BAB 24

635 35 6
                                    

WALAUPUN tubuh isterinya berat seperti tong gas tapi dia gagahkan diri untuk mengheret Marina ke dalam kelab malam di tengah-tengah kota metropolitan itu. Dia mati akal untuk balas dendam. Akhirnya dia buat keputusan untuk menjual isteri sendiri demi melihat Marina menderita.

"Tak nak Farhan! Jangan buat saya macam ni. Kalau memang awak benci saya. Tolong lepaskan saya. Kita boleh bincang elok-elok dengan papa. Jangan buat saya macam ni." Bersungguh-sungguh Marina merayu kepada suaminya. Sakit di fizikalnya masih terasa. Ditambah pula dengan rasa sakit dalam hati.

"Kau sedar diri kau perempuan gemuk! Kau tu cuma isteri pakai buang aku. Hilang kau langsung tak bermakna untuk aku. Disebabkan kau dunia aku hancur. Tunang aku pergi tinggalkan aku!" Jerkah Farhan Ruzaini sekuat hati.

Marina memandang ke kiri dan ke kanan. Disebabkan bunyi muzik keras itu terlalu rancak dan kuat. Tengkingan lelaki itu tidak memberikan kesan langsung kepada manusia-manusia yang sedang seronok melakukan dosa. Ada yang berpelukan. Ada yang menari dan ada yang sedang berciuman.

"Tolong jangan... saya tak nak. Saya bukan pelacur. Mana tanggungjawab awak sebagai suami? Mana belas kasihan awak Farhan? Awak tergamak jual bini awak sendiri dekat kelab macam ni!" Semakin kuat esakan Marina. Sebelum ini dia akui dia boleh melawan. Tapi kini dia dibawah kekuasaan lelaki itu. Dia tidak mampu nak melawan.

"Kau diam la perempuan murahan! Jangan banyak bunyi. Kau kerja dekat sini. Depan papa kau masih isteri aku. Tapi belakang papa. Kau tak lain tak bukan cumalah seorang pelacur!" Sejurus itu, Farhan Ruzaini mengheret isterinya ke bilik kecil yang berada di hujung kelab malam. Kelihatan Jai, pemilik kelab malam itu sudah menunggunya dengan sengihan di bibir.

Jai memandang tubuh Marina daripada atas ke bawah. Dia menggaru kening. Fikirnya perempuan yang dibawa oleh Farhan Ruzaini kurus, tinggi, cantik dan putih melepak persis model antarabangsa. Naik la sikit perniagaannya. Tapi... indah khabar dari rupa.

"Kau nak gadai perempuan ni dekat aku?" Tanya Jai, inginkan kepastian. Dia pandang Marina. Tangan Marina kuat memeluk lengan rakan lamanya.

"Ya, aku gadai perempuan ni untuk kau. Kira hutang lama kita dah settle, kan? Aku dah tak ada berhutang apa-apa dengan kau." Tunak mata Farhan Ruzaini menikam ke dalam mata rakan lamanya itu. Dia menolak tubuh Marina ke arah Jai. Cepat-cepat Jai merangkul pinggang Marina.

"Farhan! Saya tak nak!" Bersungguh-sungguh Marina menjerit. Badannya menggigil hebat. Disentuh oleh Farhan Ruzaini saja belum apatah lagi nak disentuh oleh lelaki-lelaki lain. Sumpah! Dia tidak rela.

Jai tersenyum sinis. Enam tahun yang lalu, Farhan Ruzaini ada meminjam wangnya untuk membantu Tuan Hakim menegakkan kembali empayarnya. Perniagaan ada pasang surutnya. Dia berhabis belasan ribu untuk membantu Farhan Ruzaini. Dan kini lelak itu nekad ingin membayar semula budinya.

"Kau yakin? Sekali aku ambil. Aku tak lepaskan dia, Far. Gemuk pun gemuk la. VVIP suka tubuh macam ni. Banyak air." Jai tergelak di hujung ayatnya. Tepi pipi Marina dikucup sekilas. Ketika Marina mengelakkan diri. Dia menampar pula punggung Marina. Air mata wanita itu tidak membekas langsung dalam hatinya.

Farhan Ruzaini diam. Dia memandang lama ke dalam mata sayu isterinya. Entah kenapa hatinya berkecamuk. Ingat Farhan! Perempuan ni yang hancurkan kebahagiaan kau dulu. Kau suami dia. Kau berhak buat apa-apa dekat dia!

"Aku nekad. Dia akan bekerja untuk kau. Untung yang dia dapat. Kau punya. Aku takkan minta satu sen pun," jawab Farhan Ruzaini. Senada.

"Jangan buat saya macam ni Farhan. Saya takut. Saya tak pernah dengan mana-mana lelaki. Tolong la..." Marina merayu. Dia menarik tangan Jai supaya melepaskannya tapi lelaki itu enggan.

Dahi Farhan Ruzaini berkerut. Betul ke Marina tak pernah dengan mana-mana lelaki? Kalau aku tolak dia ke Jai macam tu sahaja aku yang kempunan. Bisik hati kecilnya.

"Jai." Panggilnya.

"Apa?" soal Jai.

"Berapa harga untuk anak dara?"

Jai menghamburkan gelak. "Kau biar betul ni Far? Kau serahkan dia dekat aku lepas tu kau nak ambil dia balik. Macam tu?"

"Tak. Aku takkan ambil dia balik. Cuma malam ni aku akan jadi klien pertama dia," ujar Farhan Ruzaini.

"Kejap... perempuan ni kau kutip mana sebenarnya Farhan?" soal Jai. Dia mula merasakan sesuatu setelah melihat raut wajah rakannya itu.

Tanpa berbasa-basi, Farhan Ruzaini jujur. "She is my wife. Aku terpaksa kahwin dengan dia sebab nak jaga maruah keluarga aku. At the end of the day pertunangan aku dengan Mia putus macam tu aja dan aku kehilangan Mia. Selamanya."

"Apa?" Jai terkejut. Dia tidak menyangka Farhan Ruzaini sekejam itu. Sanggup menggadaikan isteri sendiri demi menebus kembali kebaikannya.

"Kau jangan salah anggap. Dia cuma isteri pakai buang aku. Aku tak anggap dia isteri aku. Kalau aku anggap dia isteri. Dia takkan ada dekat sini sekarang. Kau tak payah nak tahu lebih-lebih. Just beritahu aku. Berapa harga anak dara?"

Terpejam rapat mata Marina. Ya Allah... kau bantulah hamba-Mu ini. Aku tak nak dijadikan pelacur oleh suami sendiri. Kau lembutkan la hati suamiku untuk memaafkan aku. Tolonglah, Ya Allah.

"Ayam-ayam aku semua bukan dara. Tapi kalau kau nak aku letak harga. One night stand as a husband aku letak dua puluh ribu. Kau okey?"

"Deal!" Sejurus itu lengan Marina ditarik. Terlepas tangan Jai daripada pinggang Marina. Farhan Ruzaini menolak tubuh gemuk itu ke dalam bilik yang diterangi dengan lampu merah. Tubuh Marina dihumban ke atas sofa.

Marina cuba bangun tetapi tenaga Farhan Ruzaini lagi kuat. Pipinya ditampar beberapa kali sehingga tepi bibirnya berdarah.

"Kau jangan nak melawan aku Marina! Selama ni aku bagi muka dekat kau. Kau berani melawan aku. Kali ni tak lagi! Alang-alang Mia buat keputusan untuk tinggalkan aku. Aku pun buat keputusan untuk lacurkan kau!" Herdik Farhan Ruzaini.

"Saya isteri awak!" Jerit Marina.

"Isteri pakai buang!" Bidas Farhan Ruzaini. Dua botol arak yang ada di atas meja dicapai. Penutupnya dibuka. Rahang Marina dicekak sehingga perempuan itu mengangakan mulutnya. Dituang air kencing syaitan itu ke dalam mulut isterinya. Marina tersedak-sedak kerana enggan menelan air kencing syaitan itu.

Setelah memastikan perempuan itu lemah. Farhan Ruzaini bangun lalu menanggalkan pakaiannya. Dia nekad ingin menyetubuhi Marina untuk membuktikan sama ada perempuan itu masih dara atau tidak.

"Kalau kau tipu aku. Aku akan pastikan hidup kau semakin menderita. Kalau kau tak dara lagi. Aku akan pastikan kau merana seumur hidup kau! Tapi kalau kau masih dara. Biar aku tebuk dara kau dulu. Aku suami kau. Lepas tu baru kau berkhidmat untuk Jai," ujar Farhan Ruzaini di tepi telinga isterinya yang sudah lemah.

Marina tidak mampu melawan lagi kerana kepalanya pusing akibat air arak yang disuakan ke dalam mulutnya tadi. Dia dapat merasakan tangan kekar itu mengoyakkan baju kurung yang dipakainya. Dia dapat merasakan bibir basah suaminya mendarat di dadanya. Matanya terpejam rapat.

Melihat tiada penolakan daripada isterinya. Farhan Ruzaini semakin nekad ingin melunaskan nafsunya di tempat syaitan itu. Dia ingin merasai sendiri sama ada wanita yang dinikahi itu masih dara atau tidak. Bibir Marina dikucup semahu-mahunya. Sebelah tangannya berusaha membuka kancing seluarnya.

"Aku akan pastikan kau kenal siapa aku Marina," ujarnya bernada sinis. Malam itu secara rasminya dia melepaskan kehendak batinnya ke atas tubuh perempuan yang amat dia benci.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now