BAB 28

663 38 8
                                    

PINTU dikuak. Farhan Ruzaini terkejut ketika melihat abang iparnya elok baring santai di atas sofa sambil menonton televisyen. Membulat matanya. Wah, wah, wah, kau buat rumah ni macam rumah kau pulak. Kalau dah miskin tu buat cara miskin. Tapi gaya kau macam big boss dekat rumah aku, gerutunya dalam hati.

Patutlah hatinya memaksa dia pulang awal. Rupa-rupanya ada manusia tidak sedar diri yang sedang memperlakukan rumahnya seperti rumah sendiri. Api kemarahannya meledak naik. Tidak lain tidak bukan mesti Marina yang mengajak Puan Raudhah dan Mustaqim bertandang ke rumah. Ah, perempuan tu memang nak kena!

"Eh, dah balik. Mar cakap dekat aku kau ni selalu balik malam-malam. Tiba-tiba muncul depan pintu rumah. Dah lama sampai?" Mustaqim bingkas bangun merapati Farhan Ruzaini. Tangan kanan dihulurkan.

Mahu tidak mahu saja Farhan Ruzaini menyambut huluran itu. Kalau tak nanti orang cakap apa pula. Lagi-lagi lelaki itu abang iparnya. Takkanlah dia nak tunjuk perangai hantunya. Jatuh air muka dia nanti.

"Baru sampai. Bila sampai? Mana emak?" Farhan Ruzaini pantas menarik tangannya kembali. Hand sanitizer yang disimpan dalam saku seluar dikeluarkan. Beberapa semburan disembur ke telapak tangannya agar kuman di tangan Mustaqim tidak melekat di tangannya.

"Emak ada aja dekat dapur. Tengah tolong bini kau masak. Ni aku nak tanya sikit ni." Mustaqim melipat tangan ke dada. Sementara emak dengan adiknya sibuk di dapur. Rasa-rasa boleh la dia soal selidik adik iparnya. Manalah tahu dalam diam-diam Marina dan Farhan Ruzaini tidak bahagia.

Terangkat sebelah kening Farhan Ruzaini. "Nak soal apa pula ni? Saya ni balik penat. Lapar pula tu. Lain kali aja la nak soal pun, bang."

"Eh, kejap la. Dan-dan la kau nak hormat aku macam abang ipar kau. Macam la aku tak kenal kau siapa. Ni aku nak tanya. Sepanjang kau dengan Marina nikah. Kau ada apa-apakan adik aku tak?"

"Apa-apakan apa pulak?"

"Kau ada naik tangan dekat Mar?"

"Mar mengadu macam tu ke?"

"Aku tanya jawablah!"

"Tak ada. Alhamdulillah, kami bahagia. Marina pun seorang isteri yang baik. Cukup jawapan ni?"

Mustaqim tidak puas hati dengan jawapan itu. Dia yakin Farhan Ruzaini sekadar nak sedapkan hati dia. Tunak matanya menikam ke dalam mata adik iparnya.

"Kau dengar sini baik-baik, eh. Kalau aku dapat tahu kau buat sesuatu yang buruk dekat Marina. Aku akan pastikan hidup kau tak tenang. Tak kiralah kau kaya ke apa. Sebagai abang aku akan lindungi adik aku." Tegas suara Mustaqim menerjah gegendang telinga Farhan Ruzaini.

Automatik fikiran Farhan Ruzaini menerawang kejadian tempoh hari. Di mana dia nekad ingin menjual isteri sendiri kepada rakannya. Nasib baik la Jai menolak. Kiranya ini la yang berlaku. Maksudnya Tuhan masih nak selamatkan dia. Kalau tak apa dia nak jawab dekat Mustaqim dan Puan Raudhah kalau Marina tiada di rumah.

"She is my wife. Saya suami dia. Memang kita orang kahwin bukan atas dasar cinta tapi saya tahu nak buat apa dengan dia. Marina tu tanggungjawab saya. Jelaskan dekat sini?"

"Baik. Aku tak percaya kau tapi aku cuba percaya. Once aku tahu apa-apa berlaku dekat Marina. I will make sure kau ingat siapa Mustaqim Muzammil!" Mustaqim keraskan nada suaranya sebelum meninggalkan lelaki itu termangu-mangu sendirian di ambang pintu masuk.

SUASANA makan malam hening. Tiada perbualan rancak ahli keluarga. Masing-masing membisukan diri. Hanya bunyi sudu berlaga sesama sendiri. Sesekali mata Marina melirik muka tegang Mustaqim kemudian beralih pula ke muka tiada reaksi suaminya. Dia menunduk lalu sambung makan.

"Sedap sup ayam yang emak buat ni. Kenyang Mus kalau hari-hari makan macam ni." Mustaqim memecahkan bicara.

"Macam la baru hari ni kau rasa masakan emak. Dah selalu dah kau makan sup ayam emak masak Mus." Juih Puan Raudhah. Mustaqim tersengih persis kerang busuk.

Dengar sahaja suara abang iparnya cepat-cepat Farhan Ruzaini menghirup sup ayam yang dicampur dengan sambal kicap. Dia nak masuk bilik cepat-cepat. Dia tidak betah berlama-lamaan di meja makan dengan orang miskin.

"Makan laju-laju nak ke mana? Makan la baik-baik. Syaitan suka orang makan laju-laju." Tegur Puan Raudhah. Dia nampak menantunya diamkan diri semenjak tadi. Jiwa wanitanya meronta-ronta ingin tahu keadaan anak dan menantunya.

"Far nak siapkan dokumen sikit emak tu yang makan laju-laju." Laju Farhan Ruzaini mencari helah.

"Oh, ya ke? Emak ingat baru nak ajak Farhan berbual-bual. Emak pun bukan kenal sangat siapa menantu emak ni. Tapi Farhan sibuk pula. Tak apalah. Mungkin esok lusa adalah masa untuk kita. Emak dah minta izin dekat Marina. Emak dengan Mustaqim akan duduk sini seminggu dua," ujar Puan Raudhah.

Membulat mata Farhan Ruzaini. Mak aih! Lamanya. Kau ingat rumah aku ni pusat jagaan orang-orang miskin ke macam mana? Bisik hati kecilnya. Hati tidak rela tetapi bibir terpaksa mengoyakkan senyuman.

"Eh, boleh sangat emak. Asalkan bini Far gembira. Kan, sayang?" Pandangan tajam dihantar ke mata Marina. Dia nampak isterinya itu sudah gerun dengan tatapan helangnya. Macam burung belatuk Marina menganggukkan kepala.

"Sayang makan la cepat sikit lepas tu ikut abang masuk bilik. Urutkan abang. Bahu abang sakit. Malam ni pun nak tidur lambat. Nak siapkan kerja sebelum kerjakan sayang," ujar Farhan Ruzaini. Dia berpura-pura menggunakan panggilan manja kepada Marina. Dia tidak mahu Puan Raudhah menangkap ketegangan rumahtangganya.

Mustaqim tersedak bila dengar adik iparnya bilang seperti itu. Nampak gayanya tak lama lagi aku dapat anak saudara la, bisik hati kecilnya. Kalau betul alhamdulillah...

Usai makan malam. Sepantas kilat Farhan Ruzaini menyambar tangan Marina. Dia mengarahkan perempuan itu mengekori langkahnya ke bilik tidur. Setibanya di bilik tidur, tubuh gemuk perempuan itu dihumban sehingga terlekap di dinding kamar. Pintu dikunci. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.

"Eh, perempuan tak guna. Kau suka-suka hati aja nak suruh ibu dengan abang kau duduk sini, kan. Kau ingat rumah aku ni pusat jagaan orang miskin ke apa, huh?!"

"Saya tak tahu emak nak datang. Tiba-tiba emak dengan abang saya dat... arghh!" Marina mendesis kesakitan. Telapak tangan kasar Farhan Ruzaini laju hinggap mulutnya. Dia memegang mulutnya yang terasa pedih dek tamparan lelaki itu.

"Aku tak nak tahu alasan kau. Yang aku nak tahu esok juga perempuan tua dengan lelaki bodoh tu balik rumah dia orang. Pandai-pandai la kau cipta apa-apa alasan. Aku bagi amaran ni Marina. Jangan sampai aku hantar emak dengan abang kau ke neraka. Dengar ke tidak!"

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak siapa nak tentukan hidup mati ibu dengan abang saya? Awak Tuhan? Neraka? Beraninya awak bercakap soal syurga dan neraka dekat saya sedangkan perangai awak tu cukup menunjukkan awak yang ahli neraka nan... arghhh!" Sekali lagi mulut Marina ditampar oleh Farhan Ruzaini. Tepi bibirnya luka kecil terkena batu cincin besi yang dipakai oleh lelaki itu.

"Diam bodoh! Jangan melawan cakap aku. Sekali lagi kau bersuara. Terburai isi perut kau, aku buat!" Herdik Farhan Ruzaini. Sebelum mengambil laptopnya di meja mini yang letak duduknya bersebelahan dengan katil. Dia sempat menunjal kepala Marina.

ISTERI PAKAI BUANGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon