Bab 35

8.7K 547 6
                                    

"Kita dah sampai. Bunga tu kat kawasan mana?" soal Alvin.

"Eh kau ni. Apa kebangang sangat lah. Kau tak nampak ke laut tu. Kat situ lah." kata Kevin sambil menunjuk laut.

Alvin hanya tersengih sahaja.

"So, macam mana nak pergi dalam laut tu? Kau tau kan kita ni manusia boleh mati lemas kalau masuk." kata Alvin.

"Kita tak payah masuk. Saya ada kawan kejap lagi dia sampai." kata Marsha.

Kevin dengan Alvin berkerut. Sejak bila Marsha ada kawan mermaid pulak ni. Marsha yang perasan dengan reaksi muka Alvin dengan Kevin hanya tersengih sahaja.

"Kau ada kawan? So, kau pernah pergi sini lah?" soal Alvin.

Marsha mengangguk.

"Kalau ada masa lapang saja pergi sini." kata Marsha.

Dari jauh terlihat seorang perempuan sedang berjalan ke arah mereka bertiga.

"Maaf membuat kamu bertiga menunggu." kata perempuan itu.

"Hai Aurel. Dah lama tak jumpa. Rindu dekat kau." kata Marsha lalu memeluk perempuan yang bernama Aurel itu.

Aurel membalas pelukan Marsha.

"Aku pun. Fikirkan dah tak ingat aku." kata Aurel lalu melepaskan pelukan.

"Mana ada. Ohya. Ini Prince Kevin dan Prince Alvin."

Marsha memperkenalkan Kevin dan Alvin kepada Aurel.

"Selamat datang ke dunia mermaid Prince Kevin dan Prince Alvin." kata Aurel lalu membungkuk tanda hormat.

"Eh. Tak perlu panggil Prince. Panggil je Kevin dengan Alvin." kata Kevin.

"Baiklah Kevin." kata Aurel.

Alvin hanya memandang Aurel dengan padangan kosong. Itu dah memang sikap dia dengan orang yang baru kenal. Memang tak hairan lah kalau tunjuk muka macam tu.

"Aurel. Boleh tolong aku tak?" soal Marsha.

"Apa dia?"

"Aku perlukan bunga Crominika." kata Marsha.

Aurel diam sejenak.

"Kau tau kan bunga Crominika hanya untuk... Kejap. Dekat dunia korang ada manusia biasa ke?" soal Aurel.

Mereka bertiga mengangguk.

"Baiklah. Saya akan mendapatkannya. Tapi dengan bersyarat." kata Aurel.

"Apa dia?" soal Kevin.

"Syarat itu akan kamu tahu apabila berjumpa dengan ratu kami. Saya pergi dulu untuk mengambil bunga Crominika."

mereka bertiga mengangguk lalu Aurel kembali semula ke laut.

"Eh? Mana Alvin, Kevin dengan Marsha?" soal Yora.

"Entah lah. Setau aku tadi dieorang bertiga ada dekat sini." kata Benny.

Mereka semua sudah berada di bilik Gabriella. Yora melihat Gabriella terbaring lemah dengan muka yang sangat pucat.

"Bella bangun lah." kata Yora sedih.

"Kalau tak di sebabkan aku Gabriella takkan macam ni." kata Diaz.

Eric memegang bahu Diaz.

"Bukan salah kau pun. Dia yang degil sangat nak sambung lawan. Kalau dia tak sambung dia dah boleh sembuh. Tak adanya jadi macam ni."

Eric cuba hilangkan rasa bersalah Diaz.

"Betul tu. Kau tak boleh salahkan diri sendiri. Bukan salah kau sorang je. Salah kiteorang juga tak halang Gabriella." kata James pula.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now