Bab 41

8.6K 515 13
                                    

Di istana Ruth.

"Swarde!" panggil Raja Jason.

"Ada apa Raja?" soal Swarde selepas menunduk hormat.

"Kau sudah jumpa caranya?"

Swarde menggelengkan kepalanya.

"Maaf Raja. Saya masih belum dapat menjumpai cara untuk masukkan mereka ke sini."

Raja Jason merengus geram.

"Sampai bila aku perlu tunggu! Kita tak ada banyak masa! Aku kena masukkan mereka sebelum kelahiran pewaris seterusnya!" tengking Raja Jason.

"Saya tahu Raja. Tapi bukan kerja senang nak masukkan mereka."

"Aku tak peduli! Aku nak kau cari juga walau macam mana sekali pun! Kau paham?!"

Swarde mengangguk paham.

"Saya akan cari sampai dapat. Raja tak perlu risau."

"Baiklah. Kau boleh keluar."

Swarde menunduk lalu melangkah pergi.

"Ini ke shopping mall?" soal Gabriella apabila mereka sudah sampai di tempat yang di tuju.

"Yup kenapa?" soal Eric.

"Macam istana je. Cuma yang ni ramai orang."

Mereka semua ketawa.

Gabriella sudah berkerut.

"Haih kau ni Gabriella. Dah nama shopping mesti lah ramai orang. Raja dekat seluruh dunia ni memang sengaja buat bentuk macam istana biar nampak menarik sikit. Nama tempat ni Shopping Castle bukan shopping mall." kata Josh pula.

Gabriella tersengih

"Tak sangka kat sini pun maju macam kat dunia Swirtens walaupun masih sistem beraja."

"Mestilah. Raja yang lain nak menaik tarafkan dunia Wingstone ni jadi lebih maju tapi ayahanda tak setuju. Ayahanda kata lebih baik naik taraf yang penting je. Sebab tu masih lagi nampak macam zaman lama."

Gabriella terangguk angguk. Tiba tiba Gabriella melihat seseorang manaiki kereta kuda.

"Kenapa orang tu naik kereta kuda? Kenapa tak naik kereta macam kita?" soal Gabriella.

Mereka semua memandang ke arah kereta kuda itu.

"Ouh yang tu. Kalau naik kereta kuda tu untuk rakyat biasa." jawab Eric.

"Tapi.."

"Kau datang sini nak shopping ke nak bertanya?" sampuk Alvin apabila dia sudah naik bosan dengan soalan Gabriella.

Penat tahu tak berdiri.

"Alah. Nak tanya pun salah." rungut Gabriella.

"Tak apa Gabriella. Nanti balik istana, Bella tanya je dekat kak Jess apa yang Bella nak tahu. Okayh?" kata Jessica.

Gabriella tersenyum lalu dia mengangguk.

"Dah jom masuk."

mereka semua melangkah masuk ke dalam Shopping Castle.

Setelah berjalan mengelilingi shopping castle akhirnya mereka berhenti di sebuah tempat yang bernama Aquania iaitu kedai suit dan tuxedo.

"Banyak banyak tempat kita pusing kat sini jugak korang pilih? Lebih baik je tadi terus pergi sini. Punyalah cari sampai ke tingkat atas akhir sekali kat tingkat bawah yang korang pilih. Haih korang ni." bebel Jessica.

Marsha dengan Gabriella hanya ketawa saja.

"Alah. Saja je nak jalan jalan dulu. Lagi pun kita kan nak bagi Gabriella tengok satu shopping castle ni. Biar dia rambang mata." kata Kevin.

Gadis Berdarah Suci (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant