Bab 7

12.6K 633 6
                                    

Malam yang di nanti nantikan oleh mereka. Semua sudah berkumpul di halaman belakang rumah. Gabriella hanya membawa beg yang berisi buku diari ibunya dan album. Hatinya berdebar debar. Di dalam otaknya mula berfikir macam-macam hal.

"Ok. Sekarang aku nak bukak pintu dimensi tapi sebelum tu.. Bella jangan pernah lepas pegangan dengan Alvin tau. Pegang sekuat mungkin sampai kita lepas dari lorong dimensi ok." kata Eric.

Gabriella hanya mengangguk lalu memegang lengan Alvin dengan erat.

Eric mula membaca ayat yang pelik beberapa kali. Selepas itu muncul sebuah pintu yang mengeluarkan cahaya putih membuatkan mata Gabriella silau.

Setelah itu, Eric, Josh, Kevin dan Benny mula masuk ke dalamnya. Alvin dan Gabriella juga turut mengikut dari belakang. Perasaan Gabriella semakin menjadi jadi. Hatinya mula merasa gelisah. Walau macam mana pun dia tetap melangkah ke arah pintu itu.

Sampai sahaja di depan pintu, aku memberhentikan langkahku. Alvin yang berada di sebelah aku memandang ke arah aku sambil mengangkat keningnya sebelah. Aku mengabaikan saja pandangannya. Yang penting sekarang aku kena berani tetapi kaki aku tetap tak nak bergerak seolah-olah kaki aku di gam.

Alvin yang melihat Gabriella ketakutan mula memeluk pinggang Gabriella membuatkan Gabriella memandang ke arahnya. 

"Jangan takut." kata Alvin berbisik.

Gabriella mengangguk lalu melangkah masuk bersama Alvin. Pintu itu mula menutup secara perlahan dan menghilang begitu saja.

Mereka mula berjalan. Rantai yang berada di leher Gabriella mula bercahaya membuatkan Gabriella terkejut.

"Tak payah terkejut sangat. Rantai tu melindungi badan kau daripada kena tarik." kata Alvin sambil tersenyum sinis.

Gabriella yang melihat Alvin tersenyum sinis mula naik menyampah. Dia mengambaikan saja kata-kata Alvin. Kalau tak di sebabkan takut dia takkan berdiam diri.

Setengah jam berjalan. Akhirnya sampai juga dipenghujung jalan. Terlihat sebuah pintu yang bercorak bunga. Tak lama kemudian pintu itu terbuka lalu mereka dengan pantas keluar dari ruang dimensi itu.

Gabriella terpegun melihat persekitarannya. Pemandangan yang sangat cantik dan bandar yang sangat menarik. Alvin yang berada di sebelahnya terus mematikan lamunan Gabriella.

Ish mamat ni! Aku baru nak menikmati suasana ni dia pulak kacau. Tanpa buang masa Gabriella meninggalkan Alvin di belakang. Malas lama-lama dengannya. Menyakitkan hati je.

"Macam mana? Cantik?" soal Eric setelah dia melihat Gabriella ke arahnya.

"Cantik. Cantik sangat." Kata Gabriella sambil tersengih menampakkan giginya.

"Dah jom. Kita gerak. Orang istana dah lama tunggu ke datangan Bella." kata Eric.

Gabriella mengangguk. Mereka mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut.

Sampai sahaja di pintu istana, mereka semua keluar dari perut kereta. Terlihat pembantu rumah berbaris sambil menunduk sewaktu berjalan masuk ke dalam istana.

"Welcome Princess Bella." kata seseorang yang serupa dengan Ayah Gabriella.

Gabriella hanya tersenyum kelat.

"Kenalkan nama uncle, Hendri Senly. Uncle adik kepada Herry Senly iaitu ayah kamu."

Hendri memperkenalkan dirinya.

Gabriella hanya mengangguk. Patut lah muka sama. Jadi ni lah orang yang di ceritakan Eric.

"Maria!" jerit Hendri.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now