Bab 50

8K 490 3
                                    

"Kau nak apa?"

lelaki itu tersengih.

"Nampaknya kau dah tak takut." kata lelaki itu.

Gabriella mencebik.

"Kau kacau aku tidur lah." rungut Gabriella.

"Sorry. Tapi aku terpaksa bangunkan kau."

"Tapi perlu ke bangunkan aku dengan mimpi buruk kau tu? Macam tak ada cara lain pulak nak bangunkan aku." bebel Gabriella.

"Dah baik kau diam. Aku nak tolong kau ni. Dah kira Bagus aku nak tolong kau, kalau tak aku biarkan je mak kawan kau tu."

terbutang mata Gabriella mendengar ayat lelaki itu.

"Apa maksud kau?"

"Mak kawan kau dalam bahaya. Dia sekarang dalam bahaya. Dia sedang di buru oleh beberapa musuh tadi petang." kata lelaki itu.

"Apa?!" jerit Gabriella.

"Woi. Agak Agak lah. Kau nak orang lain bangun ke?"

Gabriella terus menutup mulutnya.

"Maksud kau Maria ke? Ibu kepada Marsha?" soal Gabriella perlahan.

Lelaki itu mengangguk.

"Petang tadi dia ada dekat pasar, nak gerak balik ke istana. Tapi masa dia jalan nak balik dia kena serang."

"Habis tu macam mana keadaan Maria sekarang? Dia kat mana? Tunjukkan dekat aku. Cepat." kata Gabriella dengan perasaan resah campur gelisah.

"Aku tak ada masa nak jawab soalan kau. Lebih baik sekarang kau tukar baju. Lepas tu ikut aku pergi dekat belakang istana." arah lelaki itu.

Gabriella tidak membantah. Dia terus pergi menukar bajunya. Selesai sahaja menukar baju, mereka berdua melangkah keluar dari bilik. Semasa mereka ingin menuju ke arah belakang istana, Gabriella ternampak dua orang pengawal sedang bertugas.
"Macam mana ni? Kalau kau terus je jalan nanti dieorang nampak." kata lelaki itu.

"Biar aku guna kuasa halimunan." kata Gabriella.

Lelaki itu hanya diam melihat Gabriella memejam matanya.

Anak mata Gabriella sudah berubah kepada warna ungu dan badan Gabriella juga tidak kelihatan. Mereka berdua mula bergerak melepasi dua pengawal itu dengan selamat. Sampai sahaja di belakang istana, Gabriella mengubah semula warna anak matanya kepada warna grey.

"Jadi, kita nak buat apa pergi belakang istana?" soal Gabriella.

"Kau nampak tak pintu besi tu?" kata lelaki itu sambil menunjuk pintu besi.
Gabriella menganggukkan kepalanya.

"Jom." kata lelaki itu lalu menuju ke pintu besi itu. Gabriella mengikuti langkah lelaki itu lalu membuka pintu besi itu namun terkunci.

"Aduh. Kunci lah pulak." rungut lelaki itu.

Gabriella tersengih melihat lelaki itu merungut. Gabriella menggunakan kuasa habanya untuk mencairkan kunci itu lalu pintu besi berjaya di buka. Mereka berdua mula keluar dari istana melalui pintu belakang. Gabriella menutup semula pintu itu lalu memandang hutan yang berada di depannya.

"Hutan? Kau nak bawak aku masuk hutan ke?" soal Gabriella kepada lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk saja.

"Kau gila ke apa. Dah lah gelap. Kalau ada binatang buas macam mana? Kalau aku dalam bahaya macam mana? Kau bukan boleh tolong aku nanti." bebel Gabriella.

Lelaki itu menutup telinganya.

"Sakit telinga aku dengar soalan kau tu. Aku tahu lah bahaya kalau tak bahaya tak adanya aku bawak kau." kata lelaki itu selamba.

Gabriella membuat muka toyanya. Boleh pulak macam tu.

"Kau jangan risau. Aku yakin kau tak akan apa apa selagi kau tak buat masalah. Jadi, jangan buat masalah kalau kau taknak penjaga hutan ni bangun."

"What?! Penjaga hutan?!" jerit Gabriella.

Lelaki itu terus menutup mulut Gabriella tetapi dia tidak dapat menyentuhnya.

"Hish! Nasib baik tak boleh sentuh. Kan aku dah cakap jangan bising." marah lelaki itu.

"Yelah."

"Jom gerak." kata lelaki itu lalu masuk ke dalam hutan.

Gabriella juga mengikuti lelaki itu masuk ke dalam  hutan.

Sudah setengah jam mereka berdua berjalan namun mereka tidak menjumpai Maria. Kata lelaki itu Maria lari masuk ke dalam hutan dan dia masih yakin yang Maria masih lagi berada di dalam hutan, kerana dia kata jika seseorang telah masuk ke dalam hutan ini tiada sorang pun akan berjaya keluar dari hutan ini sebab itulah dia yakin kalau Maria masih berada di hutan. Semasa Mereka berdua berjalan, tiba tiba sahaja lelaki itu menghilang. Gabriella mula merasa panik. Dia mengeluarkan bebola cahaya di sebelah tangan kanannya supaya bagi memudahkannya melihat.

"Weh! Mana kau?!" jerit Gabriella.

Tapi tiada sahutan dari lelaki itu.

"Hish! Tak boleh jadi ni. Aku kena teruskan cari Maria. Maria dalam bahaya ni. Tak guna punya lelaki. Main tinggal je aku. Eh kejap. Entah entah dia sengaja nak kena kan aku. Ish! Tak mungkin lah!" bebel Gabriella sendiri.

Masa macam ni lah dia nak membebel. Gabriella terus berjalan tanpa arah tuju sehingga lah dia berhenti di sebuah pokok.

"Argh! Penatnya." rungut Gabriella lalu duduk di bawah pokok.

Baru sahaja beberapa minit rehat, Gabriella ternampak sesuatu bergerak di bahagian semak samun. Hati Gabriella mula rasa berdebar.

"Siapa tu?!" jerit Gabriella kemudian bangun dari duduknya.

Muncul lelaki yang tak di kenali. Lelaki bermuka parut dan memegang sebilah pedang.

"Kau? Kau buat apa dekat sini?" soal lelaki berparut itu.

Gabriella hanya diam membisu. Mata masih lagi memandang pedang yang penuh dengan darah.

"Cis. Aku tanya bukan nak jawab. Baiklah. Aku akan bunuh kau." kata lelaki berparut itu.

Gabriella mula mengira dalam hati kemudian dia berlari dengan sepantas kilat.

"Woi! Jangan lari!" jerit lelaki berparut lalu mengejar Gabriella.

Gabriella cuba berlari dengan pantas sehingga dia terjumpa sebuah tasik yang cantik di terangi oleh cahaya rembulan. Gabriella berjalan dengan perlahan dengan nafas yang termengah mengah. Baru sahaja dia ingin duduk, dia terdengar suara meraung. Suara itu seperti suara binatang. Gabriella cuba mencari suara itu sehingga lah dia terjumpa singa dengan kakinya yang terluka dan lelaki yang mengejarnya. Lelaki berparut itu memandang ke arah Gabriella sambil tersenyum jahat.

"Kau...ja...ngan...beran...i bun..nuh dia!" marah Gabriella dengan nada tersekat sekat.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kalau aku tak bunuh dia, sama jugak nanti dia akan bunuh aku. Tak bukan aku je tapi kau sekali." kata lelaki perparut itu.

"Entah berapa orang kau dah bunuh. Sekarang kau nak bunuh singa ni?" soal Gabriella.

Lelaki itu ketawa.

"Bunuh orang? Tak sangka kau tahu. Tapi kau kena ingat binatang ni bukan senang nak bunuh dia sebab dia adalah penjaga hutan. Susah nak jumpa penjaga hutan ni. Bila aku dah bunuh dia, aku boleh bawak balik kepala dia." kata lelaki itu lalu dia ketawa.

Gabriella mula merasa marah dengan sikap lelaki itu.

"Kalau kau nak bunuh dia, hadap aku dulu."

Marsha mula merasa panik. Dah pukul 4 pagi tapi ibunya masih lagi belum balik. Ibunya tak pernah lambat seperti ini. Marsha sudah tidak tahan. Dia mulai keluar dari biliknya lalu pergi ke bilik Gabriella.

Tok. Tok. Tok.

"Bella." panggil Marsha.

Tapi tiada sahutan darinya. Marsha cuba membuka pintu bilik Gabriella kemudian dia masuk ke dalam.

"Clara?"

Maaf ler kalau merapu. Sis pun dah tak tahu apa yang sis buat. 😂 baca jelah walaupun tak Best.

Gadis Berdarah Suci (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant