BAB 18

409 34 5
                                    

SIARAN Astro Warna tidak menarik minatnya langsung. Farhan Ruzaini duduk menghempas punggung di hadapan Encik Muzammil. Sengajalah tu nak tunjuk protesnya. Mimik muka berang dipamerkan di hadapan lelaki separuh abad itu.

"Sebagai seorang ayah. Jujur saya marah dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahankan diri. Sabarkan hati untuk terima kesalahan anak perempuan saya. Walaupun saya yakin Marina tak akan buat benda yang teruk," ujar Encik Muzammil. Dia tidak menggelarkan dirinya sebagai seorang ayah kerana jauh di sudut hatinya, dia tidak merestui perkahwinan Marina bersama lelaki biadab itu.

"Ayah cakap senanglah. Sekarang ni zaman moden la ayah. Perempuan kampung macam tu pun kalau duduk di bandar memang longgar dah kemaluan dia tu. Culture shock katakan..." Sinis Farhan Ruzaini.

"Kamu tak ada hak nak menilai Marina macam tu sedangkan baru beberapa jam yang lepas kamu lafazkan akad. Jujur saya katakan. Saya tak terima kamu sebagai menantu sebab bagi saya, anak perempuan saya layak dapat lelaki yang lebih baik. Sekali lagi saya tegaskan. Saya terpaksa terima kamu sebab kesalahan Marina. Itu sahaja." Tekan Encik Muzammil dengan mimik muka bengisnya.

Farhan Ruzaini mencebik. Kalau dah tahu tak restu hubungan aku dengan anak kau. Kau gatal-gatal nak jadi wali dah kenapa? Setakat keluarga kau ni. Aku boleh bayar tanpa perlu jalankan perkahwinan bodoh ni, gerutu hati kecilnya.

"Sedar pun semua ni jadi sebab salah anak ayah lepas tu kenapa nak salahkan I? Ayah kena ingat. I kahwin dengan anak ayah pun atas desakan papa I. Perempuan macam Marina tu celah tapak kaki I. Perempuan gemuk macam tu siapa yang nak? I berani kerat jari la kalau ada lelaki nak memperisterikan anak ayah tu," ujar Farhan Ruzaini dengan lagak angkuhnya.

Rahang Encik Muzammil bergerak-gerak menahan marah. Kalau dalam Malaysia tak ada undang-undang memang dah lama lelaki itu jadi mayat.

"Kamu belum cukup ariff dalam kehidupan. Kalau dah namanya cinta sejati. Buruk rupa macam mana sekalipun tetap akan ada jodohnya. Ingat Farhan, jodoh, ajal, maut bukan di tangan kamu. Kalau kamu tak pandang anak saya sekalipun. Saya yakin suatu hari nanti akan ada lelaki yang ikhlas mencintai Marina." Selar Encik Muzammil.

"Berani aja la ayah."

"Ketika mana kamu lebih memilih kesempurnaan dalam diri seseorang insan. Kamu kena bersedia untuk kehilangan sesuatu yang terbaik. Hidup ini pilihan. Kamu pilih untuk dapatkan kesempurnaan. Kamu akan hilang yang terbaik. Waktu tu jangan sesekali kamu persoalkan kenapa tak ada cinta yang tulus. Kamu yang alpa. Cinta tulus kamu buang jauh-jauh demi kesempurnaan yang tidak kekal. Kalau benar cinta, pertahankan. Sekali kamu hilang yang terbaik. Penyesalan tu kamu akan tanggung seumur hidup," ujar Encik Muzammil berjela-jela.

"Eh, eh, ayah jangan lupa. Dalam Islam pun ada ajar cara nak cari jodoh. Agama, rupa, harta dan keturunan. I memang jahil tapi tak semua benda I jahil. Tapi anak ayah tu apa yang ada? Rupa tak ada. Keturunan pun cerai-berai. Harta lagi la kosong. Agama? Agama ke laut. Itu yang sanggup gadai maruah demi dapatkan duit seorang lelaki." Bidas Farhan Ruzaini.

"Kamu jangan nak ku..."

"Abang." Puan Raudhah menapak mendekati bekas suaminya yang sedang duduk berdua di ruang tamu bersama Farhan Ruzaini.

Encik Muzammil segera memandang bekas isterinya. Kemunculan Puan Raudhah membantutkan kata-katanya. Nafasnya kencang kerana menahan marah.

"Addah ada perkara nak bincang pasal Arman dengan Armin. Kita bincang di luar." Kata Puan Raudhah sebelum menapak ke luar rumah.

Langkahnya diekori oleh Encik Muzammil manakala Farhan Ruzaini menapak masuk ke dalam bilik peraduannya bersama Marina.

"Addah nak bincang apa?" Tanya Encik Muzammil ingin tahu.

"Kenapa Armin berhenti tuisyen? Maksud Addah apa yang berlaku? Selama ni Mustaqim dan Marina bekerja untuk tolong abang tampung yuran belajar Arman dengan Armin tapi Addah dapat tahu Armin berhenti tuisyen." Tajam mata Puan Raudhah menikam ke dalam mata bekas suaminya.

"Marina beritahu Addah?"

"Bukan. Armin yang cerita dekat Mus petang tadi. Mus beritahu Addah. Kecewa Addah, bang bila dengar. Waktu kita nak berpisah dulu abang janji lain. Abang cakap abang nak jaga Arman dengan Armin. Addah jaga Marina dengan Mustaqim. Abang nak masing-masing ringan beban tapi apa yang jadi bila abang jaga Arman dengan Armin? Addah tahu, Fea pun ada anak sebaya Arman dengan Armin. Tapi abang kena ingat siapa darah daging abang."

"Abang minta maaf Addah. Abang ada masalah kewangan. Itu yang terpaksa. Tapi abang janji abang akan usahakan supaya Armin boleh masuk tuisyen balik."

"Masalah kewangan sampai abaikan anak sendiri dan utamakan anak orang lain? Anak-anak Fea tu cuma anak tiri. Arman dengan Armin anak kandung abang. Kalau abang rasa abang tak mampu nak jaga dia orang. Abang suruh Arman dengan Armin duduk dengan Addah. Biar Addah jaga." Tegas Puan Raudhah.

Encik Muzammil melepaskan satu keluhan. "Addah jangan macam tu. Abang tahu abang salah. Bagi abang ruang untuk betulkan kesalahan abang. Abang akan usahakan cari duit untuk Arman dan Armin."

"Addah tak nak dengar apa lagi dah. Addah bagi abang sebulan untuk masukkan Armin ke pusat tuisyen semula. Kalau abang ingkar. Arman dengan Armin akan duduk dengan Addah. Cukup-cukup la dengan masalah yang Marina bawa masuk dalam rumah ni. Abang jangan nak tambah lagi sakit kepala Addah ni."

"Abang cuba usahakan."

"Dah la abang pergi la balik. Dah pukul sebelas malam dah ni. Majlis nikah pun dah habis lama. Tuan Hakim tu tahu nak balik pukul lima petang tadi tapi abang tak tahu nak balik. Balik la. Majlis dah lama habis." Halau Puan Raudhah. Kaki diayun ke dalam rumah. Pintu ditutup tanpa menghiraukan bekas suaminya di luar.

BUNYI kuakan pintu mematikan perbualannya bersama Halimah. Cepat-cepat Marina mematikan talian. Dadanya berdebar-debar. Lagi-lagi bila Farhan Ruzaini kunci pintu bilik. Ya Allah, selamatkanlah aku. Bisik hati kecilnya. Telefon pintarnya ditolak masuk ke bawah bantal.

Farhan Ruzaini menanggalkan pakaiannya. Dia pandang isterinya dari atas ke bawah. Satu senyuman sinis terlakar di ulas bibirnya. Perempuan macam ni buat set geli-geli boleh la. Tak layak untuk buat isteri.

"Kau kemas kain baju kau. Esok pagi ikut aku balik KL. Dekat sana nanti aku akan pastikan kau menyesal jadi isteri aku." Katanya. Dingin.

"Saya tak nak. Awak nak balik awak balik. Saya nak duduk kampung dengan emak dengan abang saya." Marina menolak arahan suaminya.

Farhan Ruzaini berang. Baru berapa jam jadi isteri, dia dah tunjuk besar kepala. Tanpa melengahkan masa. Rambut ikal mayang isterinya dicekak sekuat hati sehingga Marina mengaduh kesakitan. Dia pandang muka perempuan itu dengan perasaan jengkel.

"Hei, pelacur! Kau tak ada hak nak tolak arahan aku. When I say A, I mean A. Faham!" Muka Marina diludah. Marina tersentap.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now