BAB 21

578 43 9
                                    

SUDAH seminggu bergelar isteri tetapi layanan Farhan Ruzaini tetap sama dinginnya. Saban hari lelaki itu akan mencari salahnya. Kadang-kadang dia penat tapi dia tak ada tempat nak mengadu.

Memang betul dia masih ada keluarga tapi dia tak nak libatkan keluarga dalam hal rumahtanggannya yang retak menanti belah. Dia tak nak Mustaqim dan Puan Raudhah sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Selagi dia kuat. Biarlah dia cuba bertahan dengan perangai tidak semenggah Farhan Ruzaini.

"Kau angkut semua barang-barang kau. Kau pergi tidur dekat bilik bibik! Kau tak ada hak nak tidur sebilik dengan aku perempuan murahan!"

Masih terngiang-ngiang di halwa pendengarannya seperti mana mengamuknya lelaki itu ketika dia membawa masuk bagasinya ke dalam bilik tidur lelaki itu. Farhan Ruzaini betul-betul marah. Bahkan dia tidak diizinkan langsung menyentuh katil lelaki itu.

Jam digital di skrin telefon dipandang sekilas. Lagi beberapa jam suaminya akan pulang. Nak tak nak dia kena masak juga untuk Farhan Ruzaini. Dia memang jahat tapi dia tak sampai hati nak biarkan lelaki itu kebuluran. Walaupun Farhan Ruzaini tidak makan masakannya tapi lumrah seorang isteri menyediakan makan dan pakai suami.

Kaki diatur ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka. Lima biji telur gred C dicapai bersama satu paket cili giling. Kemudian dia mengambil pula tiga ulas bawang putih bersama setengah biji bawang merah. Sekali-sekala sumbat mulut Farhan Ruzaini dengan masakan marhaen apa salahnya. Asalkan kenyang.

"Ini hari last aku masak. Kalau sambal telur yang aku buat ni pun kau tak nak makan. Jangan harap la aku nak masak lagi." Gumamnya.

FAIL kerja dicampak ke tepi. Dia meraup wajahnya. Hidupnya menjadi tertekan sejak dia bergelar suami kepada perempuan yang dia tidak cinta. Perempuan sehodoh Marina tidak layak bergandingan dengan dirinya. Sudahlah hodoh. Gemuk pula tu. Macam manalah dia nak bertahan hidup dengan perempuan macam tu.

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu mengganggu lamunan. Cepat-cepat posisi duduk dibetulkan. Dia memandang tepat ke arah pintu.

"Masuk!" Tegas suaranya memberikan arahan kepada gerangan di luar pintu ruang kerjanya. Sebaik sahaja pintu dikuak, mukanya berubah berang.

Tuan Hakim menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan anak lelakinya. Raut wajah berang Farhan Ruzaini dipandang penuh minat. Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan.

"Macam mana setakat ni perkahwinan Far dengan Marina? Boleh ditahan lagi?" Tanya Tuan Hakim. Sebenarnya dia nak gelak pun ada. Apa taknya, baru kahwin tiga hari anak lelakinya dah mengadu macam-macam tempoh hari.

"Kalau hari ni Far boleh ceraikan dia. Memang hari ni jugak Far ce..."

"Kahwin ni bukan satu permainan. Cerai pun bukan satu permainan. Sabar. Cuba bertahan. Kalau Far tak berkenan dengan cara dia. Ubah dia. Bukan tolak dia jauh." Tuan Hakim lebih laju memotong percakapan anak lelakinya.

Farhan Ruzaini merengus kasar. Menyesal ajak papa borak. Jawapan tetap sama, gerutunya dalam hati. Matanya bergelintar melihat setiap sudut biliknya. Peristiwa tiga hari yang tiga hari yang lalu terlakar di benak fikirannya. Ketika dia pulang ke rumah Tuan Hakim untuk mengadu domba perihal isteri yang baru dinikahi tiga hari.

"Far tak boleh nak tahan dengan perangai dia papa. Far tak boleh nak duduk sebumbung hatta sebilik pun dengan perempuan tu papa."

"Kenapa pula?"

"Far tak boleh! Far nak ceraikan dia."

