BAB 19

405 31 4
                                    

BAJU diperuk masuk ke dalam bagasi. Kalau ikutkan hati dia tak nak pun ikut lelaki durjana itu balik ke Kuala Lumpur. Lebih baik dia duduk di Kelantan. Duduk di kampung. Daripada jadi bahan hinaan suaminya sendiri. Dia yang sakit jiwa nanti.

Tetapi dia tidak boleh membantah arahan Farhan Ruzaini apabila lelaki itu menggunakan kuasa vetonya sebagai suami. Farhan Ruzaini mengugut akan menyusahkan keluarganya sekiranya dia enggan akur.

Lelaki kaya dan berduit seperti lelaki itu mesti boleh buat apa sahaja untuk puaskan hati termasuklah merosakkan kebahagiaan keluarganya.

"Hei, perempuan gemuk. Kau boleh cepat sikit tak? Kita dah lambat ni. Tunggu kau bersiap dari pukul tujuh sampai sekarang dah pukul sembilan pagi, kau tahu tak!" Bentak Farhan Ruzaini. Dia nak cepat-cepat pergi dari rumah keluarga isterinya.

"Saya tengah kemas baju, kan? Tak nampak ke?" Senada tapi cukup berbisa di halwa telinga Farhan Ruzaini.

Sakit hati dengan jawapan Marina. Farhan Ruzaini bangun dari duduk di birai katil lalu kaki kanannya bergerak menendang bagasi isterinya. Dia nampak Marina terkejut dengan tindakannya.

"Apa masalah awak ni? Awak tak nampak ke saya tengah kemas baju. Apa yang melampau sangat awak ni!" Marah Marina. Tindakan suaminya memang kurang ajar.

"Kau tak payah nak berawak-saya dengan aku la, perempuan! Walaupun kau dah jadi isteri aku tapi kau tetap kuli batak aku. Jijik aku dengar kau panggil saya awak macam tu. Ingat sikit... kau tu bukan mem besar!" Herdik Farhan Ruzaini.

Tarik nafas. Hembus. Kepala menunduk menekur bagasi. Tangan bergerak mengancingkan tali pinggang bagasi dengan hati yang penuh membara. Fikirannya menerawang jauh mengimbau kembali detik-detik dia bergaduh dengan Farhan Ruzaini di pejabat sebelum ini.

"Tuan Farhan ni memang kacak orangnya tapi maaf la. Bukan taste saya. Taste saya macam Zayn Malik tu."

"Muka hodoh berlubang. Badan gemuk macam maskot katak hijau. Ada hati nak kutuk aku. Sedar diri tu sikit."

Masih terpahat jelas hinaan Farhan Ruzaini kepadanya. Kau panggil aku maskot katak hijau. Kau hina muka aku berlubang. Kau hina ciptaan Tuhan. Tapi lepas ni kau sendiri akan berhadapan dengan perempuan yang kau hina ni hari-hari, bisik hati kecilnya.

"Cepat la siap! Kau termenung apa lagi!" Jerkah Farhan Ruzaini. Orang suruh kemas baju. Dia sibuk nak mengelamun. Menyusahkan!

"JADI isteri yang baik. Taat perintah suami selagi perintah tu tak langgar hukum syarak. Ada apa-apa terus direct call emak atau abang. Nak telefon ayah pun tak ada masalah." Mustaqim menarik kembali tangannya yang dikucup oleh Marina sebentar tadi.

Marina mengangguk bagaikan burung belatuk. Kata orang, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pesanan masyarakat Mustaqim dia tidak simpan dalam hati pun. Buat apa nak patuh dengan suami berperangai hantu macam tu. Bazirkan masa aja.

"Perangai tu ubah jadi lebih matang. Dalam rumahtangga Mar tu tengkuk keluarga. Sekarang kahwin dah. Esok lusa ada anak pula. Walaupun perkahwinan kau orang berdua ni ada sebab tapi emak harap masing-masing boleh muhasabah diri," ujar Puan Raudhah.

"Insya-Allah emak. Betul didikan suami. Betul la jalan isteri." Mustaqim mencelah.

