BAB 7

330 22 0
                                    

BALIK sahaja kerja Farhan Ruzaini mengeluh. Dia sakit hati dengan tukang cuci itu. Kalau difikirkan semula macam manalah dia boleh terpegang tangan wanita itu. Tercemar kesucian tangannya. Yang boleh bersentuhan kulit dengan dia cumalah Mia Sara. Bukan wanita lain.

"Balik dah." Tuan Hakim melabuhkan punggungnya di atas sofa kulit yang baru dibelinya semalam. Saja-sajalah dia tengok Shopee. Tak sangka pula boleh terbeli sofa kulit itu.

"Dah. Kenapa, pa?" Farhan Ruzaini turut menghempas punggung di sebelah bapanya.

"Papa nak bincang pasal annual dinner syarikat kita tu. Semuanya dah siap belum?" Mata Tuan Hakim melirik anak lelakinya. Dia risau kalau Farhan Ruzaini serabut untuk menguruskan event besar sendirian.

"Bahagian marketing akan uruskan semuanya. Far ingat nak jemput Nabila Razali jadi artis undangan. Mia, kan minat dia sangat," jawab Farhan Ruzaini.

"Jangan lepaskan tangan pada pekerja. Far kena ambil tahu juga pasal persiapan event tu. Kena double check. Kalau nak papa bantu beritahu papa."

"Eh, tak payah la papa. Far boleh uruskan. Papa duduk la diam-diam. Papa tu dah tua. Kesihatan papa lagi penting." Lembut Farhan Ruzaini menolak pelawaan bapanya.

Tuan Hakim melepaskan keluhan. Kesian Farhan Ruzaini. Tenaganya betul-betul dikerah untuk syarikat sedangkan anak lelakinya itu perlukan me time juga. Dia amat berharap anak gadisnya pulang cepat-cepat. Boleh la bantu Farhan Ruzaini.

"Yalah... kalau ada kakak kamu mudah sikit. Dua otak, dua kepala uruskan syarikat."

"Alah... tu fikir nanti la papa. Biarkan la kakak tu. Selagi Far ada kudrat. Biar Far handle business ni dulu."

Tuan Hakim meneliti raut wajah anak lelakinya. Muka Farhan Ruzaini memang iras mukanya. Anak bapalah katakan. Dulu waktu dia muda-muda pun dia boleh tahan kacak orangnya. Itu yang arwah isterinya terpikat.

"Hubungan Far dengan Mia macam mana? Dah pelan nak buat apa? Tunang ke kahwin terus?"

"Far rasa hujung minggu ni nak bawa papa dengan Mak Cik Rafia jumpa keluarga Mia Sara. Merisik. Itu hari kita orang dah bincang pa. Sebab keluarga Mia nak suruh Mia kerja di luar negara kalau kami tak kahwin. Tak pun disuruhnya Mia kahwin dengan lelaki lain. Tak sanggup Far." Beritahu Farhan Ruzaini bersungguh-sungguh.

Tuan Hakim melorekkan senyuman. Itulah yang dia takutkan saban hari. Dia gusar kalau anak lelakinya terlepas Mia Sara. Sebab itulah dalam hubungan cinta tidak boleh terlalu lama.

"Sebab tu la papa suruh Far halalkan Mia cepat-cepat. Tengok... ibu dengan ayah dia dah bersuara. Ni papa nak tanya. Far dah telefon Mak Cik Rafia belum? Beritahu dia yang Far nak merisik Mia."

"Belum lagi pa. Tengok la esok Far cuba telefon dia," jawab Farhan Ruzaini. Rambutnya disebak ke belakang.

Tuan Hakim mengangguk mengiakan. Telapak tangannya bergerak naik merangkul bahu anak lelakinya. Tiba-tiba dia terasa nak bagi kata-kata motivasi yang entah motivasi ke tidak untuk lelaki itu.

"Far nak tahu tak macam mana papa boleh kahwin dengan arwah mama kamu dulu?"

"Macam mana?"

"Dulu papa susah. Tapi arwah seorang aja yang tahan dengan sikap baran papa. Yang sabar dengan papa dalam keadaan papa tak ada apa-apa harta pun. Arwah mama kamu memang wanita paling hebat dalam hati papa." Tersenyum Tuan Hakim ketika menceritakan tentang isteri tercintanya yang kini sedang bahagia di samping Ilahi.

"Sampai la satu saat arwah atuk dengan nenek Far bagi papa kata putus. Sama ada nak kahwin dengan mama atau lepaskan mama. Sebab apa? Bercinta lama-lama ni tak elok. Kita lelaki ni tak apalah. Tapi orang perempuan ni lain. Perempuan nakkan kepastian." Sambung Tuan Hakim.

"Lepas tu apa papa buat?" Tanya Farhan Ruzaini.

"Takkan papa nak lepaskan mama, kan? Mestilah papa usahakan sehabis baik untuk kahwin dengan mama. Tapi nasib baik la arwah atuk dengan nenek tu okey orangnya. Tak minta hantaran tinggi-tinggi. Cuma uruskan mana yang wajib," jawab Tuan Hakim.

Farhan Ruzaini melorek senyuman kecil. Dia berharap kisah cintanya seperti kisah cinta papa dan arwah mamanya. Buktinya. Cinta sejati itu di bawa ke mati.

"Cinta tu indah. Sangat indah jika dicorakkan oleh orang yang tepat. Ambil dia dengan penuh keberanian atau lepaskan dia dengan penuh keikhlasan. Tapi sebagai lelaki, kalau kita betul cintakan perempuan tu cepat-cepatlah halalkan. Cinta yang halal tu lagi diredai dan bahagia. Adanya cinta yang halal automatik kita akan belajar erti tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan cinta tu sebaik mungkin." Berjela-jela Tuan Hakim mengeluarkan falsafah kehidupannya.

"Insya-Allah papa. Terima kasih atas nasihat tu." Farhan Ruzaini bangkit dari duduknya. Dia dah penat sangat. Mata pun dah nampak bantal. Seronoknya kalau dapat tidur. Sebelum beredar ke kamarnya, tangan lelaki tua itu dikucup mesra.

ISTERI PAKAI BUANGWhere stories live. Discover now