Dia merendahkan egonya untuk merayu seorang perempuan.

"I'm not your wife. Full stop! And for your information, I dah dapat kerja baharu di luar negara. I akan mulakan hidup baharu dan I akan pastikan bila I balik Malaysia. I jadi orang baharu. I harap I takkan ingat you apatah lagi kenal you lagi. Lelaki curang macam you, suatu hari nanti dapatlah kifarahnya." Mia Sara menjeda.

"Dan untuk isteri you pula. I doakan satu hari nanti Allah bagi kifarah paling pedih dekat dia sebab hancurkan kebahagiaan I. I doakan isteri you mandul! Dah, bye!" Sambungnya sebelum mematikan panggilan.

"Mia! Mia!" Farhan Ruzaini menjerit sekuat hati ketika gadis kesayangannya menyekat nombor telefon dan semua media sosialnya.

Arghhh!

Alat kawalan jauh yang dipegang terjatuh. Marina terkejut mendengar jeritan persis jeritan Tarzan. Cepat-cepat dia mengayun langkah ke bilik tidur suaminya. Aik... takkan baru kena tampar dengan aku dah jadi gila, kut? Bisik hati kecilnya.

Tombol pintu dipulas. Membulat mata Marina tengok bilik tidur Farhan Ruzaini sudah macam kapal karam. Lelaki itu pula sedang menumbuk cermin meja solek. Amukan Azazil itu amat menyeramkan.

"Kau sini perempuan. Kau sini!" Nampak sahaja isteri yang dinikahi tanpa cinta. Lengan Marina ditarik. Tubuh Marina dihumban ke atas katil. Kemarahan yang semakin meledak ingin dilepaskan ke tubuh wanita itu.

"Awak nak apa?" Marina gerun ketika Farhan Ruzaini melepaskan tali pinggangnya. Dia berusaha ingin lari tapi tangan kekar lelaki itu terlebih dahulu menarik kakinya.

"Lepaskan saya!" Jerit Marina ketakutan.

"Kau tahu tak disebabkan kau tunang aku tinggalkan aku. Disebabkan kau Marina! Disebabkan kau hidup aku hancur. Aku sumpah la sial aku takkan biarkan kau bahagia!" Jerkah Farhan Ruzaini lalu melibas tali pinggang ke tubuh isterinya seperti orang gila.

Jeritan dan tangisan Marina tidak dihiraukan langsung. Dia membelasah isterinya kerana satu sebab. Dia panas hati. Dia malu melepaskan rasa panas itu. Dia nampak lengan Marina mula berbirat. Lagilah bertambah seronok dia memukul isterinya seperti lembu.

"Sakit Farhan! Sakit! Saya bukan binatang untuk awak pukul macam ni. Awak nak ke saya buat laporan polis sebab awak dera saya?" Dengan linangan air mata, Marina mengeluarkan kata-kata sayu itu.

"Kau nak apa? Buat laporan polis? Aku cabar kau pergi buat! Kalau kau nak tengok nasib keluarga kau di kampung tu merana. Kau tahu tak disebabkan tindakan bodoh kau. Aku kehilangan Mia!"

Tangisan Marina semakin berlagu. Sekelip mata tubuhnya dijadikan tempat libasan tali pinggang. Hari ini dia dipukul. Hari esok lelaki tu mungkin boleh buat perkara yang lebih teruk lagi.

"Kalau macam tu ceraikan saya. Saya pun tak ingin la nak hidup dengan lelaki panas baran dan mulut celopar macam awak ni!"

"Kau sebut apa? Cerai? Kau nak cerai? Boleh! Tapi bagi aku seksa kau puas-puas. Kau dengar sini Marina. Aku akan pastikan kau ingat siapa Farhan Ruzaini!" Usai berkata sedemikian, Farhan Ruzaini bergerak menjauhi isterinya. Telefon yang dihempas ke lantai tadi dicapai.

Mujur la cuma skrin yang retak. Dia mendail nombor seseorang. Dia nekad. Kalau cara ni akan buat Marina terseksa. Dia akan buat asalkan hatinya puas!

"Hello... Jai. Kau ada mana? Kelab kau masih beroperasi, kan? Aku ada nak jual perempuan. Ayam kampung untuk jadi anjing kau. Puaskan semua pelanggan kau." Kata Farhan Ruzaini sambil memandang Marina yang terdampar di atas katil.

"Far... Farhan?" Marina terkesima mendengar ayat suaminya. Dia tak silap dengar, kan?

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now