BAB 14

402 26 8
                                    

TANGAN menggeletar hebat. Semua urat saraf timbul di muka. Menandakan apa yang dia terima hari ini begitu mencabar api kemarahannya. Masuk sahaja ofis. Dia dihidangkan dengan notis berhenti kerja 24 jam Mia Sara.

Dia yakin. Bekas tunangnya itu tidak akan membuat keputusan melulu melainkan tidak ada orang yang mencucuk dari belakang. Encik Manaff dan Puan Robetah memang kejam. Lelaki dan wanita tua itu tergamak melihat anak gadisnya menderita.

Disebabkan Mia Sara la dia tidak boleh menyelesaikan tugasannya pagi itu. Berkali-kali dia menelefon Mia Sara. Perempuan itu sengaja mengabaikan panggilannya. Lagi naik gila dia jadinya.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu mengganggu emosinya. Punggung dihempas ke kerusi pejabat lalu simpulan tali leher dilonggarkan.

"Masuk!" Tegas arahannya.

Pintu dikuak dari luar. Masuknya Halimah bersama kelengkapan mencuci seakan-akan mencarik luka di hatinya. Tengok Halimah. Dia teringat akan Marina. Ah, sebut tentang bakal isterinya itu. Ke manakah Marina pergi? Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan perempuan gemuk itu. Pandai betul Marina bersembunyi.

"Hari ni tugas saya untuk bersihkan bilik Encik Farhan." Beritahu Halimah terketar-ketar. Dah macam jumpa malaikat maut pun ada juga.

"Mana Marina?" soal Farhan Ruzaini.

"Err... hari ni bukan jadual dia," jawab Halimah.

"My question is... mana Marina?"

"Ada dekat pantri bawah. Tengah mop lantai. Dah seminggu saya dengan dia rotate jadual. Dia yang minta. Jadi saya turutkan." Beritahu Halimah, sekali nafas. Gerun punya pasal. Habis pecah tembelang yang dia sembunyikan.

Farhan Ruzaini tersenyum sinis. Patutlah aku tak terserempak dengan kau. Kau main sembunyi-sembunyi rupanya dengan aku. Tahu diri tu bersalah. Sebab tu takut nak berdepan dengan aku, getus hati kecilnya. Tangan disilangkan ke dada.

"As a big boss here I nak Marina yang bersihkan bilik I. You pergi bersihkan lobi ke apa benda la. Dapat tak?"

"Tapi Marina cakap..."

"I boss or dia boss you?" Selar lelaki itu.

"En... Encik Farhan la boss. Kalau macam tu saya panggilkan dia sekejap." Tubuh dipusingkan. Tombol pintu dipulas. Mencicit Halimah menuju ke pintu lif.

Setibanya di first floor. Dia melilaukan pandangan. Mencari-cari keberadaan rakannya itu. Kelihatan Marina sedang mengelap meja kerja bahagian accountant.

"Mar! Marina!" Serunya.

Marina menoleh ketika namanya dipanggil. Kain lap dipegang kemas. Kaki diayun merapati Halimah. Sebelah keningnya terangkat sebagai soalan 'apa' kepada rakannya itu.

"Encik Farhan suruh kau bersihkan bilik dia. Dia tak nak aku bersihkan. Dia nak kau." Beritahu Halimah.

Marina berang. "Hesy! Aku tak nak la Halimah jumpa dia. Dia tu menyeramkan, tahu tak! Kau tolong la aku. Aku nak cukupkan bulan ni aja lepas tu aku nak berhenti kerja. Aku tak sanggup lagi dah nak teruskan kerja dekat sini."

"Dah seminggu aku tolong kau tapi hari ni singa tu betul-betul marah. Aku sendiri tak tahu la dia marahkan apa. Sebelum satu pejabat ni terbalik better kau naik la atas. Please?" Tangan kanan Marina, Halimah genggam kemas.

"Lagipun kalau kau orang jadi kahwin, dia tu bakal suami kau. Kau yang boleh tundukkan dia. Betul tak?" Sambung Halimah lagi. Dia tahu peristiwa yang menimpa Marina. Kecoh satu pejabat. Tapi lepas Farhan Ruzaini 'sekolahkan' para pekerjanya, gosip liar itu berhenti seketika.

"Kau sindir aku ke?" Tebak Marina.

"Eh, tak. Aku cuma mengeluarkan fakta. Pergilah, wei. Sebelum satu pejabat ni mengamuk." Gesa Halimah. Haih... payah juga Si Marina ni kadang-kadang.

Marina menyerahkan kain lap meja itu kepada Halimah. Dia mengayun langkah ke pintu lif. Butang ditekan. Sebaik sahaja pintu terbuka. Dia menarik masuk tubuhnya ke dalam perut lif. Seolah-olah nyawa nak terpisah dari badan pun ada. Kerana tujuan dia sekarang ni adalah pergi ke ruang kerja lelaki durjana itu.

Pintu bilik Farhan Ruzaini diketuk. Sesekali dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Ada beberapa pasang mata merenungnya sambil gelak jengkel. Marina abaikan. Sabar Marina. Sabar. Sikit saja lagi.

"Masuk!"

Terima sahaja arahan daripada Farhan Ruzaini. Marina menguak pintu bilik. Mata helang lelaki itu merenungnya tajam. Perlahan-lahan Marina menutup kembali pintu bilik Farhan Ruzaini.

"Halimah beritahu saya, encik suruh saya yang bersihkan bilik encik. Kalau macam tu encik keluar dulu la. Bagi saya setengah jam untuk bersihkan bilik encik," ujar Marina.

"Kau siapa nak halau aku? Cleaner lain okey aja bersihkan bilik aku waktu aku ada. Kau siapa nak halau aku, hah!" Suara Farhan Ruzaini naik seoktaf. Daripada duduk kini dia berdiri.

"Saya risau encik kalah dengan habuk. Tapi kalau encik tak nak keluar tak apa. Duduklah sementara saya bersihkan bilik ni," ujar Marina.

Berus tandas dicapai. Baru beberapa tapak dia melangkah. Farhan Ruzaini lebih pantas menggenggam pergelangan tangannya. Terkejut beruk dia jadinya. Tangan cuba ditarik tapi tidak berjaya. Tenaga lelaki itu lebih kuat.

"Kau mesti seronok, kan tak lama lagi boleh jadi isteri aku. Gantikan tempat Mia. Seronok dapat jadi ladyboss dekat rumah. Besar impian kau, kan Marina."

"Encik Farhan yang salah anggap. Saya tak bahagia langsung. Tak seronok langsung. And plus saya tak ingin pun nak mempersuamikan suami NPD macam encik. Just fake statement yang saya buat depan Tuan Hakim tu untuk balas dendam. Mulut encik la celopar sangat," balas Marina bersahaja.

"Tapi fake statement itulah yang menjerat kita ke dalam perkahwinan. Papa aku lebih percayakan kau berbanding anak dia sendiri. Perempuan gemuk tak ada maruah macam kau ni memang cetek akal, kan? Guna cara bodoh untuk dapatkan seorang lelaki. Perempuan murahan!"

Pang!

Farhan Ruzaini terdiam tatkala telapak tangan Marina melekap di pipinya. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Berani betul perempuan itu mengasarinya. Tanpa melengahkan masa. Dia mengangkat baldi berisi air mop yang sudah kotor lalu dijirus ke satu badan Marina.

"Hei, perempuan murahan! Kau sedar la diri kau tu hina. Kau tak ada hak nak tampar aku. Kau yang mulakan semua ni. Kau balik kau cermin la diri kau tu sikit. Kau tak layak untuk aku. Tak layak untuk sesiapa. Cuma lelaki buta aja nak kau. Gemuk, busuk! Perempuan murahan!" Jerit Farhan Ruzaini sekuat hati.

"Kau tahu tak bila aku akan hargai kau? Bila aku akan belai kau? Bila aku nak puaskan nafsu aku aja. Macam tu juga lelaki lain. Kau ni set-set pemuas nafsu. Tak ada maruah. Tak ada nilai. Tak ada harga diri!" Sambung Farhan Ruzaini lagi.

Birai mata Marina bergenang. Dia yakin jeritan hebat Farhan Ruzaini didengari oleh orang di luar bilik. Harga dirinya betul-betul diperkecilkan. Dia menunduk merenung pakaiannya yang dah basah lokos.

"Dah? Kalau dah puas hina saya. Izinkan saya keluar and saya resign 24 jam!" Marina nekad. Biarlah hilang gaji sekalipun. Dia lagi rela berbanding maruahnya dihina.

Farhan Ruzaini mencengkam pula tudung bawal hitam yang dipakai oleh Marina. Tubuh Marina ditarik mendekatinya. Bau masam yang hadir di ceruk-ceruk leher perempuan itu amat menjengkelkan.

"Kau hancurkan kebahagiaan aku. Disebabkan kejadian tu Mia putus tunang dengan aku. Family Mia bencikan aku. Jadi kau kena bayar setimpal dengan apa yang kau dah buat. Aku akan pastikan kau kenal siapa Farhan Ruzaini selepas kita kahwin nanti." Gertak Farhan Ruzaini. Dagu Marina dipaut. Dipaksa wanita itu berdiri menghadapnya. Dia merenung lama dada Marina sebelum dia meludah muka Marina.

"Keluar, anjing!" Arahnya.

ISTERI PAKAI BUANGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora