BAB 17

365 33 8
                                    

"AKU terima nikahnya Marina binti Ahmad Muzammil dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit dibayar tunai."

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Ketika masing-masing menadah tangan untuk mengaminkan doa. Marina pula tidak tahu hendak buat apa. Dunianya seolah-olah Dejavu. Hari yang dia tidak mahu lalui akhirnya menampar pipinya sendiri. Sekelip mata dia sudah bertukar status. Daripada bujang menjadi seorang isteri. Isteri kepada lelaki yang tidak mencintainya.

"Tadah tangan tu." Puan Raudhah mencuit bahu anak perempuannya. Bukan dia tak nampak Marina banyak termenung dari tadi. Dia tegur barulah Marina menadah tangannya.

Ketika proses pembatalan air sembahyang ingin dimulakan. Marina jadi tidak senang duduk. Sesekali dia pandang adik-adiknya yang duduk di sudut hujung masjid. Kemudian dia pandang pula abangnya yang duduk bersebelahan dengan Tuan Hakim. Bibir dikebam. Nanti dia kena cium dahi aku la, kan? Bisik hati kecilnya.

Kebiasaannya dalam drama Melayu yang dia tonton begitu. Asalkan ada proses pembatalan air sembahyang mesti pengantin lelaki akan mengucup dahi pengantin perempuan. Ah, dia tak ready!

Farhan Ruzaini mencapai sebentuk cincin permata swarovski lalu disarungkan ke jari manis isterinya. Dia mencebikkan bibir. Bukan main besar lagi jari perempuan ni. Hodoh. Gerutu hati kecilnya. Kemudian Marina turut berbuat perkara yang sama.

"Cium la dahi isteri tu. Boleh photographer tangkapkan gambar." Encik Muzammil mengarahkan Farhan Ruzaini supaya mengucup dahi anaknya.

"Perlu ke?" Tanya Farhan Ruzaini. Tanpa sedar soalan itu agak biadab di pendengaran Encik Muzammil.

"Kahwin ni sekali seumur hidup. Apa salahnya cipta moment bahagia masa majlis. Nanti ada anak boleh la kenang sama-sama," ujar Encik Muzammil.

"Betul tu." Tuan Hakim menyokong kata-kata besannya. Sesekali Farhan Ruzaini memang patut disekolahkan supaya sedar diri.

"Tapi bukan pak cik kahwin dua kali ke? Pak cik ceraikan emak Marina lepas tu kahwin dengan emak tiri dia. Betul, kan? Dah tu mana datangnya kahwin cuma sekali? Andai kata saya dah puas pakai anak pak cik ni. Saya nak kahwin lagi, itu hak saya. Betul?" Selar Farhan Ruzaini bersahaja. Sedikit pun dia tidak gentar dengan orang-orang yang berada di hadapannya.

Suasana majlis berubah hening. Terlahirnya rasa marah dalam hati masing-masing. Paling jelas sekali di muka Mustaqim. Bagi Mustaqim, kata-kata Farhan Ruzaini agak melampau.

"Marina ni bukannya patung kau nak pakai dia puas-puas lepas tu nak buang dia. Kami serahkan Marina kepada kau untuk kau didik dia. Untuk kau dan dia ambil tanggungjawab di atas kesalahan yang masing-masing dah buat," ujar Mustaqim.

"Sebagai seorang abang. Aku takkan benarkan kau apa-apakan adik aku. Termasuk la menitisnya air mata dia. Aku tak akan benarkan. Aku sendiri pun tak pernah naik tangan dekat Marina, Armin dan Arman. Kau jangan macam-macam." Sambungnya.

"Betul tu. Ambil tanggungjawab untuk muhasabah diri. Jangan ego dan anggap diri tu terlalu sempurna. Semua yang awak ada. Semuanya pemberian Allah SWT." Tambah Puan Raudhah.

"Eh, itu pendapat I. Siapa pun tak boleh halang. Semua orang ada pendapat masing-masing." Selar Farhan Ruzaini lagi.

"Make sure pendapat tu logik dan matang. Bukan menyakitkan hati orang." Mustaqim membidas lagi kenyataan adik iparnya.

"She is my wife. I ada hak ke atas dia. You memang abang dia. Tapi you jangan lupa. Syurga adik you di bawah tapak kaki I. So simpan aja la rasa marah you tu Mustaqim. Tak guna pun you nak luahkan," ujar Farhan Ruzaini. Dia mula menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami.

"Sudah! Sampai bila nak bertikam lidah? Tak malu ke orang luar tengok? Far pun... jangan melampau sangat. Papa tak pernah ajar Far jadi sebiadab macam ni!" Herdik Tuan Hakim yang sejak tadi membisukan diri.

"Betul tu Farhan. Apa yang jadi ni atas kehendak Dia. Reda aja. Sekarang ni Far dah jadi suami orang. Didik isteri tu baik-baik. Berubah la Far. Far dah besar bukan kecil lagi," ujar Farhana. Sejujurnya dia amatlah tidak berkenan dengan sikap bongkak tak bertempat adiknya itu.

Farhan Ruzaini panas hati ketika tidak ada sesiapa membela kenyataannya. Kalau arwah mama ada lagi mesti mama dah membelanya. Sakit hati dengan respons semua orang yang mendesaknya supaya mengikhlaskan apa yang terjadi, Farhan Ruzaini segera mencengkam dagu Marina. Bukan pipi yang dikucup sebaliknya bibir. Membuntang mata perempuan itu.

"Farhan! Kalau ya pun dah sangap sangat jangan buat depan orang!" Tengking Tuan Hakim. Ya Allah... apa kenalah dengan anaknya ni.

Farhan Ruzaini mengelap bibirnya selepas mengucup bibir Marina. "Tadi beria-ia sangat suruh cium. Konon photographer nak ambil gambar. Boleh kenang moment manis ni, kan? I do my work."

Sakit kepala Tuan Hakim dibuatnya. Farhan Ruzaini ni boleh tahan melampau juga. Silap hari bulan memang makan penamparnya.

"Dah la cepat la habiskan majlis ni. I dah panas." Farhan Ruzaini kembali ke tempat duduknya. Dia duduk membelakangkan isterinya yang masih diam tidak berkutik. Marina masih terkejut dengan tindakannya tadi, mungkin?

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now