Bab 94

8.8K 553 73
                                    

Selepas sahaja berjumpa dengan Leo, Rossa menuju ke rumah penginapan Raja Hendri. Sampai sahaja,Rossa terus masuk ke dalam.

"Eh Bella." tegur Edward.

"Bella ada benda nak cakap." kata Rossa.

Penutup kepalanya di tarik ke belakang lalu duduk di sofa.

"Ada masalah ke?" soal Raja Hendri.

"Kamu nampak tak sihat Bella." kata Kirana pula.

"Jangan risau. Bella sihat je."

"Apa yang kamu nak cakapkan?" soal Raja Hendri lagi.

"Kita perlu pergi ke Kerajaan Kristal."

"Buat apa?" soal Romeo.

"Musuh dah tahu di mana letaknya lorong yang bersambung ke dunia lain. "

Dahi Raja Hendri berkerut.

"Kejap. Lorong? Wujud lagi ke?" soal Raja Hendri.

"Keenam enam lorong tu wujud. Cuma di sembunyikan." kata Kirana.

"Bila nak pergi?" soal Mark.

"Sekarang. Kita kena gerak sekarang."

"Baiklah. Auntie akan sediakan kenderaan untuk kamu semua pergi."

"Tak Auntie. Auntie dengan Diana akan ikut sekali."

"Kenapa?" soal Kirana.

"Robert akan ke sini. Dia cuba untuk menangkap Alvin. Kalau Auntie tak ikut sekali, Auntie dengan Diana akan dalam bahaya." terang Rossa.

"Baiklah. Kalau macam tu semua siap siap berkemas. Kita akan gerak sekarang." kata Raja Hendri.

Sampai sahaja di rumah Auntie Kirana, Auntie Kirana terus sahaja mengemas barang barangnya yang penting.

"Clara, Diana dengan Marsha tak balik lagi ke?" soal Rossa.

"Belum. Kejap lagi balik la tu."

"Kiteorang dah balik." jerit Diana.

Rossa terus sahaja mengahampiri Marsha dan Diana.

"Tepat pada masanya. Siap siap kita akan pergi."

Dahi Diana berkerut.

"Ke mana?" soal Diana.

"Kita kena pergi ke Kerajaan Kristal. Nanti dalam kereta aku cerita. Kita dah tak ada masa."

"Okayh."

Diana terus bergerak ke tingkat atas. Manakala Marsha masih lagi tidak bergerak.

"Marsha kali ini kau kena guna kuasa kau."

"Tapi kau tau kan bahaya kalau aku guna."

"Jangan risau. Kau sekarang boleh guna kuasa kau dah. Kau tak perlu sembunyikan nya."

"Jadi kau nak aku buat apa ni?"

"Aku nak kau pergi ke Kerajaan Wings. Bawa Uncle Dirga dan Eric. Nanti jumpa dekat Sungai Grieg. Aku dengan yang lain akan tunggu kat situ."

"Okayh. Aku akan pergi sekarang."

Baru sahaja Marsha ingin pergi, Rossa menyentuh lengan Marsha.

"Ada lagi?" soal Marsha.

"Ajak Kevin. Aku takut kau dalam bahaya. Setidaknya ada yang akan lindungi kau."

Marsha menganggukkan kepalanya. Kemudian dia pergi.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now