Bab 42

8.2K 559 4
                                    

Selesai sahaja makan, mereka semua bergerak pergi ke taman tema. Di situ terdapat banyak jualan murah dan permainan dengan lampu yang berwarna warni menerangi waktu malam membuatkan nampak lebih indah.

Marsha sedar dengan sikap Gabriella yang berubah sejak dari kedai Aquania. Semasa makan tadi pun dia hanya diam. Selalunya dia yang paling ceria. Tapi sampai sahaja di taman tema, Gabriella tersenyum semula. Marsha berasa lega bila dia sudah tersenyum semula.

"Wah! Banyaknya permainan kat sini!" jerit Gabriella jakun.

Mereka semua memandang Gabriella yang tiba tiba sahaja ceria. Tadi bukan main senyap je.

"Bising lah. Kau tak nampak ke semua orang tengok." kata Alvin.

"Peduli apa aku." kata Gabriella perlahan lalu memandang tempat lain.

Alvin yang mendengar hanya mampu bersabar saja. Nak je dia tarik telinga Gabriella nasib baik si Eric ni ada. Kalau tak putus telinga dia tuh.

"Hai!"

tegur seseorang dari belakang. Mereka semua menoleh termasuk Gabriella.

"Yora!" jerit serentak Marsha dengan Gabriella.

Mereka bertiga berpelukkan.

"Bella kau dah okayh ke?" soal Yora selepas mereka bertiga melepaskan pelukkannya.

Gabriella mengangguk sambil tersenyum. Yora memeluk Gabriella sekali lagi.

"Baguslah kau okayh. Aku risau tahu tak." kata Yora yang masih memeluk Gabriella.

"Aku okayh. Jangan risau." kata Gabriella.

Yora melepaskan pelukannya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Gabriella.

"Lah. Dieorang yang ajak aku pergi sini sebab tu aku ada dekat sini."

Gabriella memandang mereka semua lalu memandang Yora semula.

"Aku tadi tak dapat ikut teman beli baju tadi, sebab aku ada hal. Aku dah cakap dekat dieorang yang aku nanti terus pergi taman tema je." kata Yora apabila melihat Gabriella kehairanan.
Gabriella mengangguk paham.

"Alah. Aku alone lah ni? Mak ai sedih hidup." sampuk Benny.

Mereka semua ketawa.

"Mana pasangan kau Benny? Takkan tak jumpa lagi?" soal Eric.

Benny menelan air liurnya. Aduh aku nak cakap apa ni. Takkan nak tipu.

"Er. Entahlah. Aku tak dapat lagi ciri pasngan aku." bohong Benny.

"Lamanya."

Benny hanya menjungkit bahu saja.

"Alah Benny kita bukan berpecah pun. Kita main sama sama kan?" soal Gabriella.

"Tak." serentak mereka berempat kecuali Benny, Jessica, Marsha dan Yora.

"Kenapa tak?"

"Sebab kena berpasangan. Mana best kalau ramai ramai." kata Kevin.

"Memang kena eh?"

mereka berempat mengangguk serentak. Gabriella yang melihat Benny hanya diam mula rasa timbul kesian. Tiba tiba muncul satu idea.

"Er. Okayh. Tapi aku nak pergi tandas dulu. Kat sini ada tandas tak?"

"Ada." kata Marsha.

"Hah kalau macam tu Marsha kau teman aku jom."

"Aku nak ikut." kata Yora.

"Tak payah lah. Kau dengan dieorang je. Aku cuma nak pergi tandas bukan nak pergi mana pun."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now