Bab 20

10.2K 558 1
                                    

Selesai sahaja waktu pembelajaran. Mereka semua mula mengemas. Yora yang melihat Gabriella sedang mengemas barang Marsha terus ke meja Gabriella.

"Barang Marsha kau nak bawak pergi mana Katty?" soal Yora.

Gabriella memandang Yora lalu menyambung semula kemasnya.

"Nak bawak balik lah. Takkan nak biarkan kat sini." jawab Gabriella.

"Ouh. Tapi dia mana eh? Aku last nampak dia pun pagi tadi." kata Yora sambil berfikir.

"Kau tak tau dia masuk hospital?"

Yora memasang muka terkejut.

"Hospital?!" jerit Yora.

Gabriella sudah menutup telinganya.

Haih dia ni. Tak boleh ke kalau tak jerit. Yora yang melihat Gabriella menutup telinga sudah tersenyum sumbing.

"Hee. Sorry." katanya sambil membuat piece. ✌

"Tapi kenapa dia masuk hospital? Tadi dia okayh je. Eh kejap. Jangan jangan dia.." kata kata Yora terhenti.

Gabriella memandang Yora pelik.

"Kenapa berhenti?" soal Gabriella. Yora mengeluh.

"Ni mesti sebab Queen." gumam Yora.
"Yora. Kau okayh tak ni?" Yora mengangguk.

Aik? Dah kenapa pulak dia ni. Tadi bukan main happy je ni tiba tiba sedih pulak. Yora hanya diam sambil melihat Gabriella. Dalam fikirannya mula berfikir macam macam. Gabriella yang sudah selesai mengemas terus memandang Yora yang macam anak patung.

"Yora?" panggil Gabriella.

"Yora?"

Gabriella mengoncang pula badannya. Masih lagi tidak bergerak.

"Yora!" jerit Gabriella.

Yora tersentak.

"Huh? Apa? Kau ada cakap apa apa ke?" soal Yora blur.

"Haih kau ni. Kau okayh tak ni? Aku nak pergi dah ni. Kau ada apa apa lagi nak tanya tak?"

Yora berfikir seketika.

"Er. Kau nak pergi melawat Marsha ke?"

Gabriella mengangguk.

"Aku ikut boleh?"

Gabriella pula yang berfikir.

"Boleh. Jom." kata Gabriella.

Yora tersenyum riang.

"Okayh! Let's go!"

Sedang seronok Gabriella dan Yora berborak sambil berjalan seseorang telah memanggilnya.

"Gabriella!"

Gabriella memusingkan badannya ke belakang. Yora juga turut berpusing walaupun yang di panggil adalah Gabriella.

"Benny?"

"Yelah. Takkan Alvin." perli Benny.

Benny yang melihat Yora terus menegur.

"Hai Yora!"

"Hai!" balas Yora riang.

"Korang kenal?" soal Gabriella.

Yora mengangguk.

"Dia Princess Yorani anak kepada Raja Norish." kata Benny.

Gabriella terangguk angguk.

"Oh ya. Korang nak pergi mana ni? Bukan main seronok lagi." kata benny lagi.

"Kiteorang nak pergi lawat Marsha. Lagi pun sekolah dah habis kan?" kata Gabriella.

Gadis Berdarah Suci (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora