INSPIRASI ISTERI TANPA CINTA [2017] Kurang cantik, dia boleh terima. Kurang seksi, dia boleh terima. Kurang mantap, dia boleh terima asalkan bukan gemuk. Dia memang anti betul dengan perempuan gemuk. Tidak seperti sepupunya, Fateh. Fateh itu bolehlah memperisterikan perempuan yang gemuk tapi bukan dirinya. Jatuh harga diri Farhan Ruzaini nanti. "Gaji RM1800 tapi satu deodorant pun tak boleh nak beli. Orang Malaysia ke orang negara B ni?" - Farhan Ruzaini. Walaupun sering dihina akibat gemuk. Dicaci kerana bau badannya yang busuk namun Nur Marina seolah-olah mati perasaan. Cakaplah apa pun. Dia tidak ambil kisah. Bukan beras di rumahnya habis pun kalau dia tak dengar cakap orang. "Tuan Farhan ni memang kacak orangnya tapi maaf la bukan taste saya. Taste saya macam Zayn Malik tu." - Nur Marina. "Muka hodoh berlubang. Badan gemuk macam maskot katak hijau. Ada hati nak kutuk aku. Sedar diri tu sedikit." - Farhan Ruzaini. Pantang jumpa mesti mulut berbalas mulut. Bezanya, si majikan boleh kutuk lebih-lebih sedangkan dia sebagai pekerja hanya mampu memendam rasa. Kalau kutuk lebih-lebih nanti kena pecat pulak! Sehinggalah satu kejadian berlaku pada malam Gala Event yang menyatukan mereka berdua. Nur Marina akhirnya cuba untuk berubah walaupun tiada semangat suami di sisi. "Ikutkan baru nikah tiga hari. Apa pasal nak bercerai pula, tiba-tiba?" - Tuan Hakim. "Far tak tahan bau badan dia, papa. Busuk. Bau bangkai! Lagipun dia gemuk. Hodoh. Bukan citarasa Far!" - Farhan Ruzaini. Baru sekarang dia tahu begitu sakitnya dihina. Begitu deritanya dibandingkan. Nur Marina cuba menjadi seorang isteri yang sempurna walaupun usahanya sentiasa gagal. Kerana lawannya ialah Mia Sara, si wanita cantik jelita. "Perkahwinan kita memang sah. Tapi kau tu cuma isteri pakai buang saja." - Farhan Ruzaini. Mampukah Nur Marina menggapai bahagia dengan lelaki itu? Atau selayaknya dia menyandang gelaran "isteri pakai buang" itu sehingga ke mati?