BAB 5

447 28 0
                                    

"TOLONG hantarkan karipap inti ayam ni ke rumah Mak Lijah boleh tak Mustaqim?"

Mustaqim mengangguk bersetuju. Kalau dia hantarkan karipap ke rumah Mak Lijah bolehlah dia bertemu Ana. Kekasih hati pujaan jantungnya tu. Rindu rasanya tidak menatap wajah Si Ana. Gadis berusia 20 tahun itu benar-benar dah berjaya menarik perhatiannya. Dah la comel. Cantik pula tu. Putih melepak lagi.

"Laju aja kalau emak suruh hantar makanan ke rumah Mak Lijah. Boleh tahan gatal kau ni." Juih Puan Raudhah. Dia bukannya nak tahu anak terunanya tu ada menyimpan perasaan kepada anak dara Mak Lijah. Dia yang beranakkan Mustaqim. Jauh di sudut hati lelaki tu pun dia boleh baca.

Mustaqim tersengih-sengih persis kerang busuk. Kalau dalam hati dah suka takkanlah dia nak tunjukkan reaksi benci.

"Tak cukup awek-awek dalam OMI. Anak dara Mak Lijah pun kau nak. Pening kepala emak. Mana satu kau nak pun emak tak tahu. Umur tu dah tua. Bagilah emak tengok anak-anak emak ni kahwin sebelum emak tutup mata."

"Emak suruhlah Marina kahwin dulu baru Mus akan menyusul. Marina tu anak perempuan. Mus ni tak apa kalau kahwin lambat. Anak lelaki," jawab Mustaqim bersahaja.

"Si Mar tu tak gatal macam abang dia." Puan Raudhah membela anak bongsunya. Sepanjang Marina hidup dengan dia pun memang Marina tak ada sebut perihal lelaki. Anak perempuannya tu memang tidak pernah ada teman lelaki.

"Yakin emak?" Mustaqim memicingkan matanya. Itu dahulu. Sekarang ni adik dia dah duduk jauh. Manalah tahu Marina dah ada teman lelaki dalam diam. Adiknya tu bukan kecil lagi. Dah besar panjang dah pun.

"Hesy! Kau ni. Menyakitkan hati emak aja. Dah pergi hantar karipap tu ke rumah Mak Lijah. Lepas hantar terus balik Mus. Jangan menggedik nak usyar anak dara orang. Kalau emak tahu kau menggatal. Emak sunatkan kau lagi sekali." Di hujung ayatnya Puan Raudhah memberikan amaran keras kepada anak lelakinya itu.

Bukannya dia marah kalau Mustaqim nak bercinta apatah lagi mendirikan rumahtangga. Cuma dia khuatir akan nasib bakal isteri anak lelakinya tu nanti. Mustaqim bukannya ada kerja tetap. Macam mana nak bela anak dara orang kalau diri sendiri pun tidak terurus. Aniaya anak orang namanya tu.

Mustaqim mencapai mangkuk plastik berisi sepuluh biji karipap inti ayam yang berada di atas meja lalu dipeluk. Dia menoleh ibunya yang sedang berdiri di sisi kanannya.

"Emak selalu halang Mus bercinta. Mus nak juga rasa mencintai dan dicintai." Juih Mustaqim. Terseksa jiwa raga nafsu batinnya, tau!

"Emak bukan halang cuma kau tu belum ada apa-apa lagi nak bercinta. Cari dulu kerja bagus-bagus baru fikir pasal cinta. Ini kerja pun kejap kerja kejap tidak. Sibuk nak menggatal dengan anak dara orang." Omel Puan Raudhah.

"Mus nak ikut Mar pergi KL emak tak bagi. Lepas tu emak cakap macam ni. Terasa hati Mus." Mustaqim menundukkan pandangannya menekur lantai. Alah, dia saja nak mengusik Puan Raudhah dengan berpura-pura merajuk macam tu.