Farhan Ruzaini mencebikkan bibirnya. Kau orang nak sangat aku jadi suami yang terbaik, kan? Aku harap kau orang takkan menyesal dengan keputusan yang kau orang buat, bisik hati kecilnya. Dia akan pastikan Marina menderita bersamanya.

"Arman dengan Armin tak datang ke emak? Ayah mana?" Tanya Marina. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Dia nak jugalah bertemu pandang dengan adik-adik dan ayahnya dulu.

"Emak tak tahu la," jawab Puan Raudhah.

"Tadi abang call Arman. Arman cakap, hari ni dia dengan Armin ada ikut catering. Itu yang dia tak dapat datang. Ayah pulak hantar Ibu Fea pergi klinik. Kaki Ibu Fea kena gaut lagi." Beritahu Mustaqim. Awal pagi lagi dia dah telefon adik-adiknya. Itulah jawapan yang Arman sampaikan kepadanya.

Marina mengeluarkan satu helaan nafas. Sebut pasal Arman dan Armin. Dia teringat akan perbualannya bersama Encik Muzammil tempoh hari. Jauh di sudut hati dia nak sangat Armin masuk ke pusat tuisyen semula. Dia tak nak adik-adiknya ketinggalan dalam pelajaran.

"Eh, tak apalah. Tak payah la fikir pasal Armin dengan Arman. Itu tugas emak dengan ayah untuk fikir. Mar tu... taat pada suami. Kalau ada apa-apa telefon emak atau abang." Puan Raudhah meletakkan tangannya ke bahu Marina. Dia memang marah dengan apa yang telah berlaku tapi marahnya tidak lama. Jahat macam mana sekalipun. Marina tetap anaknya.

Farhan Ruzaini merengus kasar. Eh, perempuan ni. Nak buat drama berepisod pula tengah hari macam ni. Aku dah tak sabar nak berhambus ni, bisik hati kecilnya. Tanpa melengahkan masa. Dia memboloskan tubuh ke dalam kereta Ford Fiesta milik bapanya. Tanpa bersalaman langsung dengan Mustaqim dan Puan Raudhah.

"Terus masuk kereta." Mustaqim tersenyum sinis. Dasar adik ipar tak sedar diri.

Marina menoleh ke belakang. Dia menggebam bibir. Awal-awal lagi Farhan Ruzaini sudah membuat ulah dengan keluarganya. Macam manalah agaknya dia nak tahan dengan sikap lelaki itu kelak.

"Mar gerak dulu emak, abang." Pamit Marina. Pipi Puan Raudhah dikucup. Belakang telapak tangan Mustaqim turut dikucup.

Puan Raudhah menghantar langkah anak gadisnya melalui ekor mata. Dalam hati dia memanjatkan doa supaya perjalanan jauh itu dilindungi oleh Tuhan.

DUA jam perjalanan hendak menuju ke Kuala Lumpur, Farhan Ruzaini memberhentikan kereta di kawasan rehat. Dia pandang Marina di sebelahnya. Bukan main seronok lagi perempuan itu melelapkan mata. Sedangkan dia sakit-sakit bahu hendak memandu kereta.

Mata helangnya meneliti raut wajah perempuan itu. Kemudian turun ke leher. Turun pula ke dada, perut dan akhir sekali paha. Akal jahatnya mula bermaharajalela. Sudah lama dia tidak melampiaskan nafsunya kepada perempuan. Kali terakhir pun dia pernah bersetubuh dengan seorang perempuan kelab malam. Ketika usianya 20 tahun.

Jari telunjuknya bergerak mengelus pipi isterinya. "Kalau kau ni seksi, cantik, kurus. Malam pertama lagi aku dah rasmikan kau Marina."

Pergerakan halus daripada Marina membuatkan Farhan Ruzaini cepat-cepat menjatuhkan tangannya lalu dia membuka pintu kereta. Keluar sahaja dari perut kereta, bayangan Mia Sara singgah di matanya. Rindu. Benar, dia amat merindui bekas tunangnya.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now