BAB 2

850 44 0
                                    

"MACAM mana perniagaan bulan ni? Semakin baik atau sales jatuh lagi? Papa faham. Produk mi ni banyak persaingan syarikat-syarikat besar. Macam Pama, Maggi, Mamee dan macam-macam lagi la. Tapi Far kena usaha keras supaya produk syarikat kita berdiri setanding Maggi."

Balik daripada kerja. Farhan Ruzaini terpaksa menadah telinganya untuk mendengar bebelan ayahnya. Inilah perkara yang selalu dipesan oleh Tuan Hakim saban hari sampaikan dia dah lali nak dengar.

"At least pa... bagi la Far bernafas dulu. Ni Far tak sempat nak duduk lagi papa dah bercakap. Anak papa ni manusia bukannya robot." Balas Razhan. Stokin di kaki ditarik lalu dicampak entah ke mana. Tubuh dibaringkan di atas sofa kulit buaya yang diimport dari Italy. Ah, selesanya!

"Tak boleh nak pandang sambalewa aja kalau berkaitan perniagaan ni Far. Dah la syarikat tu satu-satunya syarikat peninggalan arwah mama kepada kita. Kalau nak diharapkan papa ni... apa aja yang papa boleh buat dengan kaki yang cacat ni?" Mata Tuan Hakim turun melihat kakinya yang capik.

Mata Farhan Ruzaini turut memandang ke arah kedua-dua belah kaki ayahnya yang bengkok. Satu keluhan berat dilepaskan. Dugaan Allah SWT berikan kepada Tuan Hakim cukup besar. Setahunya, Tuan Hakim memang mengalami masalah kaki capik sejak kecil lagi.

Sewaktu mamanya hidup. Arwah Puan Natikah pernah nak bawa Tuan Hakim pergi buat rawatan tapi ayahnya menolak keras. Katanya dia sudah reda dengan pemberian Tuhan. Tuan Hakim itu memang keras kepala orangnya. Samalah macam Farhan Ruzaini.

"Papa tak payah fikirkan pasal company tu. Tahu la Far nak uruskan macam mana. Hujung tahun ni pun kakak dah balik Malaysia, kan? Nanti Far uruskan syarikat tu dengan akak. Papa jangan risau la."

"Nak ke kakak kamu tu uruskan syarikat? Bulan enam nanti dia konvokesyen. Dia tu kalau ikutkan nak jadi kaunselor. Sekarang ni dah bulan empat. Papa takut dia tolak mentah-mentah cadangan untuk sama-sama uruskan syarikat arwah mama tu." Bukan Tuan Hakim tidak faham akan perangai anak perempuan sulungnya itu.

Farhana nama diberikan. Farhana itu orangnya keras kepala. Garang dan berwibawa. Sekiranya dia bilang A maka A la jawapannya. Kalau dia bilang B. Maka B la jawapannya. Fikirannya menegak. Langsung tidak berfikiran senteng. Pendek kata memang susah nak ditundukkan wanita itu.

"Kakak tu kalau kena caranya lembut la hati dia pa." Kata Farhan Ruzaini bersahaja. Kakak dia. Dia tahu la macam mana.

Tuan Hakim mengeluh. Dia mendongak merenung dinding ruang tamu. Terpapar satu bingkai gambar besar ahli keluarganya di dinding. Kenapalah cepat sangat awak pergi Natikah. Bisik hati kecilnya yang semakin dihambat rasa rindu terhadap arwah isteri tercinta.

"Kalau la empat tahun lepas papa halang mama pergi London mesti mama ada dengan kita sekarang." Keluh Tuan Hakim. Saban hari dia menyalahkan dirinya di atas kematian isterinya. Puan Natikah terkorban ketika pesawat yang menerbangkannya ke London terhempas di Guernsey Jersey.

"Apa la papa ni. Dari umur Far 23 tahun sampai sekarang dah 27 tahun. Papa masih ulang skrip yang sama. Kalau kakak yang dah jadi ANDARTU tu dengar ayat papa. Sia-sia aja dia ceramahkan papa."

"Apa cakap macam tu. Tak baik cakap macam tu dekat kakak. Kakak tu baru nak masuk 30 tahun. Belum ANDARTU lagi." Memicing mata Tuan Hakim memandang anak lelakinya. Farhan Ruzaini ni kadangkala suka cakap lepas.

Farhan Ruzaini mencebik. Dah memang betul. Dia cuma mengeluarkan faktanya sahaja. Kakaknya itu dulu gila kerja. Umur dah lanjut baru la sibuk-sibuk nak sambung belajar di UK. Kalau dulu kakaknya itu suka bekerja bahagian retail di mana-mana pasar raya besar. Hendak timba pengalaman katanya.

"Si Far ni macam mana dengan Mia? Kau dua bercinta dah enam tahun papa rasa. Bila nak dihalalkan anak Pak Cik Manaf tu?" Tanya Tuan Hakim. Kali ini topiknya berkaitan Mia Sara pula. Dia sebenarnya tak sabar nak tengok anak lelakinya itu naik pelamin. Tapi lain pula bagi sisi Farhan Ruzaini. Anak lelakinya itu tampak tenang. Tak pernah pun bercakap soal kahwin atau tunang di depannya.

"Tak tahu lagi la pa. Masing-masing sibuk dengan hidup sendiri. Far pun tak pernah ajak dia bincang hal kahwin," jawab Farhan Ruzaini.

"Tak... Far ni serius ke tak dengan Mia tu?"

"Serius la pa."

"Kalau serius teruskanlah hubungan yang halal."

"Mia tak minta pun."

"Memang la dia tak minta. Dia tu perempuan. Kalau dia wujudkan dulu perihal kahwin, jatuh la maruah dia. Kamu tu lelaki. Far la yang kena wujudkan topik tu dulu. Papa bukan apa... anak Pak Cik Manaf tu cantik. Papa risau Far yang putih mata kalau lelaki lain masuk meminang Si Mia tu nanti."

Farhan Ruzaini bingkas duduk. Ini yang dia malas ni. Tuan Hakim suka doakan yang bukan-bukan. Lagi satu, lelaki malang mana yang berani nak rampas cinta hatinya tu? Kalau rasa nak makan nasi guna straw berani la buat!

"Doakanlah yang elok-elok sikit pa. Apa doa macam tu. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari perempuan yang sempurna serba serbi macam Mia tu. Dah sampai seru nanti kita orang kahwin la." Juih Farhan Ruzaini.

"Far kena faham. Mia tu keluarga dia warak. Pak Cik Manaf dengan Mak Cik Fatimah tu dah banyak kali pergi balik haji. Umrah semua tu. Kalau dia orang tengok Far ni tak serius dengan anak dia orang. Dia orang boleh carikan lelaki lain untuk anak dia orang. Papa pesan aja." Kata Tuan Hakim kemudian melangkah ke dapur. Meninggalkan anak lelakinya terkontang-kanting di ruang tamu.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now