"Jangan nak mengada-adalah. Menyampah aku." Puan Raudhah menjegilkan matanya. Telapak tangan kanan naik menghinggap bahu kekar Mustaqim.

Mustaqim tergelak. Tangan Puan Raudhah dikucup mesra. Dia mengayun langkah keluar dari rumah. Dia start engine motosikal cabuknya. Dari jauh kelihatan bapanya, Encik Muzammil sedang berjalan menuju ke arahnya. Mustaqim mengangkat tangan kanan sebagai tanda menyapa lelaki tua itu.

PAGI yang hening. Suasana di dalam pejabat tidak seperti sediakala. Masing-masing menikus kerana dimarahi oleh Farhan Ruzaini. Terlalu banyak kerja yang tergendala sehingga menyebabkan mesyuarat pagi itu terganggu.

"Lepas ni makan la gaji buta lagi. Masuk kerja pukul sembilan pagi. Balik pukul enam petang. Satu apa pun tak siap. Proposal pun tak siap! Banner, food marketing, Facebook semua terabai. Nak jadi apa kau orang ni!" Herdik Farhan Ruzaini kepada semua para pekerjanya.

"Pentakai pun dah asyik tanya tentang perkembangan produk. You all ingat I bangunkan FF YeeMie ni guna air liur ke apa? I tak marah semua tapi I sakit hati betul dengan marketing department. You makan gaji buta ke apa? Italia, Khairul and Hajar! Tiga orang pekerja bahagian marketing. Satu apa pun tak jalan!" Herdik Farhan Ruzaini lagi.

"Maaf, bos." Italia menundukkan kepalanya. Sebagai ketua di bahagian marketing department, dia bertanggungjawab di atas semua keculasan pekerjanya.

"I don't need your sorry! Yang I tahu esok petang I nak tengok semua dah siap. Food banner, Facebook post, new design packaging YeeMie. Semua dah siap. Kalau tak siap I gantung half salary you all this month. Faham?"

"Faham bos!"

Dengan penuh rasa angkuh Farhan Ruzaini bergerak ke ruangan kerjanya. Mata ralit merenung skrin telefon. Kekasih hati pujaan jantungnya terpaksa cuti tiga hari sebab demam panas. Rasa rindu terhadap Mia Sara merobek-robek jiwanya.

Splash!

Farhan Ruzaini terkejut besar ketika seluar slek hitamnya basah dek percikan air mop. Disebabkan dia terlalu leka melihat telefon. Tanpa sengaja dia tertendang baldi yang berisi air mop yang berada di tengah-tengah pintu masuk. Habis basah lantai ruangan kerjanya. Api kemarahannya meledak naik lagi.

"You buta ke apa! You tak nampak ke I nak lalu? Kenapa tak alihkan baldi tu?" Jerkah Farhan Ruzaini. Marina tersentak.

"Saya letak baldi tu tengah-tengah sebab nak halang pintu bilik tertutup. Encik Farhan yang tak nampak kewujudan baldi tu. Orang lain kalau berjalan tengok kiri, kanan, atas, bawah. Encik Farhan kalau jalan tengok telefon," jawab Marina bersahaja.

Membulat mata Farhan Ruzaini. Dia tak boleh terima dengan kata-kata itu. Marina tak ada hak nak sekolahkan dia macam tu.

"You ni memang melampau."

"Saya hanya ketengahkan fakta. Tak melampau pun Encik Farhan. Tak apalah. Saya bersihkan lantai yang dah banjir ni dulu." Marina sambung tugasnya mengemop ruang kerja lelaki itu. Pandangan maut majikannya diabaikan.

Terkumat-kamit mulut Farhan Ruzaini menyumpah seranah perempuan gemuk itu. Kalau ikutkan hatinya yang panas tu memang dia nak ketuk-ketuk kepala Marina dengan baldi. Biar sampai biul. Baru puas hatinya.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now