"Ikutkan baru nikah tiga hari. Apa pasal nak bercerai pula, tiba-tiba?"

"Far tak tahan bau badan dia, papa. Busuk. Bau bangkai! Lagipun dia gemuk. Hodoh. Bukan cita rasa Far."

"Ubah la dia. Kamu tu berduit. Bukannya sengkek. Isteri tak cantik. Cantikkan. Isteri busuk. Wangikan. Isteri gemuk. Kuruskan. Itu tugas suami untuk jaga kebajikan isteri luar dan dalam. Papa tak setuju Far lepaskan Marina. Cuba dulu setahun dua. Kalau tak boleh juga baru fikir soal cerai."

"What, pa!"

Ktak!

Bunyi ketukan dia meja membawa dia kembali ke alam nyata. Jongketan kening Tuan Hakim seolah-olah membawa maksud tersirat. Dia yakin orang tua itu tahu dia sedang berfikir tentang Marina.

"Setakat ni macam mana? Apa aja yang Far dah buat untuk atasi masalah rumahtangga Far?" Tanya Tuan Hakim. Sebenarnya dia menyuruh anaknya bertahan bersebab. Dia nak Farhan Ruzaini belajar erti tanggungjawab.

"Macam tu la," jawab Farhan Ruzaini.

"Macam mana? Jelaskan."

"I tried my best untuk atasi masalah rumahtangga kami. I found the method." Kata Farhan Ruzaini. Ya, dia jumpa cara. Caranya ialah menendang Marina ke bilik tidur bibik. Simple!

"What method?" Tuan Hakim berminat nak tahu. Jangan anak lelakinya buat yang bukan bukan dah la.

"Papa ni banyak tanya la. Sudahlah... Far nak balik. Serabut la dengan masalah dekat ofis lagi semua. Papa pun balik la sekali. Kalau nak duduk sini sampai malam pun tak apa. Up to you." Farhan Ruzaini bergegas bangun dari duduknya. Beg galas dicapai. Sebelum dia kena soal lebih-lebih dengan lelaki tua itu, baik dia berhambus dulu.

Tuan Hakim menggelengkan kepalanya. Langkah anak lelakinya dihantar melalui ekor mata. Tidak lama kemudian, dia juga melangkah keluar dari ruang kerja Farhan Ruzaini.

BUNYI enjin kereta menarik perhatian Marina yang sedang duduk menonton televisyen. Jam di dinding dikerling sekilas. Dahinya berkerut. Suaminya pulang agak lewat. Maghrib baru sampai rumah. Ke manakah lelaki itu pergi?

"Awak pergi mana?" Laju Marina menyoal ketika nampak sosok tubuh tinggi lampai Farhan Ruzaini melangkah masuk ke dalam rumah. Dari duduk, dia berdiri pula di tepi sofa.

"Kau siapa nak tahu aku ke mana? Aku nak pergi mana-mana pun bukan urusan kau la perempuan tak guna!" Herdik lelaki itu.

"Saya bukan nak menyibuk. Cuma saya ada masakkan sambal telur untuk awak. Mana la tahu awak lapar. Tapi awak balik lambat so sambal tu dah sejuk la. Itu aja," ujar Marina. Orang tanya baik-baik tapi dibalas kasar.

Farhan Ruzaini mencerlung isterinya. Dia mengatur langkah ke bilik tidur tapi langkahnya diekori oleh Marina. Dia merengus kasar.

"Awak, kejap." Laju tangan Marina memegang tangan suaminya. Dia ingin meminta izin untuk keluar sekejap lagi. Dia nak ke rumah Halimah.

Pang!

Tindakan drastik Farhan Ruzaini membuatkan Marina terkejut bukan kepalang lagi. Pipinya terasa pijar. Tamparan itu bukan tamparan manja. Sebaliknya tamparan untuk melepaskan geram. Birai matanya bergenang. Sakit.

"Aku dah cakap jangan sentuh aku! Itu makan dia!" Jerkah Farhan Ruzaini sebelum masuk ke bilik tidur. Pintu dihempas kasar. Sedikit pun dia tidak rasa bersalah kerana menampar pipi Marina. Dia mendengar esakan wanita itu tapi, arghh! Lantaklah.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now