Bab 4

14.8K 749 4
                                    

Sampai sahaja di depan rumah. Alvin mematikan ejen keretanya. Dia memandang ke arah Gabriella yang nyenyak tidur sambil tersenyum. Alvin membuka pintu keretanya dan bergerak ke arah pintu Gabriella.

"Haish dia ni. Boleh pulak tidur."

Alvin melihat setiap muka Gabriella. Cantik. Manis. Nampak comel bila dia tidur. Alvin mengangkat Gabriella dengan gaya bridal style.

"Tak sangka kau berat. Nasib aku kuat" kata Alvin sambil ketawa kecil.

Ish. Mamat ni sempat lagi kata aku berat nak aja aku bangun ketuk kepala dia. Padan muka kena angkat aku. Apa? kau fikir aku tidur betul-betul ke? Huh? Memang tadi aku tidur tapi dah sedar. Saja pura-pura tidur sebab taknak hadap mamat kacak kat dalam rumah tu. Habis nanti aku kena denda. Baik aku pura-pura tidur. Haha. Gelak evil jap.

"Alvin!"

Benny yang melihat Alvin dukung Gabriella terus berlari ke arahnya.

"Kau boleh senyap tak? Kau tak nampak ke Bella tengah tidur? Tolong aku bukak pintu bilik dia."

Benny hanya tersengih.

Dia terus melangkah menuju ke bilik Gabriella dan membukakan pintu.

Alvin meletakkan Gabriella di tilam dan menarik selimut menutup separuh badan Gabriella. Sebelum Alvin bereda, Alvin sempat membisik ke telinga Gabriella.

"Aku tau kau pura-pura tidur Gabriella."

Alvin melangkah keluar dari bilik Gabriella dan menutup pintu.

Aku terus membuka mata. Terkejut weh! Dia tau aku pura-pura tidur. Nasib dia baik. Huh. Selamat lah kau Gabriella. Setelah itu aku terus menyambung tidur. Kali ni tak pura-pura. Kali ni betul-betul. Sebab aku letih hari ni. So nak rest.

"Macam mana?" soal Benny.

"Apanya macam mana?" soal Alvin pula.

"Ish. Kau ni. Kau tau tak.."

Belum sempat Benny menyambung ayatnya Josh keluar dari biliknya.

"Mana Bella?" tanya Josh.

Alvin hanya buat tidak endah dengan pertanyaan Josh. Dia masih lagi sakit hati dengan sikap Josh yang selalu ambil berat tentang Gabriella. Alvin memusingkan badannya dan masuk ke biliknya. Cemburu? mungkin?

"Bella ada kat bilik dia. Tadi waktu balik Bella tertidur kat kereta." kata Benny.

"Sapa angkat dia? Kau?" tanya Josh lagi.

"Alvin lah. Gila ke kau aku yang angkat. Aku taknak cari mati weh."

Benny tersengeh.

Josh memandang Benny dengan pandangan menyampah.

"Dah lah. Aku nak masak dulu."

Benny pergi tinggalkan Josh sendiri. Josh masuk ke biliknya semula.

Aku duduk di tepi katil. Aku menutup muka dengan kedua tapak tangan aku. Masih geram lagi dengan kejadian pagi tadi. Sedang aku mengawal emosi, terdengar seseorang membuka pintu bilik dan menutupnya semula.

"Kau dah kenapa?" tanya Kevin
sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

Aku hanya diam.

"Pasal tadi pagi huh?" tanya Kevin sekali lagi.

Aku mengangkat muka memandang ke arah Kevin. Kevin tersenyum sinis apabila tekaannya betul yang Alvin tengah cemburu.

"Come on. Alvin. Josh takkan rampas Bella dari kau punya. Lagi pun Bella nanti jadi milik kau jugak kan. Dia cuma risau je. Kalau aku pun marah kau kata macam tu. Lagi-lagi kalau Eric. Rasanya kalau Eric ada kau dah kena belasah habis-habis dah dengan dia." kata Kevin.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now