BAB 4

520 28 2
                                    

TERHINCUT bahu Farhan Ruzaini ketika kekasih hati pujaan jantungnya menghempas beg tangan Cartier berwarna ungu itu di atas meja kerjanya. Dia mendongak memandang raut wajah muram Mia Sara. Mata wanita itu turut membengkak seperti menangis semalaman.

"Kenapa ni pagi-pagi dah moody?" Tanya Farhan Ruzaini. Dia tak sukalah tengok muka Mia Sara begitu. Hilang kecantikan dan kesempurnaan wanita itu di matanya.

Mia Sara menelek jam tangannya. Ada lagi tiga puluh minit sebelum pukul sembilan pagi. Dia tarik kerusi lalu duduk di hadapan Farhan Ruzaini. Tangan disilangkan ke dada. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Kalau I nak bincang dengan you pasal kita boleh tak? I dah serabut sangat fikir pasal ni semalam," ujar Mia Sara kepada lelaki itu.

"Nak bincang apa tu?" Farhan Ruzaini menolak laptopnya ke tepi. Dia lebih memberikan tumpuan kepada penceritaan teman wanitanya.

"Kita dah dalam hubungan ni lama dah Far. Kita selalu keluar sama-sama. Kadang-kadang kita ni dah macam suami isteri." Mia Sara menjeda.

"Okey. Lepas tu?"

"Ibu dengan ayah I dah bising. You tak masuk meminang I pun. Kita dah bercinta lama dah. Ibu dengan ayah I bagi kata dua. Sama ada I kahwin dengan anak kawan ayah I atau I pergi UK. Terima tawaran kerja di sana. I buntu Far." Keluh Mia Sara. Kedua-dua belah telapak tangannya naik meraup wajah.

Farhan Ruzaini tersentap. Mustahil la dia nak bagi Mia Sara pilih antara kedua-dua pilihan tu. Dua-dua akan menyakitkan dirinya. Dia menggelengkan kepala. Kalau dah keluarga belah perempuan menuntut perkahwinan. Dia boleh buat apa selain bersetuju.

"I tak izinkan you pilih tawaran bodoh parents you tu. Kalau ibu dengan ayah you nak sangat kita kahwin. Kita kahwin." Tegas Farhan Ruzaini membuat keputusan.

Mia Sara terkesima. Punyalah dia menangis satu malam sebab memikirkan cara nak memberitahu lelaki itu. Dan-dan sahaja Farhan Ruzaini bersetuju. Fikirnya lelaki itu akan menolak jika dia sebut tentang perkahwinan.

"Far... a...are...are you serious?" Tergagap-gagap Mia Sara menyoal teman lelakinya. Biar betul? Maksudnya membazir sajalah air mata dia semalam. Siut betul.

"Yes! I serius. You ada nampak I main-main? I memang dah lama tunggu you buka topik pasal ni. I tak nak buka topik dulu sebab I takut you tak ready. I tak nak push you Sara." Balas Farhan Ruzaini.

Thanks God! Hati Mia Sara berbunga-bunga. Lelaki yang dia cintai bakal menikahinya. Penantian yang membuahkan hasil. Dia amat mencintai Farhan Ruzaini bahkan hari-hari dia berangan menjadi suri hati lelaki itu. Ternyata Allah SWT itu maha melihat dan maha mendengar sifatnya. Doanya telah dimakbulkan.

"Bila you pelan nak jumpa ibu dengan ayah I? I rasa merisik lepas tu kita tunang dulu. Kita ikat tiga bulan lepas tu baru kahwin. Macam mana?" Usul Mia Sara.

"Weekend nanti I bawa ayah I  dengan mak cik I jumpa parents you. Ikutlah. Mana yang you rasa senang I follow," jawab Farhan Ruzaini. Senada.

RUMAH yang dia sewa agak kecil. Sementelah rumah berukiran kayu lama itu letak duduknya terperuk di antara kota raya. Namun begitu, suasananya tetap indah dengan bunyi-bunyian kenderaan. Tak adalah sunyi sangat.

Marina membersihkan diri lalu menunaikan solat fardu Isyak. Usai solat, dia mencapai telefon. Rindu rasanya dekat si ibu dan si abang di kampung sana. Dia di Kuala Lumpur manakala ahli keluarganya semua di Kedah.

Panggilan pertama tidak berjawab. Marina cuba lagi. Dia faham dengan sikap ibunya yang payah nak mengangkat telefon. Kadang-kadang dia geram juga dengan sikap Puan Raudhah. Suka pasang mod silent. Banyak kali dia tegur emaknya. Tapi sama juga. Sampai dia dah malas nak tegur.

"Assalamualaikum." Lembut suara Puan Raudhah memberi salam kepadanya. Marina menarik nafas lega setelah mendengar suara sang ibu.

"Waalaikumussalam. Patutnya Mar yang bagi salam dekat emak. Ni lain pula." Marina ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Tak apalah. Mar macam mana? Okey tak dekat sana? Kalau tak okey Mar balik la sini. Abang dengan emak rindukan Mar. Ayah pun ada datang semalam. Tanya keadaan Mar."

Marina menggebam bibir. Ya, ayahnya masih sihat walafiat lagi. Namun dia tak duduk dengan ayahnya kerana lelaki itu sudah bercerai dengan ibunya. Tiga tahun menjadi duda akhirnya Encik Muzammil menikahi seorang janda anak dua. Kebetulan janda itu merupakan jiran selang enam pintu rumah ibunya.

"Mar okey aja dekat sini. Cuma penat sikit. Nama pun kerja. Dekat mana-mana pun akan rasa penat tu. Kalau ada masa nanti Mar balik. Emak dengan abang sihat? Ayah sihat?"

"Kami semua okey aja di sini. Cuma rindukan Mar aja. Dah tak nampak muka Mar, abang tu banyak termenung." Adu Puan Raudhah.

Marina tersenyum kecil. Abangnya tu memang. Mustaqim kalau dia ada depan-depan, Mustaqim selalu cari pasal dengan dia. Mereka dah macam anjing dengan kucing. Hari-hari nak bergaduh mulut. Tapi bila dah duduk berjauhan ni barulah nak rasa rindu. Sebab teman gaduh dah tak ada.

"Emak carikanlah dia jodoh. Nanti hilang la fiil termenung dia tu." Seloroh Marina.

"Tak payah dicari Mar. Abang kamu tu memang perempuan keliling pinggang. Dia cakap dengan emak dia main OMI. Ramai perempuan cantik-cantik di sana. Emak pun pelik. Perempuan-perempuan tu semua bodoh agaknya. Si Mustaqim ni bukan ada apa-apa. Kerja pun setakat kerja kampung aja." Beria-ia Puan Raudhah bercerita tentang anak lelakinya kepada anak perempuannya. Gayanya macam nak meluahkan perasaan pun ada juga. Dah lama simpan agaknya.

Marina tergelak besar. Biar betul Mustaqim main aplikasi OMI? Buang tebiat apa abangnya tu. Punyalah ramai anak dara dalam Kampung Alor Pea tu. OMI juga yang menjadi pilihan hati.

"Amboi, emak seronok betul bahan Mus dekat Mar. Kalau anak-anak dara dalam kampung ni nakkan Mus. Tak ada maknanya Mus main OMI." Kedengaran suara garau Mustaqim menyampuk di corong telefon. Semakin kuat ketawa Marina.

"Okey la emak... anak teruna emak dah ada gaya nak merajuk tu. Mar matikan panggilan dulu. Kalau ada masa nanti Mar telefon emak lagi. Kirim salam Mar dekat abang dan ayah, ya emak. Assalamualaikum." Pamit Marina.

"Baiklah, waalaikumussalam. Mar hati-hati duduk sana. Apa-apa telefon emak."

"Baik emak."

Sempat Puan Raudhah memberikan pesanan kepada anak perempuannya sebelum meletakkan telefon. Nafas dihela perlahan. Dia hanya mampu berharap kepada kuasa langit untuk melindungi anak daranya.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now