BAB 25

443 43 5
                                    

FARHAN RUZAINI membuka matanya. Jam tangan dikerling sekilas. Dia terkejut lalu duduk. Dia memandang sisi kanannya. Kelihatan seorang wanita yang telah dia ambil daranya dengan paksa. Dia tergamam seketika.

"Aku akan pastikan kau kenal siapa aku Marina." Terngiang-ngiang kata-kata itu di gegendang telinganya. Dia lelaki. Dia ada akal dan dia seorang yang bijak. Perempuan yang dia sentuh malam tadi memang masih suci.

Matanya terpejam kembali. Tangisan, rintihan dan rayuan isterinya sangat menyayat hati. Walaupun begitu, perasaan simpati ditepis jauh oleh perasaan dendam. Bahu Marina yang terdedah ditutup dengan selimut. Bergegas dia menyarung kembali pakaiannya. Dia perlu mencari rakannya.

Kaki diayun ke tengah-tengah pelosok manusia yang masih seronok membuat dosa. Matanya bergelintar mencari sosok tubuh seseorang sehinggalah sepasang mata helangnya tertancap pada satu sosok tubuh yang amat dikenali. Farhan Ruzaini segera mendekati lelaki berbadan sasa yang mengenakan jaket kulit berwarna emerald green itu.

"Wow! Berapa round kau bantai perempuan tu? Pukul tiga pagi baru aku nampak muka kau ni Far." Sindir Jai. Halus tapi amat pedih.

Farhan Ruzaini merengus kasar. Dia menghempas punggung di sebelah lelaki itu. "Aku dah puas pakai dia. Lepas ni kau nak apa-apakan dia tu hak kau. Cuma aku nak minta izin. Luar daripada kelab ni. Dia masih isteri aku. Aku bukan apa. Aku cuma risaukan papa aku."

"Maksudnya kau nekad nak perempuan tu bekerja dengan aku? Puaskan lelaki-lelaki dekat sini. Kau tak rasa apa-apa ke Far? She is your wife." Tajam mata Jai merenung rakannya. Mereka bersama-sama duduk di bar tender. Masing-masing menyimpan masalah tersendiri.

Farhan Ruzaini tersenyum sinis. Isteri? Isteri yang aku nikahi tanpa rasa cinta. Isteri yang aku benci. Isteri yang aku buat macam kain lap. Isteri pakai buang. Itu yang aku kena kesiankan. Memang tak la, bisik hati kecilnya.

"Aku kahwin dengan dia bukan atas kehendak aku. Kita orang ada small issue tapi dia tipu papa aku. Dia cakap that thing memang jadi sedangkan tak ada apa-apa yang berlaku." Beritahu Farhan Ruzaini.

"Kejap... aku tak faham. Maksud kau?" Berkerut dahi Jai. Dia tidak mengerti apa yang disampaikan oleh lelaki itu. Setahunya Farhan Ruzaini bercinta dengan Mia Sara. Bukannya Marina.

"Aku dah bertunang dengan Mia. Kebetulan kita orang nak sambut hari bahagia tu sekali gus dengan event syarikat aku sekali. Tapi Mia kena COVID-19. Mia kena kuarantin. Nak tak nak event tu perlu diteruskan sebab share partner aku dari Thailand datang. Malam tu ramai yang mabuk termasuk la aku sekali. Aku tak ingat apa jadi. Bangun-bangun aja aku boleh sekatil dengan perempuan gemuk tu." Farhan Ruzaini menjeda.

"Bila aku tanya dekat perempuan tu. Dia cakap, dia tersalah masuk bilik. Jawapan tu aku tak boleh terima. Bila kantoi dekat papa aku. Si Marina ni boleh pulak mengiakan bila papa aku tuduh aku dan sentuh dia. Sebab tu kami terpaksa dikahwinkan dan Mia tinggalkan aku." Sambungnya.

Jai tercencang. Umpama coretan novel cinta yang adiknya suka baca. Tidak sangka rakannya menghadapi situasi yang sama. Pelipisnya digaru.

"Mana Mia?" soalnya.

"Dia dah nak gerak ke luar negara. Aku tak boleh hilang Mia, Jai. Aku tak boleh. Hilangnya Mia umpama dunia aku gelap. Gelap sangat. Mia pun nekad nak pergi jauh jadi tak ada guna aku nak bertahan." Luah Farhan Ruzaini. Hatinya diruntun rasa hiba.

"Okey... Mia nak pergi jauh. Dah tu apa kena mengena dengan isteri kau sekarang?" soal Jai lagi.

"Alang-alang Mia dah tinggalkan aku. Aku nak perempuan gemuk tu rasa penderitaan yang aku alami," jawab Farhan Ruzaini bersahaja.

"Dengan cara jual bini sendiri dekat kelab malam? Dengan cara biarkan isteri sendiri diratah oleh lelaki lain? Come on Far. Aku memang bukan lelaki baik. Aku buat business pun night club. Tapi kalau aku ada di situasi kau. Jual bini bukan satu benda yang elok. Sekarang mungkin kau tak rasa apa-apa. Esok lusa macam mana?"

"Dah tu kau nak aku buat apa Jai? Terima dia dalam hidup aku? Eh, memang tak la! Kau cakap dekat aku. Cara macam mana lagi aku nak buat dia menderita. Beritahu aku Jai." Gesa Farhan Ruzaini. Jai menjungkitkan bahunya.

"Lagipun hutang aku dengan kau kira langsai. Aku cagarkan perempuan tu dekat kau. Aku cuma minta kalau papa aku ada. Aku ambil dia. Kalau papa aku tak ada. Kau pegang la dia." Kata Farhan Ruzaini lagi.

Jai menolak cawan berisi liquor itu ke tengah-tengah table top. Dia membisukan diri seketika untuk berfikir bagi pihak Farhan Ruzaini.

"Macam ni la Far. Bab hutang tu kau langsaikan la sikit-sikit dekat aku. Aku tak terima cagaran kau tu. Lagipun jujur aku cakap. Customer aku tak pandang perempuan gemuk. Kau lelaki. Kau mesti faham maksud aku, kan?"

"Tak... ak..."

"Kalau kau cagar Marina dekat aku pun tak guna Far. Dia takkan boleh hasilkan keuntungan untuk aku. Bentuk badan dia. Kecantikan dia. Warna kulit dia semua tu mainkan peranan. Dan dia tak pass untuk bekerja dengan aku." Jai lebih laju memotong ayat rakannya itu.

Farhan Ruzaini tercengang. "Kalau tak boleh kenapa kau suruh aku bawa perempuan tu datang sini? Eh, sial la! Aku tak nak perempuan tu la Jai."

"Sebab aku tak pernah nampak bini kau macam mana. Sekarang aku dah nampak dan Marina memang tak sesuai kerja ni. Melainkan dia kurus, cantik, tinggi. Aku boleh pertimbangkan. Tentang hutang tu slowly kau selesaikan," jawab Jai. Tenang.

"Shit!" Gumam Farhan Ruzaini.

"Nanti isteri kau dah bangun. Kau bawa dia balik Far. Aku tak tahu apa yang jadi dekat dalam bilik belakang tu. Cuma kau dengan dia aja yang tahu. Tapi..."

"Perempuan tu tengah kiok sebab aku sumbat arak berbotol-botol dalam mulut dia." Beritahu Farhan Ruzaini tanpa memandang muka Jai.

Membuntang mata Jai. "What! Maksudnya kau bagi dia mabuk ke macam mana baru kau sentuh dia?"

"Tak payah tahu la Jai. Dah la aku nak fun-fun dulu. Betina sundal tu pandai-pandai la balik sendiri nanti. Dah kau tak nak dia, kan." Sejurus itu Farhan Ruzaini bangkit dari duduknya. Dia berjalan menjauhi bar tender. Alunan muzik keras itu menarik jiwanya untuk menari bersama-sama penari tiang yang hanya mengenakan bikini berwarna ungu.

Jai menghantar langkah Farhan Ruzaini dengan ekor mata. Dia menggelengkan kepala. Orang macam ni pun ada juga, bisik hati kecilnya.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now